Show Mobile Navigation

Tuesday 18 February 2014

Erra Fazira Sah Bercerai Talak Satu

nescafeais - 14:09

Setelah sekian lama membiarkan peminat berteka-teki dengan status perkahwinannya, akhirnya hari ini Erra Fazira bersama suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin sah bercerai talak satu.

Menurut harian metro, lafaz perceraian itu dibuat di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor, Mohd Adib Husin.

Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek telah hadir ke mahkamah tersebut bersama teman rapat iaitu Umie Aida dan Erma Fatima sekitar jam 11.45 pagi tadi.

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan seorang dramatis jelita sedang sibuk memfailkan permohonan perceraian.
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment