Show Mobile Navigation

Sunday 22 June 2014

Ibu Remaja Dikurung Bersama Najis Ditangkap

nescafeais - 02:41


NILAI: Ibu remaja Orang Kurang Upaya (OKU) yang dijumpai dikurung seorang diri di sebuah unit Rumah Pangsa Taman Semarak, Nilai awal pagi Sabtu diberkas sebaik pulang ke rumah untuk siasatan lanjut.

Wanita terbabit dilaporkan berasal dari Sabah dan difahamkan kes tersebut dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Pegawai Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menemui remaja OKU malang itu ketika menjalankan Ops 6P.

Di dalam satu kenyataan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, ibu remaja lelaki itu sudah berpisah dengan suaminya.

Rohani berkata Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan sedang melakukan siasatan setelah melawat remaja itu di hospital di mana dia diserahkan.

Siasatan awal mendapati ibu remaja itu menafikan yag anaknya dikurung dan diabaikan.

Dia turut mendakwa telah terputus hubungan dengan bapa anaknya itu setelah mereka bercerai.

“Buat masa ini, siasatan terperinci sedang dijalankan dan sekiranya didapati berlaku pengabaian terhadap anak OKU tersebut, kita akan menempatkan remaja itu di sebuah pusat kendalian JKM,” kata Rohani.

Tambah beliau, JKM juga turut memberikan perhatian serius terhadap kebajikan remaja malang terbabit.

Remaja itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan. -fotoBERNAMA

Jabatan Imigresen pada awal Sabtu menemui remaja OKU yang dipercayai menghidap penyakit ‘cerebral palsy’ itu ketika melakukan Operasi 6P.

Mangsa ketika itu didapati berada di dalam keadaan yang amat menyedihkan dengan keadaan fizikal yang lemah dan tidak bermaya.


Mangsa dijumpai di dalam sebuah bilik yang dipenuhi sampah dan najis.

Sebaik dijumpai, remaja itu dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan

Sumber - Astro Awani

Wednesday 18 June 2014

Wanita Terperangkap Kebakaran,Berjaya Diselamatkan Bomba

nescafeais - 14:05


Kepantasan Anggota Bomba telah menyelamatkan nyawa seorang wanita yang terperangkap di luar tingkap di tingkat 8 Palm Kondo Taman Maluri pukul 3.21 petang semalam

Taman Maluri: Satu kebakaran telah berlaku di sini pada jam 3.21pm petang selasa. Bagaimanapun dengan kepantasan pihak bomba menjalankan tugas, seorang wanita berbangsa cina yang terperangkap di luar tingkap telah berjaya diselamatkan.

Syabas kepada pihak bomba. -


Skandal Adi Putra: Pegawai Penyiasat Kena Tatatertib, Kes Akan Dibuka Semula?

nescafeais - 13:59

Masuk hari ini, dah lapan bulan kisah kontroversi Adi Putra yang dikatakan menjalin hubungan skandal dengan isteri orang bernama Nooraida Abdul Mutalib diketahui umum.

Isu yang mula hangat sekitar bulan September tahun lalu kemudiannya mula sunyi dan semakin jarang diperkatakan apabila Adi putra sendiri bersikap acuh tak acuh dengan tindakan pihak Nooraida yang tetap mahu membuktikan pelakon itu bersalah.

Kalau masih ingat, pada 12 Disember lalu, Adiputra telah mengumumkan isu skandal dan penyebaran foto sensualnya sebagai No Further Action (NFA) atau bermaksud tiada tindakan selanjutnya daripada pihak polis.

Namun sehari selepas itu Nooraida dan bekas suaminya, Amiruddin Othman yang mana ketika itu mereka masih berkahwin telah membuat laporan tatatertib di Bukit Aman kerana meragui sikap profesional pegawai yang menyiasat kes berkenaan.


Ini bermaksud peguam yang mewakili Nooraida dan bekas suaminya dalam menentang Adiputra akan memohon untuk membuka semula siasatan.

Entah apa pula keputusan mahkamah selepas ini. Semoga semua masalah akan kembali pulih secepat mungkin.

Thursday 12 June 2014

Biadap Dan Kurang Ajar !! 'Selamat menyambut hari syaitan aidilfitri 2014"

nescafeais - 12:11
Kebiadaban yang tidak terkata.Entah apa yang bermain di fikiran lelaki yang bernama Chow Jack ini. ketika memuat naik stattus kontroversi macam ni.  Kenyataan Chow Jack ini jelas menunjukkan masih wujud lagi golongan anti islam di negara ini.

Chow Jack pada 1 Jun 2014 yang lalu memuat naik status di Facebooknya:

"Selamat menyambut hari syaitan aidilfitri pada 28 Julai 2014 dan sebulan puas makan babi hingga sebulan pada 28 Jun 2014 - 27 July 2014.

Selamat menyambut hari syaitan daripada Facebook Malaysia. Makan bak kut teh sama nabi mohd syaitan anjing puk*m*k anjing syaitan"


Entah apa pula alasan dia kali ini. Cuba korang teka...

Rakyat Malaysia yang beragama islam sudah muak dengan kes-kes seperti ini. Mana tidaknya, apabila dilaporkan kepada pihak SKMM dan beberapa pihak yang berkaitan. Tindakan yang diambil sangat lambat dan kadangkala langsung tidak diendahkan.

Gambar: Lelaki Bunuh Diri Di Jambatan Pulau Pinang

nescafeais - 11:56


Pulau Pinang - Lagi kes orang bunuh diri di Pulau Pinang semalam. Kali ini di tengah-tengah Jambatan Pulau Pinang.

Pihak polis masih menyiasat motif kejadian. Trafik sesak menghala ke pulau disebabkan ramai yang berhenti untuk menonton.

Polis menemui motosikal mangsa yang ditinggalkan di bahu jalan. Polis juga menemui MyKad, telefon bimbit mangsa serta beberapa dokumen milik mangsa.

Laporan penuh menyusul.

 

 





kredit foto Daily Traffic Reports

Wednesday 11 June 2014

Wanita Telan Telefon Kerana Takut Kekasih Baca SMS

nescafeais - 13:53


Brazil: Seorang gadis berusia 19 tahun bertindak berani menelan telefon bimbitnya apabila kekasihnya ingin membaca SMS di dalam telefon bimbitnya.

Panik dengan desakan kekasihnya itu, gadis tersebut atau Adriana Andrade, bertindak melarikan diri dan menelan telefon bimbit miliknya setelah berasa cukup jauh dari kekasihnya itu.

Doktor mengesahkan telefon bimbit tersebut berada di perutnya selepas membuat pemeriksaan x-ray dan pembedahan akan dilakukan untuk membuang telefon bimbit tersebut.

P/s:Jangan curang dengan kekasih anda.

Pengantin Kecewa Rekaan Pelamin Yang Ditempah Tidak Seperti Yang Digambarkan

nescafeais - 11:59
Alangkah bahagia rasa hati sekiranya dapat menjadi Raja Sehari dengan pelamin yang begitu indah sekali ya?

Walauapapun berhati hatilah ketika memilih wedding planner kerana ini terdapat aduan yang mana rekaan pelamin yang mereka tempah itu indah khabar dari rupa.

Review ini dibuat terhadap pereka pelamin Lots of Love  - bridal dari Kuala Lumpur.

FB Lots of Love

Ini kisah mereka...

Masa mula-mula plan, rasa macam betul ke nak ambik bridal dari KL ni, sebab takut kos mahal. Kos travel lagi, penginapan lagi. Last-last decide, tapelah, tolong member. Ini gambar contoh pelamin yang aku agree:



Ni gambar yang dia bagi kat aku. Masa mula2 dapat, aku tau dah ni mesti dia amik dari page org lain. Aku siap google image, and memang betul pun dia amik dari page lain. Sedapkan hati, maybe dia just amik as contoh. So aku pun mintak la pelamin yang betul2 dia yang buat.


Ini pelamin yang dia buat sendiri. Katanya la. Ana (bukan nama sebenar) cakap, pelamin aku akan jadi macam ni. props semua sama. Aku pun layan.

Al kisah ceritanya bermula begini.

Service – Mula-mula service memang thorbaik. Aku siap suruh dia datang Johor dulu sebab nak suruh dia tengok tempat pelamin. Ana pun turun la Johor dengan baby dia yang baru je lahir, melihat kawasan. Ukur punya ukur, diskas2 and decide buat macam mana. Ana pun ada bagi cadangan2 yang menarik, so boleh kita guna untuk tambahan2 idea.
Aku kahwin Sabtu, 31st May 2014. Bayangkan, hari Jumaat, sehari before kahwin, tengah hari tu aku asyik call Ana, tak berangkat. Mula2 dah risau dah, tapi tak apa, sedapkan hati. Maybe ada kerja la tu kot. Tak lama lepas tu, baru dia angkat, “Dali, kita tengah make up orang ni”. FINE.

Beberapa jam kemudian, aku call lagi, tak berangkat. Masa tu dah petang Jumaat. Pelamin tak pasang lagi. Risau serius risau. Aku mesej, bila nak sampai. Lepas tu baru dapat reply, “Dali, husband kita baru bertolak.”

Aku macam whatttttttttttt. Masa tu dah pkul 3 lebih, baru nak bertolak? Habis tu sampai dalam pkul berapa? 7 petang? Member2 dah cuba tenangkan pengantin. Tak apa lah, biasa la tu ada yang bridal memang pasang pelamin lambat pun. Aku tanya, kenapa gerak lambat, kata pasang petang. Dia balas, “Suami kita nak gerak after solat jumaat.”

And guess what. Dah nak dekat pukul 7 aku call, tak angkat2. Berkali2. Macam2 sms aku bagi. Sedih tak sedih, pukul 7 malam, tak ada kabar berita. Lepas tu tak sampai2. Aku masa tu memang sedih tahap alahai….. Memang dah meleleh je air mata. Sedu sedan. Tatau kenapa dia buat sampai macam tu sekali. At least, angkat lah phone, ni senyap je. Aku dah call husband dia, pun tak berangkat jugak. Aku call time whatsapp dia online, memang tak berangkat.

Pukul 8 malam, baru dapat response. Terkejut aku. Rupanya tak bertolak lagi. Subhanallah… Aku nak taip ni pun, sakit dada bila ingat balik saat2 malam tu. Haih…. Katanya, pukul 10 baru nak bertolak. Habis tu tadi tu apa? Kata bertolak dah? So maknanya sampai dalam pukul 1-2 pagi la kan. Masa tu memang asyik menangis je. Nasib baik ada bridemaids yang tolong tenangkan aku. Kakak2 and family pun semua tenangkan. Aku dah nangis teresak2 sedu sedan bagai.

Family suruh tido, aku pun tido. Sebab memang semua masa tu dah ready, aku pun memang plan nak tido awal. Pukul 10 tu da tak buat apa dah, cuma pelamin je yang tak pasang2 lagi. Aku set alarm, pukul 1:30 pagi. Bangun2, cepat2 check hp, tak ada sms, tak ada misscall. Call husband Ana, nak tanya dah sampai mana. And guess what, dia cakap dekat Nilai. Nak minum2 dulu. Subhanallah. Masa tu jantung da nak tercabut. Apa ke hal nya kata bertolak pukul 10, tapi pukul 1:30 baru sampai Nilai???????? Siap cakap nak minum2 dulu tu. Kalau korang jadik aku, apa perasaan. Lepas tu kalau 1:30 pagi baru sampai Nilai, sampai johor pukul berapa? 4 pagi? siap pasang pelamin pukul berapa? 6 pagi?

Di pendekkan cerita, korang sendiri paham2 lah perasaan aku masa tu. Memang tak boleh tidur dah. Mak suruh solat. Aku solat hajat, solat taubat, dah tiup dah Al-Fatihah dekat suami dia, supaya cubalah faham perasaan aku ni. Berdoa jugak dekat Allah semoga tabah hati menghadapi dugaan… Sedihnya bila ingat balik waktu2 tu. Aku pulak bukan jenis melenting2, ikut hari rasa nak maki hamun je. Tapi tak pandai (T_T)
Pukul 4 pagi, aku call, dekat mana? Nasib baik angkat. Dekat Tangkak. Tercabut jantung lagi. Tangkak – Kluang, lagi dua jam. Abis tu pelamin sampai pukul berapa? 6 pagi? Pasang2 semua, siap pukul berapa? Yang aku geramnya, suami Ana, cakap tanpa rasa bersalah. Aku cakap, mana ada orang pasang pelamin pukul 6 pagi.. dia cakap, ‘ha tu aa… tapi nak buat mcm mana kan..’ Subhanallah.. Ada jugak manusia macam ni..

Pukul 5 pagi aku da start mandi, siap2 nak ke tempat kenduri aku. Sampai sana, bridemaids aku semua dah bangun.. Sejuk sikit tengok diorang da start tolong2 kemas barang. Lega aku ada yang bagus macam diorang ni. Dah pukul 6 pagi ni, aku pun call la Afiq. Tak berangkat. Aku call banyak kali. Tak berangkat. Jam da dekat pukul 6:30 pagi. Aku masuk bilik pengantin, solat subuh. Bila solat subuh, mengadu padaNya, aku rasa sebak sangat2. Sangat2. Aku menangis lagi pagi tu. Beristighfar banyak2. Kenapalah diorang tak angkat phone… Pukul 7 pagi, pelamin masih tak di pasang. Majlis start pukul 9 pagi.

Kak Liza, juru mekap aku, dah sampai. Bila dia tau pelamin tak sampai lagi, dia pun risau. Kak Liza sangat2 lah bagus. Aku pun mulakan mekap, dengan pelamin yang masih tak terpasang.

Pukul 7:30 pagi, bridemaid aku bagi tau, ‘Kak Dali, diorang dah sampai’. Ya Allah…………. Leganya subhanallah… Legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat2. At least diorang datang la kan. Aku memang sangat2 lega. Aku dah malas nak pikir apa dah masa tu. Cuma bila pihak lelaki datang, diorang masih lagi pasang2 pelamin.. malu memang sangat lah malu..

Selesai mekap, aku belum ada kesempatan nak tengok pelamin macam mana, sebab aku mekap dekat tingkat atas. Hopefully, macam yang aku nak.. Bila tok kadi panggil turun, benda first yang aku nak tengok bukanlah Kamil, tapi pelamin. haha. Risau weh masa tu. Tetapi, apakan daya, kecewa. Kecewa. Kecewa. Pelamin tidak seperti yang dijanjikan. Aku bayar RM2500 untuk pelamin di bawah.


Beza tak? sgt beza. Benda bulu2 tu entah ke mana, meja entah ke mana.. dengan kerusi dah berkulat bagai.. aku tatau la daun2 gantung tu, katanya penuh, aku tengok jarang2 kemain. color dah berwarna warni bagai. caca merba. tolak bunga telur tu, sebab bunga telur yang cantik tu abg n kakak ipar aku yang buat.


Ni bantal berlubang, terbakar bagai dia bagi kat aku..


Tempat merenjis yang dah tertanggal, ada tiga je mangkuk. Patutnya ada 4, suami Ana dengan selamba je ckp, ‘patah lagi satu’

Pernah tak rasa geram, yang sampai tak tau nak cakap apa. Dah lah tak angkat phone bila call. Habis majlis, husband confront dekat husband Ana. Boleh husband dia cakap, ‘kitorang tatau apa2, kitorang cuma ikut cakap bos je.’ Paling aku geram, dia cakap ‘Saya pun lupa ada kena pasang pelamin hari ni’. Terkejut aku bila dia cakap macam tu. Afiq asyik cakap, apa2 tanya Ana. Saya tak tau apa2. Oh mai. Korang duduk serumah, tidur sekatil kot. And yang aku peliknya, tiap kali aku mintak quotation, Sue akan cakap, kejap kita tanya husband kita dulu. Lepas tu husband dia boleh cakap dia tatau pape pasal bisnes Sue ni. Ya Allah..

Apabila selesai majlis, pelbagai cerita aku dengar pasal Afiq ni. Daripada saudara mara dan rakan2. Walaupun diorang dah trang tang tang datang lewat, masa diorang pasang pelamin tu, kawan aku cakap, diorang tak bersungguh pun nak pasang dengan cepat. Siap ada masa lagi nak berhenti sekejap smoking. Haih.. memang tatau lah nak cakap apa..

Kecewa memang sangat lah kecewa. Sedih. Sedih yang teramat. Tapi benda dah jadi, tak boleh nak ulang balik. Kalau lah boleh di ulang semula, memang aku tak ambik bridal ni. Tak ada satu pun yang bagus. Harga mahal, service teruk. And diorang tak profesional pun. Sebab Ana and husband dia dua2 ada kerja tetap lain. Bridal ni part time je. So memang caca merba la. Ye lah aku ni niat nak tolong member, tapi, ini yang dapat.. Haih…

Mak kata, muhasabah diri. Sekarang ni aku redha. Redha memang redha, tapi bila ingat2 balik, sakit nya hati… itu je hari yang aku ada.. aku memang plan semuanya awal, tapi apakan daya, kita hanya merancang, Tuhan menentukan… At least ada la jugak pelamin kan. Daripada tak ada. It could be worst.. (nak sedapkan hati). Alhamdulillah dah selamat pun jadi isteri orang. Nasihat kepada yang bakal nak berkahwin, tak payah lah nak tolong2 member kalau menda2 macam ni.. banyak lagi cara korang boleh tolong member.. too risky kalau nak involve hari bersejarah korang.. and kena kuat mental bila benda2 macam ni jadi… masa aku meleleh2 air mata meroyan masa pelamin tak sampai2, berapa kali cakap dalam hati, ‘it could be worst’. ulang banyak2 kali. and true, it could be worst.

Member aku cerita, ada sorang pasangan ni pun terkena lebih kurang macam aku. Tapi lagi teruk, siap keluar dekat sinar harian lagi. Saman bagai. Aku ni tak mampu la kan nak kluar dekat sinar harian. Mampu tepek dekat blog sendiri yang ada la 2 org baca seminggu. Kalau ada yang nak share dekat FB, dipersilakan. Apa2 pun, untuk bakal pengantin, berhati2 lah memilih bridal. Jangan sebab nak tolong kawan, diri sendiri tergadai..

Aduan dan Kredit: Faizul Mohd Fauzi
Sumber: Dierlufeng

Claudia,Wanita Seksi Pemimpin Kumpulan Pembunuh Upahan Terkenal Mexico

nescafeais - 11:10


Penampilan wanita ini mirip artis Kim Kardashian. Selain itu dia juga sering berpose ala isteri rapper Kanye West itu.

Namun Claudia Ochoa Felix bukanlah artis. Wanita yang digelar The Empress of Antrax ini sebenarnya ketua kumpulan "Los Antrax", organisasi pembunuh upahan yang digunakan Sinaloa, salah satu kartel dadah terbesar di Mexico.

FBI mendakwa Sinaloa sebagai "organisasi perdagangan dadah paling kuat di dunia". Kartel ini diyakini bertanggung jawab atas sebagian besar penyelundupan heroin di US.

Los Antrax yang dipimpin Claudia adalah kumpulan pembunuh upahan elit yang diupah Kartel Sinaloa.

Claudia menggunakan berbagai media sosial untuk memamerkan gaya hidup mewahnya. Dia memuat naik gambarnya membawa senjata api, bergambar seperti artis, atau mempamerkan badannya dalam balutan baju renang atau pakaian ketat. Dalam salah satu gambarnya Claudia bergaya bersama senapang AK-47 berwarna pink.

Meskipun mulai diancam polis, Claudia menolak untuk bersembunyi. Dia sering dilihat berhibur di tempat-tempat hiburan malam di Mazatlan, Culiacan, dan Guadalajara. Namun dia dikelilingi sejumlah pengawal bersenjata.

Sejak tahun 2006, Mexico dilanda perang antara kartel dadah yang kini sudah memakan korban 100.000 orang.






Sunday 8 June 2014

Amah Mengamuk, Makan Anak Kucing Hidup-hidup

nescafeais - 15:14

BAGAIKAN dirasuk roh jahat, seorang pembantu rumah warganegara Indonesia dipercayai memakan anak kucing peliharaan majikannya hidup-hidup.

Terdahulu, majikan terbabit menemui bangkai anak kucing kesayangan mereka di depan rumahnya di Sibu, malam kelmarin.

Apabila ditanya oleh majikannya, pembantu rumah itu mengaku telah memakan bahagian kepala dan daging anak kucing itu serta meninggalkan bahagian kulitnya.

Wanita itu memberitahu, mereka terpaksa mengikat kaki dan tangan pembantu rumah terbabit yang dipercayai tiba-tiba mengamuk.

Bimbang keselamatan keluarga, mereka kemudian meletakkan pembantu rumah itu di dalam kereta yang diparkir di luar rumah, semalaman.

“Dia (pembantu rumah) kelihatan pulih hari ini (semalam). Saya kemudian membuka ikatan dan berjanji akan menghantarnya pulang ke negara asalnya jika itu kehendaknya.

“Saya juga membawanya membeli nasi ayam di Ramin Way seperti yang dia minta sekitar jam 10.30 pagi tadi (semalam),” jelasnya.

Selepas selesai membeli makanan, pembantu rumah itu dikatakan enggan masuk ke dalam kereta sekali gus mencetuskan satu adegan yang menarik perhatian orang ramai.

“Dia tiba-tiba mengamuk kemudian masuk ke dalam kereta semula dan membuang barang keluar dari kereta. Dia juga menggigit pokok hiasan,” ujar wanita itu.

Empat anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan mengambil masa sejam untuk membawa pembantu rumah itu masuk ke dalam kenderaan polis.

Menurut polis, pembantu rumah  itu dikatakan berada di luar kawalan dan turut merosakkan cermin kenderaan.

Selain itu, dia difahamkan mengigit lengan salah seorang anggota polis, malah meludah ke arah beberapa anggota polis yang membawanya ke balai sebelum ditahan untuk dimasukkan ke dalam ambulans dan dihantar ke Hospital Sibu.

Anggota polis juga menutup mukanya dengan surat khabar bagi menghalang pembantu rumah itu terus meludah ke arah mereka.

Majikan itu memberitahu, pembantu rumahnya berkelakuan aneh sejak seminggu lalu.

Sumber: Utusan Borneo

Wednesday 4 June 2014

796 Mayat Bayi dan Kanak-Kanak Ditemui Dalam Tangki Najis

nescafeais - 17:07
 
 
TUAM: 796 mayat bayi dan kanak-kanak ditemui di dalam sebuah tangki najis yang telah ditinggalkan di sebuah bandar kecil dikenali sebagai Tuam di County Galway, Ireland. Mayat-mayat tersebut dipercayai dibuang antara tahun 1925 hingga 1961.

Berita tragik ini seperti dilaporkan oleh IrishCentral.com telah membongkar rahsia Gereja Katolik Ireland dimana tapak itu sebenarnya merupakan tempat tinggal bagi ibu yang melahirkan anak tanpa nikah yang dikenali sebagai ‘The Home’. Ia dikendalikan oleh Sisters of Bon Secours Congregation.

Catherine Corless, seorang ahli sejarah di Tuam memberitahu IrishCentral.com beliau masih mengingati tempat tinggal ‘Home Babies’ itu semasa membesar dan pergi ke sekolah.

“Mereka selalu diasingkan daripada kelas biasa. Paderi perempuan akan menyampaikan mesej bahawa mereka adalah golongan yang berbeza dan perlu diasingkan daripada orang ramai,” beliau dipetik sebagai berkata.

Corless menambah, jika pelajar di sekolah itu membuat kesalahan disiplin, mereka akan dipaksa duduk bersebelahan dengan penghuni Home Babies. Beliau turut menceritakan bagaimana rakannya membalut batu dalam balutan gula-gula dan memberinya kepada penghuni Home Babies.


“Apabila mereka membuka balutan itu, mereka sedar sebenarnya mereka telah ditipu. Saya mengaku saya turut mengikut jejak langkah rakan saya dan mempermainkan mereka. Pada masa itu saya rasa ia sesuatu yang kelakar,” IrishCentral.com memetik Corless sebagai berkata.

Perasaan bersalah itu terus menghantui Corless dan disebabkan itu, beliau kini mengetengahkan isu tragik penghuni Home Babies ini. Beliau telah menjalankan kajian intensif tentang apa yang berlaku dalam The Home selain mencari rekod-rekod lama.

Menurut IrishCentral.com, laporan pemeriksaan lembaga kesihatan tempatan daripada April 1944 mendapati seramai 271 kanak-kanak dan 61 orang ibu tunggal tinggal di The Home. Ini menjadikan jumlah keseluruhan penghuni rumah itu seramai 333 orang sedangkan bangunan tersebut hanya mempunyai kapasiti untuk 243 penghuni sahaja.

Laporan tersebut turut menunjukkan bagaimana kanak-kanak yang tinggal di situ diabaikan dan kekurangan zat. Laporan juga mendapati kanak-kanak dalam keadaan ‘miskin, kurus dan tidak membesar’.

The Home beroperasi selama 36 tahun dari 1926 hingga 1961 dan penduduk Tuam memberitahu pemberita bahawa kanak-kanak tersebut dianggap golongan terbuang hanya kerana status mereka sebagai ‘anak luar nikah’ dan ‘berdosa’.

Corless turut cuba menghubungi sebahagian biarawati Bon Secours namun mereka telah berpindah dari Tuam pada 1961 dan menyerahkan segala rekod berkaitan The Home kepada Lembaga Kesihatan Barat. Lembaga tersebut seterusnya memberitahunya bahawa tiada maklumat umum mengenai perjalanan harian tempat itu.

Akhirnya, Corless berjaya mendapatkan rekod kematian kesemua 796 kanak-kanak yang ditemui mati di dalam sebuah tangki najis daripada pejabat pendaftaran di County Galway. Beliau bersama-sama sebuah jawatankuasa kini bekerjasama untuk membina sebuah memorial bagi memperingati kubur itu.

sumber: http://www.astroawani.com/

Tuesday 3 June 2014

3 Gambar Kaki Kanak-Kanak Nyaris Ditelan Eskalator Pusat Beli Belah Di Kuala Lumpur

nescafeais - 15:28




Seorang kanak-kanak warga asing hampir kehilangan kakinya apabila sebuah eskelator sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur hanya sempat menelan kasutnya sebelum berjaya ditarik keluar. 

Gambar dibawah menun jukkan Kasut kanak-kanak lelaki tersebut ditelan dengan rakusnya oleh eskalator tersebut.

Kebiasaannya kita mendengar cerita batu belah batu bertangkup, rupanya eskalator sekarang pun dah boleh telan orang. 


Kepada golongan ibu bapa yang gemar bershopping, mohon berhati-hati dan sentiasa perhatikan gerak geri anak anda sendiri.

