Show Mobile Navigation

Saturday 31 May 2014

Video Mayat Lelaki Penggal Kepala Dihanyutkan Arus

nescafeais - 19:02

Video Mayat Lelaki lemas ditemui sedang dihanyutkan arus di Sungai Klang, Kuala Lumpur, sebentar tadi.



4 Gambar: Mayat Lelaki Penggal Kepala Kanak-Kanak Ditemui

nescafeais - 18:47

SHAH ALAM - Mayat lelaki yang disyaki menculik dan memenggal seorang kanak-kanak telah ditemui di Sungai Klang, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Pengarah Pembantu Operasi Selangor Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul mengesahkan penemuan mayat berkenaan pada jam 4 petang berhampiran tebing sebuah sungai di Petaling Jaya.




sumber gambar:- DailyTrafficReports

Video CCTV Mangsa Diculik Lelaki Warga Asing Sebelum Dipenggal Kepala

nescafeais - 09:55


Video rakaman CCTV suspek yang menculik kanak-kanak 2 tahun yang dipenggal kepalanya di Klang mula tersebar di laman Facebook.

BACA SALINAN LAPORAN DI SINI:- http://www.nescafeais.com/mengejutkan-gambar-dan-salinan-laporan-kes-penggal-kepala-kanak-kanak/

Menurut saksi kejadian ngeri itu, suspek yang membunuh kanak-kanak itu dipercayai telah mati lemas. Ini kerana orang awam yang ternampak kejadian itu cuba menangkapnya dengan menyusuri Sungai Klang dan ternampak lelaki tersebut tenggelam timbul sebelum terus hilang dibawa arus sungai tersebut dan dipercayai lemas.

Pada malam kejadian, pihak polis menerima maklumat dari orang awam yang ternampak seorang lelaki cuba melemaskan seorang kanak-kanak di tebing Sungai Klang.

Polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat kanak-kanak terbabit yang mengalami kecederaan parah di bahagian belakang kepala akibat dihentak dan kepalanya itu turut terputus daripada badannya.

Siasatan polis mendapati, ibu kanak-kanak yang berusia 32 tahun itu tidak mempunyai pekerjaan dan hidup secara gelandangan.

Friday 30 May 2014

Suspek Kes Kelar Leher Kanak-kanak Hingga Putus Dipercayai Telah Lemas

nescafeais - 14:01


KUALA LUMPUR: Suspek pembunuhan kanak-kanak perempuan yang dijumpai mati dikelar di tebing Sungai Klang, Jalan Sultan Hishamuddin di sini semalam dipercayai telah lemas

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Ming berkata suspek tersebut dipercayai telah cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam Sungai Klang.

“Orang awam yang ternampak kejadian itu cuba menangkap lelaki itu dengan menyusuri Sungai Klang dan ternampak lelaki tersebut tenggelam timbul sebelum terus hilang dibawa arus sungai tersebut dan kita percaya lelaki tersebut telah lemas,” katanya dalam satu kenyataan medianya kepada Astro Awani.

Gerakan besar-besaran dijalankan bagi mencari suspek namun terpaksa dihentikan disebabkan keadaan cuaca semakin gelap malam tadi..

“Gerakan mengesan suspek masih diteruskan oleh polis yang dibantu oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) Kuala Lumpur.

Dalam kejadian yang berlaku pada 9 malam hari Khamis, polis telah menerima maklumat daripada orang awam yang ternampak seorang lelaki sedang cuba untuk melemaskan seorang kanak-kanak di tebing Sungai Klang berhampiran dengan Stesen Kereta Api Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur.

Polis yang bergegas ke tempat kejadian kemudian menemui mayat seorang kanak-kanak lengkap berpakaian berusia dalam lingkungan dua tahun dalam keadaan  tertiarap.

“Mayat tersebut mengalami cedera parah dibahagian belakang kepalanya akibat dihentak dan kepalanya itu turut terputus daripada badannya,”.

Terdapat pecahan seramik bersama-sama kesan darah dan sepasang selipar ditemui di tempat kejadian.

“Siasatan polis kemudiannya berjaya mengesan ibu kanak-kanak tersebut yang berusia 32 tahun dan didapati ibu mangsa tidak mempunyai pekerjaan dan hidup secara gelandangan di bandar raya ini,”.

Menurut keterangan ibu mangsa, semasa dia dan anaknya melepak bersama-sama dengan kawan-kawannya di Tingkat 4, Kompleks Kota Raya sekitar jam 3 petang, dia telah pergi ke tandas.

“Dia telah meminta kawannya yang bersama-sama melepak dengannya itu untuk mengawasi anaknya dan setelah lima minit berlalu, ibu mangsa kembali semula keluar tandas dan mendapati anaknya itu sudah tiada,”.

Ibu mangsa dan rakannya kemudian bergegas mencari anaknya itu di sekitar bangunan Kota Raya namun gagal.

“Maklumat awam kemudiannya memberitahu bahawa seorang saksi ternampak seorang lelaki berkulit gelap sedang mendukung seorang kanak-kanak  menyusuri Sungai Klang yang kemudiannya merebahkan kanak-kanak berkenaan sambil menghempaskan sesuatu ke kepala kanak-kanak berkenaan,”.

Lelaki itu juga dilihat sedang melakukan sesuatu di leher kanak-kanak tersebut.

“Beberapa orang awam bergegas cuba menyelamatkan kanak-kanak tersebut dan menyedari dirinya dikejar oleh orang ramai, suspek bertindak terjun ke Sungai Klang sebelum hilang dibawa arus,”.

Kes tersebut kini disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat kanak-kanak tersebut dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kejam: Kanak-kanak Perempuan Dikelar Sehingga Putus Kepala

nescafeais - 10:00


KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya terpisah dari badan di tebing Sungai Klang berhampiran stesen komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin, di sini, malam tadi.

Kanak-kanak malang berusia antara dua hingga tiga tahun berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.

"Polis sedang mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan.

"ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya," katanya.

Menurut Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan jubin berhampiran mayat namun belum dapat dipastikan sama ada ia digunakan untuk mengelar mangsa.

"Polis tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan senjata tajam untuk mengelar leher mangsa berdasarkan kesan kelar berkenaan," katanya.

Motif sebenar kejadian itu belum dikenalpasti dan siasatan lanjut dijalankan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Gambar Anggota Polis Letak Kaki Atas Hajarul Aswad Undang Kemarahan

nescafeais - 08:27


RIYADH 28 Mei - Gabenor Mekah, Putera Mishaal bin Abdullah marah terhadap gelagat seorang anggota polis yang meletakkan kakinya di kawasan Kaabah ketika berkawal di Hajar Aswad, di sini baru-baru ini.

Menurut laman web arabnew,com, gabenor itu menggesa Ketua Polis Mekah, Majer Jeneral Abdul Aziz Al-Souli menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan terhadap pegawai polis berkenaan atas perbuatannya itu.

Perbuatan anggota polis tersebut yang meletakkan kakinya di kawasan Hajar Aswad itu tersebar luas di media sosial.

Putera Mishaal mengarahkan ketua polis supaya mengadakan kempen kesedaran khas kepada anggota keselamatan, tentera dan pegawai awam yang bekerja di kedua-dua masjid suci (Masjidil Haram dan Masjid Nabi) bagi menghormati kesucian di kawasan sekitar kedua-dua masjid itu serta berurusan dengan jemaah secara sopan.

Beberapa orang penulis blog Arab Saudi, mengutuk tindakan anggota polis itu dengan berkata, seseorang yang tidak menghormati tempat-tempat suci tidak harus dilantik bagi menguatkuasakan undang-undang dan berkawal di tempat suci.

Seorang lagi penulis blog yang merupakan seorang pelajar di United Kingdom di bawah Program Biasiswa Luar Negeri, Raja Abdullah, menggesa pegawai-pegawai keselamatan supaya mempelajari daripada pengawal diraja Britain yang sanggup berdiri beberapa jam seperti berhala.

"Kita perlu mempunyai satu pasukan khas untuk berkawal di kedua-dua masjid suci yang mempunyai kecerdasan fizikal dan memakai uniform tentera terutama yang direka khas untuk disesuaikan dengan tempat suci," katanya.

Beliau berkata, anggota polis yang bertugas di kedua-dua masjid itu juga perlu diberikan latihan khas untuk menangani jemaah secara sopan.

Video Detik Cemas Kemalangan Membabitkan Bas Darul Naim Dengan Lori Di Bentong

nescafeais - 08:17

BENTONG - Empat penumpang termasuk pemandu bas ekspres Darul Naim cedera apabila bas yang dipandu terlibat dalam kemalangan dengan lori di Kilometer 14 Jalan Bentong-Raub berhampiran simpang ke FELDA Lurah Bukit jam 5.20 petang semalam.

Bas yang dalam perjalanan dari Kota Bahru, Kelantan ke Kuala Lumpur dengan 30 orang penumpang bergesel dengan lori tiga tan yang membawa muatan sayur-sayuran.

Kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan.

klik di sini:- https://www.facebook.com/photo.php?v=247457198783265&saved

Thursday 29 May 2014

Taktik Penjual Jual Goreng Pisang Terlalu Rangup Campuran Minyak Dan Straw

nescafeais - 11:11


Sungguh memeranjatkan apabila mengetahui taktik mencampurkan plastik dalam minyak masakan yang popular di Indonesia ini sudah mula menular di Malaysia.

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan pengakuan seorang peniaga ayam goreng rangup dari Indonesia yang telah membuat pengakuan mencampurkan plastik atau paket minyak itu sendiri ke dalam minyak masakannya untuk menghasilkan ayam goreng rangup dan tahan lebih lama.

Namun, ketidakjujuran ini akan mengakibatkan pelanggan mengalami masalah kesihatan terutama kepada organ dalaman.

Berikut merupakan perkongsian oleh pengguna laman sosial.

Beli pisang goreng d gerai kueh donggongon. Tlampau rangup menimbulkan keraguan. Then, memang yg djangka pisang goreng dgoreng dengan minyak + straw. Sangat kurang ajar n x sivik punya penjual.


Cara mengetahui samada ayam goreng atau goreng pisang dicampur plastik:

1. Bawa bahan kajian anda balik ke rumah (ayam atau pisang dan sebagainya).
2. Ambil mancis dan bakar ayam atau pisang tersebut.
3. Sekiranya terhasil nyalaan, besar kemungkinan ayam atau pisang terbabit dicampur plastik.
4. Segera laporkan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut.

                                           

TONTON VIDEO BAGAIMANA AYAM GORENG RANGUP DIHASILKAN DI BAWAH.



Video Dan Gambar Perogol Budak Ditangkap Dan Dipukul Di Pantai Sri Tujuh, Tumpat

nescafeais - 08:41


Suspek yang merupakan seorang penjual layang layang dikatakan menculik dan merogol seorang kanak kanak berusia 12 tahun di Pantai Sri Tujuh, tumpat, Kelantan.

Berikut caption dari sumber:- nur syamira syamimi

 budax 12 tahun dculik n drogol oleh 2 lelaki . ta sangka pulok penjual wau tuhh selama nihh manusia bernafsukn binatang ! Nauzubillah . "sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juaa"
Belasah suspek kes rogol 

Kota Bharu: Seorang lelaki parah dibelasah sekumpulan individu dipercayai kerana merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dalam kejadian di Pantai Seri Tujuh, Tumpat, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kumpulan individu dipercayai ahli keluarga mangsa dikatakan membelasah lelaki berusia 30-an itu di hadapan orang ramai.

Lelaki itu yang cedera parah kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini. Sumber berkata, mangsa yang berasal dari Jertih, Terengganu dikatakan datang ke rumah saudaranya di Bachok sebelum menjadi mangsa rogol lelaki berkenaan.

