Show Mobile Navigation

Wednesday 2 July 2014

6 Gambar Pusat Membeli Belah Terbiar Jadi Kolam Ikan

nescafeais - 10:04

Ceritanya, dulu bangunan shopping mall ini punyai ketinggian 11 tingkat. Tetapi pada tahun 1997, 7 tingkat atas bangunan ini terpaksa dirobohkan atas sebab undang-undang tidak membenarkan mana-mana bangunan tinggi melebihi 4 tingat hanya kerana ada istana di kawasan tersebut.

Pada tahun 1999 pula, berlaku kebakaran yang mengakibatkan kematian. Dan sejak dari itu, bangunan itu dibiarkan begitu sahaja tanpa bumbung.

Hujan turun hari demi hari dan mengakibatkan air bertakung dan di bahagian ground floor pula menjadi kolam. Kesannya? 2003-2004 nyamuk membiak dengan bermaharajalela di kawasan itu dan menyebabkan ketidakselesaan pada penduduk sekitar.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, penduduk sekitar meletak beberapa ekor ikan dalam kolam itu untuk mengawal pembiakan nyamuk. Hasilnya? Berkesan!

Sejak dari itu, ikan-ikan mula membiak. Namun kisah kolam ini hanya diketahui oleh penduduk kawasan itu sahaja. Entah bagaimana ia boleh tersebar di Facebook.






Semenjak perkhabaran mengenai kolam itu tersebar di laman sosial, ramai orang luar datang dan hal ini sampai ke pengetahuan pihak berkuasa tempatan.

Pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup kawasan terbabit atas faktor keselamatan. -

Tuesday 1 July 2014

Diserang Angin Ahmar, Mazidul Masih Koma

nescafeais - 10:57


Menerusi Portal Media Hiburan hari ini, Wartawan dan Blogger terkenal iaitu Mazidul Akmal Sidek dilaporkan telah diserang penyakit angin ahmar sejak beberapa minggu yang lepas.

Beliau telah menerima rawatan di Hospital Pantai Medical Centre dan berada dalam keadaan koma sementara atau 'Induced Coma'.

Namun Mazidul sudah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan mesin sebelum menjalani pembedahan.

Marilah kita sama-sama menadah tangan dan berdoa agar kesihatan Mazidul Akmal Sidek pulih seperti sedia kala. -
Next Previous
UTAMA