Anak adalah tanggungjawab sendiri, bukannya tanggungjawab orang lain.

Rakyat Malaysia Syahid Dalam Operasi Pengebom Berani Mati Di Iraq

nescafeais - 12:22


SYAHID merupakan impian bagi semua orang Islam kerana tempat bagi mereka yang syahid adalah di syurga.

Namun bukanlah sesuatu yang mudah dalam usaha kita mencari syahid.Malahan Syahid itu di kategorikan dengan pelbagai jenis mengikut cara dan kaedah tersendiri.

Seperti mana yang di laporkan baru-baru ini seorang rakyat Malaysia telah terbunuh dalam satu operasi perang di Iraq.Berikut merupakan catatan berkaitan kejadian tersebut.





Operasi Martyrdom


Serangan dalam Operasi Martyrdom itu dikatakan telah membunuh 25 anggota Skuad Emas SWAT di bangunan berkenaan setelah Mujahidin Malaysia Ahmad Tarmimi Maliki meletupkan dirinya bersama sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) tentera jenis Hummers sarat membawa beberapa tan bahan letupan sebelum disusuli serangan hendap oleh Pasukan Tentera Daulah Islamiah Iraq dan Sham (ISIS).

Rekrut Pengebom Berani Mati Malaysia


Ahmad Tarmimi Maliki, 26, adalah seorang pekerja kilang di Selangor namun di luar rutin aktiviti hariannya, beliau merupakan Rekrut Pengebom Berani Mati dan dipercayai menjadi rakyat Malaysia pertama terbunuh sebagai pengebom berani mati kerana sebelum ini terdapat beberapa kematian rakyat negara ini di luar negara dalam peperangan di Syria tetapi bukan sebagai pengebom berani mati,

Jihad Ahmad Tarmimi Maliki

Ahmad Tarmimi Maliki yang mengikuti Latihan ala Ketenteraan sebuah kumpulan militan di Port Dickson akhir tahun 2013 dan Jihad beliau tidak diketahui oleh ahli keluarga terdekatnya di Pahang.

Dalam pertemuan pihak Media dengan Halimah, 34, iaitu kakak kepada Ahmad Tarmimi memberitahu, keluarganya mengetahui berita tentang adiknya itu melalui Facebook yang dikongsi oleh rakannya beberapa hari selepas kejadian dan sangat terkejut kerana kali terakhir berjumpa Ahmad Tarmimi di kampung pada Mac lalu, adiknya itu hanya memaklumkan akan ke Asia Barat untuk mendalami ilmu agama.

Kami pada mulanya tidak percaya dengan berita kematiannya di internet sehinggalah pihak polis datang ke rumah (semalam) dan memaklumkan perkara berkenaan. Hancur luluh hati kami apabila mendengar berita itu.

Ahli Keluarga tidak tahu tentang penglibatan Ahmad Tarmimi di dalam mana-mana pertubuhan dan kumpulan militan yang mempunyai kaitan dengan anasir pengganas.

Allahyarham Ahmad Tarmimi Maliki menetap di Selangor sejak 2012 merupakan orang yang sederhana dan hanya bekerja di sebuah kilang. Beliau sentiasa tenang seperti biasa, cuma dilihat suka berzikir dan menyendiri ketika kali terakhir bertemu ahli keluarganya.

Monday 2 June 2014

5 Gambar Proton Preve Rosak Teruk Kemalangan Namun Pemandu Dan Penumpang Selamat

nescafeais - 10:47



Kemalangan di LPT 2 dari Dungun  ke Kuala Berang melibatkan sebuah kereta Proton Preve  dan sebuah lori pembancuh simen.

Keadaan kereta agak teruk. Namun pemandu dan penumpoangnya selamat dan tidak mengalami kecederaan teruk. Kuasa Allah, ajal dan maut semua ditangan tuhan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - Proton Preve total loss, dari sumber tuan kereta selamat. Alhamdulillah.





Next Previous
UTAMA