Turut didakwa merogol mangsa adalah rakan lelaki terbabit. Sumber itu berkata, kerana marah, keluarga mangsa mencari suspek sebelum seorang daripadanya dikesan berniaga di Pantai Seri Tujuh, Tumpat.

“Sebaik melihat mangsa, kumpulan individu terbabit terus menyerang dan melucutkan seluar mangsa sebelum memukulnya dipercayai dengan rotan sambil disaksikan orang awam,” katanya.

Perlakuan itu turut dirakam pihak tertentu dan dimuat naik sebelum tersebar secara meluas di Internet sejak semalam.


KLIK JIKA TAK DAPAT MENONTON VIDEO:- https://www.facebook.com/photo.php?v=247229838806001

Wednesday 28 May 2014

Dr Zaharuddin: Isu Cadbury, Tak Perlu Cuci Darah, Cuci Perut Dan Samak Mulut

nescafeais - 12:17


Sedih melihat NGO yang membangkit isu perlu cuci darah dan sebagainya. Allah tidak menghukum hambaNya yang tidak sengaja melakukan kesilapan. Islam agama yang amat mudah dan memudahkan.

Kisah al-Cadbury

Pelbagai NGO bangkit untuk menyaman pihak Cadbury atas hasil kajian yang mendapati produk mereka mengandung DNA babi.

Itu admin faham.

Yang admin tak faham sampai ada NGO yang berkata umat Islam yang termakan sudah berdosa sehingga perlu mencuci darah dan sebagainya.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 5 yang bermaksud, "…Dan tidak ada dosa atasmu jika kamu khilaf tentang itu, tapi yang ada dosanya apa yang disengaja oleh hatimu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang."

Dari Ibnu ‘Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, ”Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla memaafkan kesalahan yang tanpa sengaja dan kesalahan kerana lupa dari umatku serta kesalahan yang terpaksa dilakukan." 

Allah amat menyayangi hambaNya. Tidak menjadi isu dosa kepada kita yang sudah secara tidak sengaja termakan coklat tersebut. 

Maka tidak perlu lah sampai nak pergi cuci darah, serta perut. - SSTDMM

Di bawah penjelasan dari Dr Zaharuddin:

BAGI sesiapa yang telah termakan Cadbury ber'DNA' khinzir secara tersalah atau tidak tahu berkenaan kewujudan unsur khinzir tersebut.

Menurut hukum Islam, mereka TIDAK BERDOSA dan seterusnya TIDAK PERLU membersihkan darah.

Sebagaimana firman ALLAH SWT:

وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُمْ بِهِ وَلَكِنْ مَا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا {الأحزاب: 5**

Ertinya : Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu tersalah padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Ahzab: 5)

Dan Nabi Muhammad salla ‘allahu ‘alaihi wasallam:

إن الله تجاوز عن أمتي الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه. رواه ابن ماجه وصححه الألباني.

Ertinya: Sesungguhnya ALLAH SWT melepaskan dari umatku apa yang tersalah, lupa dan sesuatau (yang haram atau salah) yang dipaksakan ke atas mereka. ( Riwayat Ibn Majah, sahih)

Justeru, tiada istilah ‘membersihkan darah’, atau seolah DIRI akan ke neraka atau AMALAN LAIN akan DITOLAK kerana coklat terbabit sekiranya darah tidak dibersihkan. Ini semua tidak benar.

Namun, jika ingin diambil SAMAN GANTIRUGI atas kesilapan Cadbury dan kealpaan mereka atau keculasan menggunakan logo halal pada yang tidak halal, itu WAJAR DILAKUKAN namun JANGAN dihujah atas nama ‘membersihkan darah’ seolah ia tuntutan agama.

Juga TIDAK PERLU disamak mulut dan usus dengan air tanah, Islam tidak menuntut sedemikian dalam hal seperti ini.

Jangan menyebabkan Islam disalah tanggapi dengan pandangan pelik dan tidak berasas kukuh.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
28 Mei 2014 - SINAR HARIAN

VIDEO: Raja Bomoh Kata Piala Thomas Kalah Sebab Khairy Bodoh

nescafeais - 11:15


Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim menyifatkan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai punca kekalahan skuad Piala Thomas dan perlu memikul tanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai menteri.

Ini kerana, menurutnya kenyataan Khairy sebelum ini meminta masyarakat agar tidak meletakkan sebarang harapan kepada skuad negara itu.

“Ini kerana sejak awal-awal lagi dia telah mengatakan skuad ini tidak akan masuk ke peringkat akhir, tetapi bila dapat masuk peringkat akhir dia (cuba) ambil kesempatan (publisiti)” ujar.

Ibrahim turut meminta Khairy agar meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang menteri.

Menurutnya sebagai seorang menteri yang diberi tanggungjawab menjaga dan membangunkan sukan negara,

Khairy sepatutnya terus memberikan semangat kepada para pemain dan bukannnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menajtuhkan moral pemain.

Namun sebaik sahaja pasukan badminton negara berjaya melangkah ke separuh akhir menentang Jepun, Khairy dikatakan terhegeh-hegeh mencari publisiti dengan menghadiri perlawanan akhir itu.

“Dia mengata, kemudiannya memuji. Menteri (KJ) ini bodohlah, dia patut meletakkan jawatan” ujarnya lagi.

Memetik laporan Utusan Malaysia sebelum ini, Khairy dilaporkan meminta rakyat negara ini agar tidak meletakkan harapan tinggi terhadap skuad Piala Thomas negara untuk melakar kejayaan yang besar pada kejohanan dwi tahunan itu.

Beliau berkata, peluang skuad kebangsaan untuk sampai ke peringkat separuh akhir adalah amat sukar

“Saya rasa lebih elok jika kita meletakkan satu sasaran yang sederhana kerana saya tidak mahu ada yang memberikan harapan yang terlalu tinggi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Malaysia Purple League.

Menurut Khairy, harapan yang diletakkan terhadap skuad badminton negara perlulah lebih realistik bersesuaian dengan barisan pemain yang Malaysia miliki pada masa sekarang ~ SuaraTV




klik sini jika tak dapat tonton video: https://www.facebook.com/photo.php?v=247042158824769

Tuesday 27 May 2014

Susulan Kes Langgar Anggota Polis, Mangsa Bakal Nikah Lagi 3 Hari

nescafeais - 11:09


Bagan Serai: “Dia begitu teruja menanti kenduri kahwin kami Ahad ini dengan semua barang hantaran sudah disiapkan.”

Demikian kata Norfaizah Mohd Rejab, 22, tunang kepada Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, yang terbunuh ketika bertugas selepas motosikalnya dirempuh penjenayah di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu, jam 1.15 petang semalam.

Lebih menyedihkan, kejadian berlaku hanya selepas kira-kira dua jam mangsa menghubungi Norfaizah dan selepas dua hari arwah menyambut hari jadinya.

Semalam adalah hari terakhir Mohd Azuan, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, bekerja sebelum bercuti panjang untuk berkahwin.

“Saya hampir pitam mendengar berita kematiannya kerana lebih kurang jam 11 pagi (semalam), dia mengirimkan SMS meminta saya makan ubat jika berasa kurang sihat.

“Saya tidak menyangka perkenalan sejak kira-kira empat tahun lalu berakhir dengan cara begini,” katanya.

Norfaizah bagaimanapun reda dengan pemergian arwah dan berharap pengorbanannya ketika berkhidmat kepada masyarakat mendapat ganjaran sewajarnya.

“Sekarang semuanya ibarat ‘nasi sudah menjadi bubur’ dengan majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung di Alor Setar, Kedah, hujung minggu ini, bertukar menjadi kenduri arwah,” katanya ketika ditemui semalam.

Mohd Azuan dan dua rakan masing-masing menaiki motosikal Kawasaki Ninja Unit Ronda Bermotosikal (URB) mengejar sebuah kereta Toyota Wish dinaiki tiga penjenayah yang dipercayai terbabit dalam rompakan van rokok di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu, dekat situ.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata motosikal mangsa dipercayai dirempuh sebuah kereta Honda Civic dinaiki rakan penjenayah itu.


Mangsa yang cedera parah di kepala, dada dan beberapa bahagian badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya tidak cedera.

Katanya, berdasarkan jarak pelanggaran dan kedudukan motosikal ditemui, polis percaya kejadian itu disengajakan dan dirancang.

“Polis masih mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga berlaku kematian.

“Saya juga terkilan tidak sempat bertemu arwah atas kesibukan kerja, sedangkan dia beberapa kali menyatakan hasrat bertemu saya bagi menyerahkan kad jemputan perkahwinan,” katanya.


Beliau berkata, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat malam tadi sebelum di hantar ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 27, Kulaijaya, Johor untuk dikebumikan. -Berita Harian






Kereta yang ditinggalkan penjenayah ditemui terbakar

Sumber Gambar: Mforum.cari

Piala Thomas: Anak Malaysia di sebalik kejayaan Jepun

nescafeais - 10:32


KUALA LUMPUR: Di sebalik kejayaan pasukan Jepun merangkul kejuaraan Piala Thomas semalam, ramai yang tidak mengetahui tentang salah seorang jurulatih pasukan negara matahari terbit itu adalah anak Malaysia.

Nama Izuan Ibrahim, tidak sepopular nama besar lain dalam arena sukan badminton, namun sentuhan beliau antara penyumbang kepada kejayaan Jepun semalam.

Anak kelahiran Kelantan ini adalah jurulatih kepada pemain persorangan Jepun, Kento Momota yang menewaskan pemain negara Chong Wei Feng dengan straight set21-15, 21-17.

Bekas guru ini sekarang berkhidmat sebagai jurulatih junior pasukan kebangsaan Jepun di bawah Nihong Badminton Association dan jurulatih di R.S. Hamanaka.

Kejayaan Jepun buat kali pertama semalam sekaligus menaikkan nama Izuan yang lebih mesra dengan panggilan Abe Awe di kalangan rakan-rakan beliau di Kelantan.

Laman Facebook beliau turut dihujani ucapan tahniah daripada kawan-kawan yang mengenali anak Melayu ini.

Dalam perlawanan semalam, Jepun mencipta sejarah dengan merangkul gelaran Piala Thomas pertama mereka apabila menewaskan Malaysia 3-2 dalam perlawanan penuh dramatik. 

Sunday 25 May 2014

Rakaman CCTV Penuntut Malaysia Di Bandung, Indonesia Selepas Dirogol

nescafeais - 13:51

17 Mei lalu merupakan tarikh yang menjadi detik ngeri buat seorang penuntut Malaysia di Indonesia apabila dirogol tiga lelaki tidak dikenali di Bandung

Mahasiswi kedoktoran dari Universiti Padjadjaran, Bandung itu diculik ketika mahu mengeluarkan wang di ATM berhampiran rumah sewanya.

Mangsa kemudiannya dirogol bergilir-gilir oleh tiga lelaki dalam kereta yang dipandu sebelum ditinggalkan 40 kilometer dari tempat dia diculik di tempat letak kereta RM Grafika, Tangkuban Perahu.

Kejadian ini rupa-rupanya sempat dirakam sebuah kamera CCTV yang terdapat pada salah satu restoran di situ.

Amat menyedihkan apabila dapat dilihat, mangsa berjalan terhuyung hayang selepas ditinggalkan sambil meminta pertolongan.

Dia kemudiannya diselamatkan pasangan suami isteri yang membawanya ke hospital.

Selain dirogol, mangsa juga disamun penjenayah terbabit yang turut mengambil wang tunai, telefon bimbit dan komputer riba miliknya.

Kereta penjenayah turut dapat dilihat dalam rakaman CCTV memecut meninggalkan lokasi selepas menurunkan mangsa.

Sudah pasti, insiden ini merupakan satu pengalaman pahit buat mangsa yang berusia 20 tahun dan baru berada di semester satu pengajiannya.

Didoakan semoga penjenayah kejam yang terlibat dalam kes ini akan segera dapat ditahan dan dibawa ke muka pengadilan.




Jangan Bimbang Kesahihan Logo Halal - Menurut JAKIM

nescafeais - 13:10


 KUALA LUMPUR: Kenyataan media Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berkenaan kenyataan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai pengesanan DNA babi (porcine) dalam coklat susu dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengambil maklum akan Kenyataan Media YBhg Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah; Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 24 Mei 2014 berkaitan dengan pengesanan DNA Porcine dalam dua sampel coklat Cadbury; Coklat susu dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1.

Berikutan kenyataan tersebut, Jakim telah menggantung sijil pengesahan halal bagi kedua-dua produk berkenaan berkuatkuasa SERTA MERTA. Dalam masa yang sama, siasatan lanjut akan dibuat untuk mengenalpasti punca pencemaran tersebut.

Jakim ingin menegaskan bahawa pensijilan halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan yang ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard Halal Malaysia dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Selepas sijil pengesahan halal Malaysia dikeluarkan, pemegang sijil adalah tertakluk kepada pemeriksaan berkala Jakim. Dalam hal ini, pemeriksaan secara berkala terhadap syarikat pengeluar produk berkenaan telah dibuat dan pemeriksaan terakhir adalah pada 20 Februari 2014 dan didapati mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

Kepada para pengguna yang selama ini menggunakan mana-mana produk yang mempunyai logo halal Malaysia tidak perlu bimbang kerana pemantauan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa.

Sekiranya terdapat sebarang perlanggaran atau ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat pensijilan, pihak Jakim akan menggantung atau menarik balik sijil pengesahan halal dengan serta merta.

DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

24 MEI 2014

Saturday 24 May 2014

DNA Babi Dalam Coklat Cadboury: Jakim Adakan Mesyuarat Tergempar

nescafeais - 15:17
JAKIM
SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang mengadakan mesyuarat tergempar susulan kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan berhubung DNA babi (porcine) yang dikesan dalam coklat susu kacang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk.

Penolong Pengarah (Perhubungan Awam) Divisyen Halal Hub, Jakim, Nadia Zammil Md Nasir ketika dihubungi berkata, mesyuarat tersebut diadakan dalam kadar segera bagi merungkai isu ini.

“Sebarang maklumat lanjut berkenaan isu ini akan diberikan selepas mesyuarat pada petang ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa DNA babi (porcine) telah dikesan dalam coklat susu kacang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk.

Sumber: Sinar Online

Friday 23 May 2014

2 Gambar Cikgu Berdarah Mulut Ditumbuk Pelajar

nescafeais - 15:27



Dua keping foto sedang tersebar di laman Facebook menyaksikan wajah seorang lelaki yang berdarah di bahagian mulut dan bajunya serta seorang pelajar sekolah sedang berdiri berdekatan dengan pintu sebuah bilik.



Lelaki berkenaan merupakan seorang guru (mengikut dari posting asal) yang dikatakan telah cedera dibahagian mulut hingga berdarah akibat ditumbuk oleh pelajarnya sendiri. Kejadian tersebut berpunca dari tindakan guru tersebut yang menegur muridnya kerana tidak ke surau untuk bersolat.

Menurut individu yang berkongsi foto ini, kejadian berlaku di SMK Kota Kulai, Johor Masih belum ada pengesahan dari pihak berkuasa atau sekolah mengenai kejadian ini.



sumber:- mohd shukri

2 Gambar: Gurauan Bawa Padah,2 Pelajar Parah Terjatuh Dari Tingkat 1

nescafeais - 13:45




Bentong: “Saya dengar gelak ketawa mereka sebelum disusuli jeritan serta bunyi terhempas dan melihat dua pelajar terbaring di tingkat bawah bangunan asrama dengan keadaan berlumuran darah,” kata pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Agama Pelangai, di sini, yang hanya mahu dikenali sebagai Ramdan, 14.

Ramdan yang ketika itu bersiap untuk menunaikan solat Maghrib di surau melihat dua rakannya, Muhamad Izzudin Mohd Saadan serta Hamirul Haqimi Hanafi masing-masing berusia 13 tahun bergurau sambil bermain di koridor tingkat satu asrama sekolah berkenaan. 


Namun, dia tidak menyangka tindakan rakannya itu berakhir tragedi apabila kedua-duanya parah di kepala dan anggota badan selepas mereka terjatuh dari tingkat satu asrama hanya semata-mata kerana bergurau. 

Katanya, kejadian kira-kira jam 6.40 petang itu berlaku ketika kebanyakan pelajar bersiap untuk ke surau menunaikan solat Maghrib kira-kira 100 meter dari asrama selepas melakukan aktiviti riadah di padang.

“Kebanyakan pelajar tiada di asrama kerana sedang mandi atau ke dewan makan sebelum menunaikan solat Maghrib di surau. Sebelum kejadian saya sempat melihat mereka bergurau.

“Namun, dalam perjalanan saya terdengar jeritan sebelum disusuli bunyi terhempas. Saya bersama pelajar lain segera ke arah bunyi itu sebelum mendapati mereka terbaring berlumuran darah,” katanya. - Harian Metro

Thursday 22 May 2014

PANAS:- Bekas CEO TNB dedah ‘Black out’ 1992 rancangan kerajaan wujud IPP

nescafeais - 22:11
BACA ENTRY TERDAHULU:- PANAS:- Surat Kesatuan TNB Tersebar, Adakah Ini Punca Sebenar Kenaikan Tariff Elektrik

KUALA LUMPUR 22 MEI:  Insiden ‘Black Out’ yang berlaku di seluruh negara pada 1992 adalah perancangan yang bertujuan mewujudkan Penjana Tenaga Bebas (IPP) di negara ini.

Bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB), Tan Sri Ani Arope mendedahkan perkara itu dalam buku beliau ‘Memoir Tan Sri Ani Arope’ setebal 143 surat.

Buku itu menceritakan permulaan IPP, Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang dikuasai Dr Mahathir
Mohamad ketika itu memaksa TNB menyerahkan tanah di Paka, Terengganu dan Pasir Gudang, Johor kepada pihak ketiga bagi pembinaan loji janakuasa.

“TNB mempunyai rancangan untuk menghasilkan lebih banyak tenaga dengan membina loji di Pasir Gudang dan Paka. Pembiayaannya tidak ada masalah dan kredit kami adalah sangat tinggi. Kami mempunyai tanah dan bersedia untuk membina loji.

“Tetapi, kami diberitahu oleh EPU bahawa ia mempunyai rancangan sendiri. Kami diberi amaran oleh EPU bahawa jika loji itu, yang mengambil masa dua bulan untuk disiapkan tidak dibina, Malaysia akan mengalami satu lagi ‘black out’,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temuramah oleh Starbiz baru-baru ini berkenaan apa yang berlaku pada tahun 1992 dipetik Keadilan Daily.

Katanya, TNB pada masa itu memiliki 250 jurutera dan adalah mustahil mengatakan kejadian black out  disebabkan perancangan lemah syarikat tanaga berkenaan.

Ani berkata,  TNB menghasilkan elektrik pada 8 sen seunit (kwh) dan membekalkannya pada 17 sen seunit ,selepas peristiwa itu,

Namun, IPP menghasilkan elektrik pada 23 sen seunit menyebabkan TNB perlu mengenakan caj dengan kadar tidak kurang daripada 30 sen seunit.

Katanya, tiada rundingan dilakukan dan perjanjian itu menyebabkan 20 juta pengguna pada tahun-tahun tersebut tiada pilihan dan terpaksa membayar kenaikan tarif elektrik.

“Selepas itu, pasukan saya kecewa. EPU hanya memberikan kami terma dan meminta kami bersetuju.

Saya kata tidak mungkin,” katanya yang  terpaksa meletak jawatan sejurus selepas kejadian itu.
Beliau berpendapat perjanjian itu adalah salah dari segi moral dan berat sebelah.

Berdasarkan laporan tahunan Petronas pada 2008, IPP mendapat subsidi gas berjumlah RM8.1 billion, manakala TNB pula memperoleh sebanyak RM5.7 billion.

PPA menyebabkan saham TNB jatuh menjunam daripada 20 sen pada tahun 1993 berkurangan kepada 10 sen pada tahun 1994.

TNB terpaksa menaikkan tarif elektrik untuk mengekalkan keuntungan syarikat.

Wednesday 21 May 2014

Trailer Filem MH370 Vanishing Act Dikecam

nescafeais - 14:27




Seorang waris kepada anak kapal pesawat MH370 meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghalang usaha seorang pengarah filem erotis dari India yang didakwa menggarap tragedi yang menimpa pesawat malang itu melalui satu karya filem.


Anak kepada ketua pramugara penerbangan tersebut, Maira Elizabeth Nari berkata filem itu bukan sahaja tidak sensitif kepada perasaan waris anak kapal dan penumpang, tetapi juga tidak menggambarkan situasi sebenar.

Maira dalam tulisannya di Twitter itu mengulas mengenai sedutan filem 'The Vanishing Act', yang mencetus kontroversi apabila dipromosi di Festival Filem Cannes, pada hari Khamis lalu.

“Tolong lakukan sesuatu terhadap filem ini dan pengarahnya, ia sangat tidak sensitif dan saya rasa marah betul!

“Apa yang nak kamu buktikan?,” katanya lagi dalam satu kenyataan yang dimuatkan di laman sosial tersebut.

Beliau menujukan tulisan tersebut kepada Najib dan juga pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Twitter.

Tambahnya, beliau berharap agar kerajaan akan mengambil tindakan ke atas filem arahan pengarah warga India, Rupesh Paul, yang sebelum ini popular sebagai pengarah filem erotis tersohor Kamasutra 3D (2014).

"Saya rasa jijik dengan filem ini, Rupesh Paul. Ia sangat tidak sensitif. Bolehkah kamu menghormati waris (penumpang dan anak kapal) MH370? (Gambaran dalam filem ini) bukan cara anak kapal bekerja. Saya mahu kerajaan lakukan sesuatu terhadap filem ini.

“Ia bukan satu tontonan yang menghiburkan. Tolonglah, pernahkah kamu fikir apa yang kami rasa dan fikir tentang filem itu.

"Sebelum kamu lakukan atau katakan sesuatu mengenai MH370. Fikirkan dulu macamana perasaan kami. Saya rasa begitu marah,” katanya seperti dipetik dalam tulisan tersebut.

Sentimen sama turut ditunjukkan oleh pengguna Youtube yang meninggalkan komen di laman sedutan tersebut.

Seorang daripadanya, Amina Jannah berpendapat, pengarah filem berkenaan hanya ingin mencari populariti murahan dengan karya tersebut.

Beliau antara lainnya merujuk kepada beberapa babak yang ditonjolkan dalam sedutan berkenaan – antaranya adegan intim di antara anak kapal terbabit semasa penerbangan.

“Ini filem yang sangat teruk. Apa yang kamu mahu sampaikan melalui aksi bercium? MH370 bukan macam itu! Saya marah. Ini selalu terjadi bila pengarah hanya nakkan populariti murahan. Sangat memalukan," katanya.

Sedutan filem sepanjang 1 minit 33 saat itu menonjolkan pesawat Malaysia Airlines Boeing 747 berlepas di satu lapangan terbang dan tulisan "Kuala Lumpur ke Beijing", dan juga adegan-adegan dalam pesawat tersebut.

Ia juga menunjukkan keterangan "01:07 Data terakhir diterima" dan "01.19 Perhubungan suara terakhir", "01:21 Perhubungan radar terakhir" dan "01.22 Transponder berhenti beroperasi" dan "Mentafsir misteri MH370".

Ia turut menunjukkan keadaan cemas apabila seorang pramugari terjatuh semasa penerbangan dan juga adegan seorang individu memegang senjata api.

Seorang pengarah bersekutu filem tersebut, Sritama Dutta dalam satu laporan agensi AP pada hari Jumaat lalu menafikan bahawa filem tersebut mempunyai persamaan dengan kes kehilangan pesawat MH370.

Satu-satunya persamaan antara filem berkenaan dan tragedi tersebut adalah kejadian kehilangan pesawat, katanya yang menambah, sebarang usaha untuk mencerminkan fakta dalam filem tersebut tidak praktikal.

"Kami tidak mampu mengikuti fakta sebenar, ianya berubah setiap hari," katanya seperti dilaporkan agensi tersebut.

Pencarian pesawat MH370 yang masuk hari ke-73 hari ini masih belum membuahkan sebarang hasil.

GAMBAR: Astro Mohon Maaf Isu Paparan Twitter Lucah Dalam Oh My English

nescafeais - 13:32

PETALING JAYA: Stesen penyiaran Astro memohon maaf atas kecuaian pihaknya sehingga mesej Twitter berunsur lucah terlepas untuk tontonan umum dalam rancangan Oh My English musim ketiga (OME) pada Ahad lalu.

Jurucakap Astro berkata, akaun Twitter peminat telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan bagi mencemarkan stesen televisyen berkenaan.

Kami kesal apabila dimaklumkan beberapa mesej akaun Twitter yang dikirim penonton dalam OME telah digodam sehingga menyebabkan mesej yang tidak diingini itu muncul dalam rancangan tersebut.

"Biasanya kami menerima puluhan ribu mesej Twitter setiap hari. Kami memohon maaf kerana mesej berkenaan dikeluarkan secara tidak sengaja,” kata jurucakap itu dalam satu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online di sini pada Selasa.

Dalam kejadian Ahad lalu, seorang individu telah mengirimkan mesej menerusi Twitter untuk sairan Oh My English musim ketiga berbau lucah yang ditujukan kepada Jibam, salah satu watak lakonan Akhmal Rizal.

Sementara itu Astro berkata, berikutan kejadian itu pihaknya akan mengawal dengan lebih ketat penyiaran mesej Twitter pada masa akan datang.

Astro juga  turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan penggodam yang mungkin cuba mengambil kesempatan untuk melakukan sesuatu perkara buruk.

"Kepada semua peminat, kami ingin menasihati mereka supaya menjaga akaun Twitter masing-masing dengan selamat," katanya.

Oh My English musim ketiga disiarkan menerusi TVIQ pada setiap hari Ahad pukul 9 malam dan diulang siar beberapa kali menerusi saluran itu.

Kementerian Pengangkutan Pinda Peraturan Penggunaan Cermin Gelap

nescafeais - 13:27


Akhirnya, kementerian pengankutan akur dengan desakan mengenai pemasangan cermin hitam yang menimbulkan banyak kritikan dari orang awam (RUJUK SINI:- Peguam Bidas Cara Polis: LOKAP SELAGI TAK BAYAR - Ini Polis atau Samseng? )

KUALA LUMPUR : Kementerian Pengangkutan semalam memutuskan untuk meminda peraturan penggunaan cermin gelap ke atas kenderaan di negara ini.

Bagaimanapun, perincian mengenai pindaan itu akan diputuskan dalam bengkel khas membabitkan semua pihak berkepentingan, termasuk pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO), minggu depan.

Antara agensi yang akan menyertai bengkel itu ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), penasihat undang-undang kementerian dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).

Tuesday 20 May 2014

PANAS:- Surat Kesatuan TNB Tersebar, Adakah Ini Punca Sebenar Kenaikan Tariff Elektrik

nescafeais - 21:33


Pasti ramai tidak tahu, bekas pengerusi TNB terdahulu, Tan Sri Ani Arope terpaksa letak jawatan kerana beliau membantah perjanjian IPP.

Kejadian blackout di 5 negeri

Apakah benar kejadian blackout itu satu kebetulan atau dirancang?

6.5.2014 - Kejadian blackout 5 negeri dikatakan berpunca dari kegagalan 3 turbine di Manjung Power beroperasi. Ianya sesuatu yang luarbiasa telah berlaku.

7.5.2014 - Akhirnya mesyuarat kabinet ambil keputusan luluskan project untuk YTL atas dasar direct nego tanpa diapunkan tender.

16.5.2014-Najib melawat TNB.

Kesan penyerahan projek ini pd TNB ialah YTL akan untung besar melalui perjanjian belian bekalan elektrik (PPA) dengan TNB. Dalam perjanjian dengan IPP terdahulu, TNB dipaksa terima perjanjian berat sebelah yang memang nyata merugikan TNB.

Contoh:-  TNB beli kuasa dari IPP 19 sen seunit tapi TNB jual 15 sen seunit. Sedangkan kos operasi semua TNB tanggung dan IPP (penjana bebas) tidak menanggung apa-apa kos operasi malahan dapat subsidi minyak lagi.

TNB akan terus tertekan menampung kos PPA yang tinggi utk dibayar pd YTL.

Akhirnya TNB akan naikkan tariff atau rugi seperti apa yang berlaku pada MAS dan rakyat akan menyalahkan TNB sebab rakyat tidak faham apa yang berlaku.

Masih ingakan total blackout 1993 yang menyebabkan IPP wujud?  Cara yang sama bukan?

So apa untung pada rakyat dengan kewujudan IPP nih sedangkan TNB mampu jana dan bekalkan lektrik jauh lebih murah?


Dan berikut surat persatuan pekerja TNB untuk Najib yang telah tersebar di media sosial:-






Peguam Bidas Cara Polis: LOKAP SELAGI TAK BAYAR - Ini Polis atau Samseng?

nescafeais - 20:15


 LOKAP SELAGI TAK BAYAR - Ini Polis atau Samseng?

Saya ingin merujuk kepada kenyataan Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Ahmad Fuad Abdul Latif yang disiarkan di dalam facebook rasmi Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) pada 17 May 2014.

SAC Ahmad Fuad menyatakan bahawa pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap akan terus ditahan di dalam lokap sehingga mereka menyelesaikan waran tangkap. Tindakan tersebut dilakukan kerana terdapat lebih kurang 1.9 juta waran tangkap yang belum selesai.

Ada dua (2) perkara yang perlu direspond dan diperbetulkan daripada kenyataan tersebut.

Pertama : Adakah SAC Ahmad Fuad faham prosedur undang-undang sebelum mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan tersebut?

Kedua : Adakah Polis sudah menjadi along pemungut hutang atau penguatkuasa undang-undang?

ADAKAH SAC AHMAD FUAD FAHAM PROSEDUR UNDANG-UNDANG?
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan sedikit kuliah undang-undang kepada SAC Ahmad Fuad, seluruh warga Polis Trafik, seluruh warga PDRM dan seluruh warganegara Malaysia. Ada dua isu berikaitan tajuk ini. Pertama berkaitan prosedur Waran Tangkap dan kedua Menyelesaikan Waran Tangkap.

Prosedur Waran Tangkap.

Waran Tangkap ialah suatu perintah menangkap seseorang yang dituduh (OKT) atau orang yang disaman (OKS) untuk dihadapkan ke Mahkamah kerana kegagalan OKT/OKS hadir ke Mahkamah semasa kes saman disebutkan.

Contoh, Rosmah (bukan nama sebenar) disaman untuk hadir ke Mahkamah pada 21/05/2014 kerana didakwa melakukan kesalahan memandu melebihi hadlaju. Pada 21/05/2014 Rosmah tidak hadir ke Mahkamah, maka Mahkamah jika berpuashati bahawa saman telah diserahkan kepada Rosmah, boleh mengeluarkan WARAN TANGKAP untuk memastikan Rosmah hadir ke Mahkamah menjawab pertuduhan. Mahkamah kemudian akan menetapkan tarikh sebutan baru bagi pihak Polis menguatkuasakan Waran Tangkap membawa Rosmah hadir ke Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan.

Prosedur berkaitan Waran Tangkap diperuntukkan dengan jelas di dalam Kanun Tatacara Jenayah (Criminal Procedur Code) di dalam Bahagian III Seksyen 38 - Seksyen 43.

Seksyen 42 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan dengan jelas bahawa seseorang yang diserahkan waran tangkap hendaklah dengan seberapa segera dibawa ke Mahkamah.

Section 42. Person arrested to be brought before Court without delay.

The police officer or other person executing a warrant of arrest shall, subject to the provisions of section 39 as to security, without unnecessary delay bring the person arrested before the Court before which he is required by law to produce that person.

Peruntukkan ini amat jelas dan merupakan prosedur khusus berkaitan perlaksanaan sesuatu Waran Tangkap.

Tiba-tiba dengan tidak semena-mena datang seorang hamba Allah yang memegang jawatan Ketua Pasukan Trafik Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap akan dilokap sehingga mereka menyelesaikan waran tangkap. Peruntukkan undang-undang negara mana Ketua Pasukan Trafik tersebut guna. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Menyelesaikan Waran Tangkap.

Seperti yang saya sebutkan di atas tadi, waran tangkap ialah perintah tangkapan seseorang yang gagal hadir Mahkamah. Seksyen 40 Kanun Tatacara jenayah memperuntukkan ;

Section 40. Warrants, to whom directed.

(1) A warrant of arrest shall ordinarily be directed to the Inspector General of Police and all other police officers of Malaysia, and any police officer may execute the warrant in any part of Malaysia.

(2) The Court issuing a warrant may direct it to any person or persons by name not being police officers and all or any one or more of such persons may execute the same.

Berdasarkan peruntukkan Seksyen 40, tugas menyelesaikan Waran Tangkap adalah tugas Polis kerana Waran Tangkap dikeluarkan kepada Polis untuk Polis menguatkuasakan dengan menangkap orang yang kepadanya Waran tersebut dikeluarkan.

Jika Ketua Pasukan Trafik menyatakan bahawa akan ditahan di lokap sehingga waran tangkap diselesaikan, maka saya sebutkan di sini bahawa yang perlu ditahan di lokap ialah Polis bukan pesalah trafik kerana tugas menyelesaikan waran tangkap ialah tugas Polis bukan tugas pesalah trafik.

ADAKAH POLIS SUDAH MENJADI ALONG PEMUNGUT HUTANG ATAU PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG?

Soalan ini kembali merujuk kepada kenyataan tidak berundang-undang dari Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman. Apabila beliau mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan yang tidak mengikut prosedur perundangan, maka sama saja tindakan beliau seperti along yang mengutip hutang sesuka hati menahan peminjam duit sehingga hutang diselesaikan. Perlu diingat saman trafik bukan hutang. Saman trafik adalah perintah hadir Mahkamah. Orang yang menerima saman tidak bersalah sehingga mereka dibuktikan bersalah di Mahkamah. Selagi tidak diputuskan bersalah, saman itu tiada apa-apa nilai kewangan yang membolehkan Polis memungut hutang.

Akhirnya nasihat saya, jadilah penguatkuasa undang-undang yang mengikut prosedur perundangan bukan sewenang-wenang mengugut seperti orang lain tak tahu undang-undang.

Jangan jadi ketam.


ZULHAZMI SHARIFF
19 MEI 2014
RUJUK SINI:- FACEBOOK

6 Gambar: Curi Lembu Pakai Toyota Unser

nescafeais - 19:52

kejadian dikatakan berlaku di kampung badok, Temerloh. Nak kaya cepat punya pasal 3 ekor lembu yang  dicuri disumbat ke dalam sebuah kereta Toyota Unser. Namun suspek berjaya melarikan diri. No plat yang digunakan juga didapati palsu.





Next Previous
UTAMA