Show Mobile Navigation

Wednesday 21 March 2012

, , ,

CUKAI PREPAID 6% - TIADA MEMO

Unknown - 10:08
 
 
“TIDAK ada memo sebagaimana disebutkan,” kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang.

Beliau menegaskan kenyataan itu ketika disoal Datuk Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) berhubung kesahihan dakwaan pengeluaran memo cukai enam peratus kepada penggiat industri telekomunikasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), baru-baru ini.

Laporan berhubung isu itu dikatakan dipetik daripada bahagian penyelidikan Hong Leong Investment Bank (HLIB) dan mendakwa SKMM sudah mengeluarkan memo kepada semua penggiat industri sebelum mengarahkan syarikat telekomunikasi bersedia secara teknikal terhadap pelaksanaan cukai terbabit pada Julai depan.

Menurut Joseph, buat masa ini kerajaan masih menetapkan cukai perkhidmatan talian prabayar ditangguh sebagaimana diumumkan tahun lalu.

“Kita tidak tahu mengapa penganalisis yang terbabit mengeluarkan laporan sedemikian, tapi yang sebenarnya memang tidak ada arahan atau keputusan seperti itu.

“Perkara ini (penetapan cukai enam peratus) perlu dirunding bukan saja di peringkat kementerian, SKMM dan penyedia perkhidmatan, malah perlu dibincangkan bersama Kementerian Kewangan serta Jabatan Kastam kerana membabitkan isu cukai perkhidmatan,” katanya.

Paling penting, Joseph berkata, satu perundingan sebagaimana dijalankan negara luar perlu diadakan bagi menentukan sama ada telekomunikasi boleh dianggap utiliti atau tidak.

“Kami kena tentukan kedudukan perkhidmatan telekomunikasi itu dulu, kalau diklasifikasikan kemudahan, tak adalah cukai.

“Ini semua belum ada keputusan, jadi tak ada memo sebagaimana disebutkan,” katanya.
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment