Show Mobile Navigation

Monday 16 February 2015

,

Video ISIS Malaysia, Nora Danish Buat Laporan Polis

nescafeais - 16:03


KUALA LUMPUR: Berikutan penyebaran video kumpulan Pengganas ala ISIS yang diberi nama Anak Muda Malaysia hari ini yang terdapat gambar Aktres jelita, Nora Danish, Nora telah pun membuat satu laporan polis.

Di dalam video tersebut pengganas Anak Muda Malaysia yang menggunakan ID - Isis Malaysia 69 itu telah mengugut akan menyerang mahkamah pada pukul 11.30 rabu ini.

"Berita ini saya dengar melalui rakan tengah hari tadi. Saya sendiri sudah menonton video berkenaan. Jelas mereka tidak menyebut nama saya.

"Malah perkara yang dibualkan juga tiada kena mengena dengan saya.

"Cuma kelihatan di dalam video itu gambar saya dipegang oleh mereka. Saya tak mahu komen lebih-lebih.

"Apa yang saya boleh katakan saya akan buat laporan polis sekejap lagi," kata Nora yanf dipetik dari BH Online sebentar tadi.  -bharian

SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment