Show Mobile Navigation

Monday 31 March 2014

KEJAM: Cikgu Racun 20 Ekor Kucing Jiran Kerana Kotorkan Inap Desa Miliknya

nescafeais - 14:29


Seorang penduduk Kampung Taman Seri Waja, Segamat, Johor yang juga seorang guru dikatakan telah meracun sehingga mati 20 ekor kucing jirannya kerana kucing-kucing itu mengotorkan kawasan inap desa miliknya.

Perbuatan itu menimbulkan kemarahan penduduk yang menganggap perbuatan itu keterlaluan memandangkan pelakunya ialah seorang pendidik.



Kucing-kucing itu dikatakan diberi makan nasi yang digaul dengan ikan dan racun yang kemudiannya diletakkan berhampiran inap desa tersebut. Satu keluarga telah kematian 12 ekor kucing peliharaan sementara penduduk-penduduk lain juga ada yang kematian kucing, yang kesemuanya ditemui dengan mulut berdarah.

Perbuatan itu juga dikatakan disaksikan oleh seseorang. Sampel ikan telah dihantar kepada Pejabat Veterinar Daerah dan laporan polis juga akan dibuat berdasarkan hasil siasatan dalam masa terdekat.

Memang benar kucing tidak sepatutnya mengotorkan inap desa tersebut namun kucing yang tidak berakal juga ialah makhluk Allah dan binatang kesayangan nabi.

Pelbagai langkah boleh diambil oleh pemilik inap desa tersebut untuk mengelakkan kucing-kucing dari mengotorkan inap desa miliknya namun dia memilih untuk melakukan perbuatan zalim dan tidak berperikemanusiaan iaitu meracun kucing-kucing tersebut.

Penduduk Kampung Taman Seri Waja berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik inap desa tersebut yang khabarnya tidak takut pada sebarang tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadapnya.
Sumber: Dunia Kucing

Ustaz Pemimpin MH370 Tutup Akaun Facebook Kerana Teruk Dikritik

nescafeais - 11:41


Mungkin kerana dihentam ramai pihak, Ustaz Darul Manzil menutup akaun Facebooknya dua hari lalu. Sebelum itu, beliau sempat memuatnaik status luahan perasaannya mengenai kritikan yang diterima.

Beliau menafikan mimpinya itu sebagai satu promosi atau publisiti murahan untuk Pusat Rawatan Darul Manzil yang diasaskan olehnya.

Beliau juga menempelak orang ramai yang menghentamnya melalui mesej di akaun Facebooknya.

"... bertubi-tubi mesej yang masuk.. sampai 'hank' FB saya bila nak dibuka" tulis Ustaz Darul Manzil.


Dua artikel mimpi yang dikeluarkan melalui Facebook beliau telah menjadi viral dan ramai yang mempercayainya, namun ramai juga menganggap mimpi itu sebagai satu lagi rekaan karut.

Dalam mimpi pertama, Ustaz menceritakan bagaimana pesawat MH370 terhempas di lautan manakala dalam mimpi kedua cerita lebih kepada "Playback" dimana Ustaz bertemu penumpang dan kru pesawat MH370 di sebuah pulau.

Mungkin kerana mimpi yang diceritakan beliau terlampau detail sehinggakan sukar diterima akal. Walaubagaimanapun, semuanya terpulang kepada anda yang membacanya sama ada untuk percaya atau tidak.


Keluarga dan sahabat Kapten Zaharie mahu saman Akhbar Daily Mail

nescafeais - 10:29


Sejak tragedi kehilangan pesawat MH370 berlaku, akhbar asing adalah media yang pertama sekali mencipta spekulasi mengaitkan penglibatan Kapten Zaharie Ahmad Shah dengan kejadian ini.

Satu demi satu tuduhan dilemparkan kepada Kapten Zaharie sehinggakan persepsi negatif rakyat dari negara luar kepada Malaysia semakin menjadi-jadi terutamanya rakyat dari negara China.

Daily Mail yang berpangkalan di Britain merupakan akhbar yang paling lancang menerbitkan artikel mengenai Kapten Zaharie dan keluarga. Antara yang tersebar luas, Daily Mail mengaitkan kecenderungan politik Kapten Zaharie merupakan kemungkinan punca berlaku rampasan kuasa.

Dan baru beberapa hari lalu, Daily Mail menerbitkan pula artikel mengenai pengakuan anak Kapten Zaharie yang mendakwa kelakuan ayahnya banyak berubah sebelum kejadian itu.

Melalui facebook "Friends of Captain Zaharie MH370", keluarga kapten menafikan pengakuan tersebut  datanganya dari mereka dan mendakwa semua itu adalah penipuan yang amat teruk!

"I have personally spoken to a very close member of Captain Zaharie's family including his son who has strongly condemned the report.. "It's a total lie, where do they get this story from? That's not true at all. I call upon all of you to rally together in solidarity to strongly condemn this kind of reporting, we must oppose strongly to this kind of nonsense."



"Dear Daily Mail, you should consider making movies since you are so good at making up stories and scripts out of thin air.. May god have mercy on your souls. You can bet your ass I will not forgive you." - Tulis Aisyah Zaharie di dalam akaun Facebooknya

Melalui Facebook Page itu juga, mereka merancang untuk mengenakan tindakan undang-undang kepada Akhbar Tabloid itu agar menghentikan penerbitan artikel fitnah terhadap Kapten Zaharie.

Dr. Ghouse, admin page itu yang merupakan sahabat Kapten Zaharie juga mengajak para peguam terutama yang berasal dari Alumni Penang Free School untuk memberi nasihat bentuk guaman yang diperlukan bagi menerukan tindakan mereka.


Status itu mendapat sambutan ramai pengguna facebook termasuk ahli keluarga Kapten Zaharie sendiri. Beberapa pengamal undang-undang turut memberikan pendapat dalam komen di status itu. Malah, ramai pengguna Facebook yang lain menawarkan bantuan kewangan dan ada yang mencadangkan agar kutipan derma dilakukan untuk menampung kos guaman.


Seperti kata Datuk Seri Hishamuddin dalam sidang media minggu lalu, tragedi MH370 ini sememangnya memberikan hikmah yang amat besar kepada Malaysia. Kini, negara kita menjadi sasaran media asing yang menghujani pelbagai tuduhan dan spekulasi berbentuk "Half Truth" untuk mewujudkan persepsi negatif dunia terhadap negara kita.

Walaupun berbeza fahaman politik, agama dan kepercayaan, inilah saatnya rakyat Malaysia bersatu padu mempertahankan negara kita. Menuding jari dan menyalahkan kerajaan buat masa ini tidak memberi sebarang apa-apa kebaikan kepada negara kita. -TengokTVonline

Sunday 30 March 2014

Petaling Jaya Tempat ke 5 Paling Ramai 'Selfie' Di Dunia

nescafeais - 14:29

Petaling Jaya, Malaysia menduduki tempat ke 5 bandar yang paling ramai berselfie.

1. Makati Filifina - 258 selfie-takers per 100,000 people
2. Manhattan NY US - 202 selfie-takers per 100,000 people
3. Miami, Fla - 155 selfie-takers per 100,000 people
4. Anaheim and Santa Ana, Calif. - 147 selfie-takers per 100,000 people
5. Petaling Jaya, Malaysia - 141 selfie-takers per 100,000 people.



Bagi menyiasat geografi selfie di serata dunia, TIME membina pangkalan data lebih daripada 400,000 gambar di Instagram yang ditagged "selfie" serta koordinat geografi gambar mereka. Secara keseluruhan. 

Berikut senarai 100 bandar paling ramai selfie atau amik gambar syok sendiri di seluruh dunia. The power of modern technology... Kuasa gadget jadikan manusia ketagih...Apa punya kergilaan lah...

6. Tel Aviv, Israel 139 selfie-takers per 100,000 people
7. Manchester, England114 selfie-takers per 100,000 people
8. Milan, Italy 108 selfie-takers per 100,000 people
9. Cebu City, Philippines 99 selfie-takers per 100,000 people
10. George Town, Malaysia N95 selfie-takers per 100,000 people
11. San Francisco, US: 91 selfie-takers per 100,000 people
12. Oslo, NO: 89 selfie-takers per 100,000 people
13. Boston, US: 88 selfie-takers per 100,000 people
14. Newark, US: 84 selfie-takers per 100,000 people
15. Honolulu, US: 82 selfie-takers per 100,000 people
16. Baguio, PH: 82 selfie-takers per 100,000 people
17. Paris, FR: 80 selfie-takers per 100,000 people
18. Denpasar, ID: 75 selfie-takers per 100,000 people
19. Leeds, GB: 72 selfie-takers per 100,000 people
20. Las Vegas, US: 72 selfie-takers per 100,000 people
21. Kuala Lumpur, MY: 72 selfie-takers per 100,000 people
22. Firenze, IT: 69 selfie-takers per 100,000 people
23. Copenhagen, DK: 69 selfie-takers per 100,000 people
24. Helsinki, FI: 69 selfie-takers per 100,000 people
25. Washington, D. C., US: 66 selfie-takers per 100,000 people
26. Cardiff, GB: 66 selfie-takers per 100,000 people
27. Oakland, US: 64 selfie-takers per 100,000 people
28. Amsterdam, NL: 64 selfie-takers per 100,000 people
29. Belfast, GB: 61 selfie-takers per 100,000 people
30. Bologna, IT: 61 selfie-takers per 100,000 people
31. Liverpool, GB: 58 selfie-takers per 100,000 people
32. Portland, US: 56 selfie-takers per 100,000 people
33. Lisbon, PT: 56 selfie-takers per 100,000 people
34. Atlanta, US: 55 selfie-takers per 100,000 people
35. Riverside, US: 55 selfie-takers per 100,000 people
36. New Orleans, US: 54 selfie-takers per 100,000 people
37. Glasgow, GB: 54 selfie-takers per 100,000 people
38. Leicester, GB: 53 selfie-takers per 100,000 people
39. Auckland, NZ: 53 selfie-takers per 100,000 people
40. Monterrey, MX: 52 selfie-takers per 100,000 people
41. Seattle, US: 52 selfie-takers per 100,000 people
42. Doha, QA: 52 selfie-takers per 100,000 people
43. Yogyakarta, ID: 51 selfie-takers per 100,000 people
44. Mueang Nonthaburi, TH: 50 selfie-takers per 100,000 people
45. Coventry, GB: 50 selfie-takers per 100,000 people
46. Edinburgh, GB: 50 selfie-takers per 100,000 people
47. Malmoe, SE: 50 selfie-takers per 100,000 people
48. Bari, IT: 49 selfie-takers per 100,000 people
49. Bristol, GB: 49 selfie-takers per 100,000 people
50. Johor Bahru, MY: 48 selfie-takers per 100,000 people
51. Sheffield, GB: 47 selfie-takers per 100,000 people
52. Napoli, IT: 46 selfie-takers per 100,000 people
53. Singapore, SG: 46 selfie-takers per 100,000 people
54. Athens, GR: 46 selfie-takers per 100,000 people
55. Stoke-on-Trent, GB: 46 selfie-takers per 100,000 people
56. Stockholm, SE: 45 selfie-takers per 100,000 people
57. Minneapolis, US: 45 selfie-takers per 100,000 people
58. Brooklyn, US: 44 selfie-takers per 100,000 people
59. Quezon City, PH: 44 selfie-takers per 100,000 people
60. Pittsburgh, US: 42 selfie-takers per 100,000 people
61. Bradford, GB: 42 selfie-takers per 100,000 people
62. San Jose, CR: 41 selfie-takers per 100,000 people
63. Dubai, AE: 41 selfie-takers per 100,000 people
64. Goeteborg, SE: 39 selfie-takers per 100,000 people
65. Adapazari, TR: 39 selfie-takers per 100,000 people
66. Wolverhampton, GB: 39 selfie-takers per 100,000 people
67. Dublin, IE: 39 selfie-takers per 100,000 people
68. Barcelona, ES: 38 selfie-takers per 100,000 people
69. Rome, IT: 38 selfie-takers per 100,000 people
70. Utrecht, NL: 38 selfie-takers per 100,000 people
71. Panama, PA: 37 selfie-takers per 100,000 people
72. Iloilo, PH: 36 selfie-takers per 100,000 people
73. Thessaloniki, GR: 36 selfie-takers per 100,000 people
74. Hull, GB: 36 selfie-takers per 100,000 people
75. Tampa, US: 36 selfie-takers per 100,000 people
76. Sacramento, US: 35 selfie-takers per 100,000 people
77. Denver, US: 35 selfie-takers per 100,000 people
78. Belgrade, RS: 35 selfie-takers per 100,000 people
79. Zurich, CH: 35 selfie-takers per 100,000 people
80. Eskisehir, TR: 35 selfie-takers per 100,000 people
81. Victoria, CA: 34 selfie-takers per 100,000 people
82. San Diego, US: 34 selfie-takers per 100,000 people
83. Catania, IT: 33 selfie-takers per 100,000 people
84. Turin, IT: 33 selfie-takers per 100,000 people
85. Carapicuiba, BR: 33 selfie-takers per 100,000 people
86. Poznan, PL: 33 selfie-takers per 100,000 people
87. Abu Dhabi, AE: 33 selfie-takers per 100,000 people
88. Bandung, ID: 33 selfie-takers per 100,000 people
89. Borough of Bronx, US: 32 selfie-takers per 100,000 people
90. Austin, US: 32 selfie-takers per 100,000 people
91. San Jose, US: 32 selfie-takers per 100,000 people
92. Sharjah, AE: 32 selfie-takers per 100,000 people
93. London, GB: 32 selfie-takers per 100,000 people
94. Bakersfield, US: 31 selfie-takers per 100,000 people
95. Staten Island, US: 30 selfie-takers per 100,000 people
96. Vitoria, BR: 30 selfie-takers per 100,000 people
97. San Juan, PR: 30 selfie-takers per 100,000 people
98. Edmonton, CA: 30 selfie-takers per 100,000 people
99. Birmingham, GB: 30 selfie-takers per 100,000 people
100. Nice, FR: 30 selfie-takers per 100,000 people

Bekas Suami Skandal Adi Putra Dedah Gambar Selfie Adi Putra Dalam Tandas

nescafeais - 12:45



Nampaknya kes skandal Adi Putra tidak berhenti setakat ini, walaupun pihak polis telah mengklasifikasikan kes itu sebagai 'no further action' Disember tahun lalu, Hj Amiruddin tetap mahu menegakkan keadilan untuk dirinya.

Bekas suami skandal Adi Putra, Nooraida Abdul Talib itu telah memuat naik gambar "Selfie" Adi Putra yang hanya mengenakan tuaIa di bilik air. 

"Yes my X salah tapi the other tak mengaku" tambah Hj Amiruddin dalam komen pada gambar itu.


Namun, tidak diketahui apa sebenarnya motif Hj. Amiruddin mendedahkan gambar tersebut. Seharusnya bukti gambar itu didedahkan lebih awal ketika kes sedang berjalan.

Apapun, kita tunggu perkembangan selanjutnya dan apakah respon di pihak Adi mengenai gambar itu. Hj. Amiruddin nampaknya nekad untuk meneruskan kes ini.

Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

"Ini adalah pengakhiran daripada saya dan sekiranya masih ada perkara berbangkit yang cuba memburukkan saya, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan," tambah Adi Putra lagi. -TengokTVonline

Wednesday 26 March 2014

Terkini: Sayap Kapal Terbang Bawa Pemain Terengganu Terbakar!

nescafeais - 11:00


PETALING JAYA:Malam kemenangan bertukar tragis untuk pasukan bola sepak Terengganu apabila pesawat Malindo Air yang membawa mereka terpaksa berpusing kembali kerana enjin turbin pesawat terbakar.

Pemain tengah Terengganu, Faiz Subri memuat naik gambar turbin sayap kapal terbang Malindo Air terbakar itu dan berkata pesawat itu berpatah balik ke Lapangan Terbang Subang.

Namun, Kesemua penumpang di atas kapal terbang selamat. - Sumber The Star



Tuesday 25 March 2014

Gambar Keluarga Mangsa Penumpang China MH370 Serang Kedutaan Malaysia di China

nescafeais - 16:15

Gambar Keluarga Mangsa Penumpang China MH370 Serang Kedutaan Malaysia di China! : Baru sebentar tadi, saudara mara, kaum kerabat keluarga penumpang China MH370 telah melakukan perarakan perhimpunan dan menyerang Kedutaan Malaysia di Beijing, China yang masih tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan kita Malaysia. 
  • Mereka datang dengan memanggil dan mengelarkan kerajaan Malaysia sebagai pembunuh
  • Mereka menuntut mahukan kerajaan Malaysia kembalikan semula saudara-mara mereka
  • Menuntut untuk bersemuka dengan Duta Malaysia ke China
  • Botol air telah dibaling bertalu-talu ke pejabat Kedutaan Malaysia di China dan sebilangan saudara mara serta keluarga penumpang China MH370 Malaysia Airlines telah bertindak untuk menyerang  pejabat Kedutaan kita di sana
  • Keluarga penumpang China mengatakan tindakan mereka tidak akan terhenti setakat ini sahaja, malah mereka akan bertindak daripada ini selepas ini selepas merasakan mereka telah ditipu oleh kerajaan Malaysia selama ini. 
Melihatkan senario dan tindakan serta kemarahan keluarga penumpang China, Bung Mohkhatr tampil dengan cadangan ketika membincangkan usul tergempar MH370 di parlimen sebentar tadi. Cadangannya adalah seperti di bawah ini
  1. Putrajaya @ Kerajaan Malaysia mesti sekat maklumat di Internet lebih-lebih melibatkan perkembangan berita terkini Malaysia Airlines MH370 bagi melindungi rakyat Malaysia menjadi apa yang dikatakannya “mangsa” kemarahan keluarga Chia yang telah kehilangan saudara-mara mereka
  2. Bung Mokhtar merasakan dengan berita terkini MH370 MAS Malaysia Airlines yang telah rasmi hilang di Lautan India bakal meningkatkan lagi perasaan amarah keluarga China sehingga bakal mengancam keselamatan rakyat Malaysia di luar negara
  3. Bung Mokhtar risau jikalau keluarga China terus percaya dengan media tidak terkawal sehingaga mereka mungkin mengambil tindakan untuk merusuh & menyiksa rakyat Malaysia di luar sana
  4. Mungkin?






Friday 21 March 2014

5 Gambar Bomba Pecahkan Simen Untuk Keluarkan Mayat Ahli Perniagaan

nescafeais - 08:18

Port Dickson: Penahanan enam suspek berhubung kes samun dan bunuh di Cheras baru-baru ini membawa kepada penemuan mayat seorang ahli perniagaan yang dibunuh dan mayatnya disimen dalam tong, petang tadi.

Difahamkan, penemuan itu berikutan hasil soal siasat yang dijalankan sebelum dua daripada enam suspek terbabit mengaku membunuh ahli perniagaan itu.

Sumber polis berkata, dua suspek terbabit kemudian dibawa polis ke Bukit Pelandok, Lukut, iaitu lokasi mayat itu ditanam, kira-kira 6 petang.

"Pemeriksaan forensik menemui tong berisi simen yang dicampak di tepi jalan ke Bukit Pelandok itu.

"Difahamkan, mangsa dilaporkan hilang di Batu 9, Cheras tiga bulan lalu," katanya.

Mangsa dipercayai ditembak sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam tong dan disimen kemudian ditanam di lokasi kejadian. -Harian Metro

Sumber Gambar: JABATAN BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA melalui Facebook rasmi mereka berkongsi bagaimana proses memecahkan simen untuk mengeluarkan mayat seperti dibawah:

 


Thursday 20 March 2014

Kapten Nik Ahmad Huzlan Yakin Objek Yang Ditemui Sebahagian Rangka MH370

nescafeais - 18:13





Bekas Ketua Juruterbang Serantau Malaysia Airlines, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain ketika diwawancara pemberita TV3 sebentar tadi menyatakan keyakinan tentang objek yang ditemui satelit Australia adalah sebahagian rangka pesawat MH370.

