PEKAN - Kes penculikan palsu Siti Nor Fatihah Mahadi, 15, dari Taman Tas
Kuantan yang meraih simpati ramai pada 19 Mac lalu kembali panas
apabila dia mendakwa dirogol teman lelakinya ketika dilarikan ke Nenasi
Pekan.
Ketua Polis Daerah, Superinten-dan Yahaya Othman berkata, pihaknya
dimaklumkan Fatihah hadir membuat laporan polis beberapa hari lalu
mengenai dakwaan dirogol teman lelakinya berusia 26 tahun.
Menurutnya, kes itu bersabit di IPD daerah ini apabila Fatihah ditemui
di sebuah rumah di Nenasi, sebelum dibawa polis ke IPD Kuantan dan
diletak bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuantan.
“Selepas menerima laporan, pakar perubatan yang memeriksa keadaan Fatihah mengesahkan tiada kesan atau tanda dia dirogol.
“Pihak polis tidak membuat sebarang tindakan ke atas teman lelakinya
dan menganggap laporan itu sebagai palsu yang sengaja direka dengan
tujuan peribadi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada majlis
sambutan Hari Polis Ke-205 di Dataran Pekan.
Yahaya berkata, sesiapa sahaja didapati membuat laporan palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Menurutnya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan
kerana membuat laporan palsu, yang memperuntukkan hukuman penjara enam
bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.
“Saya ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan laporan
yang hendak dibuat terutama melibatkan penipuan kerana pihak berkuasa
tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas mereka yang melakukan
kesalahan itu,” katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Siti Nur Fatihah hilang dipercayai
diculik ketika keluar bersama dua adiknya membeli kad tambah nilai
prabayar di sebuah kedai telekomunikasi berhampiran rumahnya di Taman
Tas, Kuantan.
Bagaimanapun pada 22 Mac lalu, remaja itu akhirnya mengaku dia tidak
diculik, tetapi dengan rela hati melarikan diri ke rumah teman lelakinya
di Kampung Merchong, Pekan.
P/S:APA MASALAH BUDAK NI...
0 comments:
Post a Comment