"Inilah dia" - Kata Kapten Nik Ahmad Huzlan.

Walaubagaimanapun, Kapten Nik menyatakan itu adalah pendapat peribadinya semata-mata. Beliau melihat beberapa perkara seperti berikut:
  • Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengumumkan dengan yakin di hadapan Ahli Parlimen.
  • Pengumuman oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menunjukkan bukti spesifik seperti Peta, Koordinat dan dimensi panjang objek.
  • Pengumuman itu amat jelas dan spesifik tanpa sebarang konflik info. Sehinggakan wartawan tidak perlu bertanya lebih lanjut.
  • Australia terkenal dengan profesionalism. Mereka memiliki pakar dalam setiap bidang (Subject Matter Expert). Mereka tidak akan memberitahu PM sekiranya bukti tidak kukuh. 
  • Akauntabiliti dan kredibiliti pasukan SAR Australia amat tinggi walaupun meletakkan info "kemungkinan". 
  • Australia sanggup menggunakan Pesawat Pengesanan, P-3 Orion yang mana menunjukkan penemuan itu amat kukuh.

Ketika di tanya apakah objek pada bahagian pesawat itu:
  • Dimensi objek 24 Meter.
  • Sama ada sayap kiri, kanan atau ekor pesawat(Pengimbang pesawat)
  • Ini berikutan imej berbentuk persegi
  • Sekiranya berlaku soft landing, berkemungkinan besar objek itu ialah ekor pesawat yang patah ketika mencecah lautan.

Beberapa andaian yang turut dibuat Kapten Nik:
  • Pakar Oceanografi akan melihat pergerakan arus untuk mengagak pergerakan bangkai rangka pesawat.
  • Pesawat dan bangkai yang ditemui berkemungkinan berjauhan kerana dibawa arus selama 13 hari. Tambahan lagi, minyak akan habis apabila melihat kepada jarak penemuan.

Walaubagaimanapun, Kapten Nik mengatakan ini hanyalah permulaan yang dilabelnya sebagai BAB 1- Penemuan. Menurutnya lagi, akan ada banyak lagi Bab-Bab lain menyusul seperti pencarian bangkai pesawat, kos dan siasatan. -TengokTVonline

#‎MH370‬: objek terbesar berukuran 24 meter dikesan terapung di Lautan Hindi

nescafeais - 13:58


KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) hari ini mengesahkan bahawa salah satu objek terapung yang ditemui di kawasan pencariannya berukuran 24 meter.

Pegawai AMSA John Young berkata sebuah lagi objek yang ditemui adalah lebih kecil.

Namun demikian Young menekankan bahawa objek-objek berkenaan mungkin tiada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac.


Beliau berkata sejurus menerima berita tentang objek-objek tersebut, empat pesawat telah dihantar ke kilometer 2,500 barat selatan Perth.

Beliau turut berkata pesawat tentera udara Australia, Orion, telah dihantar ke kawasan tersebut pada pukul 1.50 petang.

Tiga lagi pesawat Poseidon dijangka tiba di kawasan tersebut pada pukul 3 petang.

Beliau menambah, cuaca mendung dan jarak penglihatan terhad mungkin mengganggu operasi mencari objek tersebut.


Sebelum ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbot mengumumkan di Parlimen negara itu bahawa dua objek yang mungkin berkait rapat dengan pesawat MAS MH370 yang telah dijumpai.

Australia mengetuai pasukan pencarian di bahagian selatan Lautan Hindi.

Abbot berkata pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia telah menerima maklumat tersebut berdasarkan maklumat yang diterima daripada satelit.

"Berikutan analisis pakar imej satelit ini, dua objek mungkin berkaitan dengan pencarian telah dikenal pasti," katanya.

The Sydney Morning Herald melaporkan bahawa Abbot telah memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkara ini. -Astro Awani

Wednesday 19 March 2014

Warganegara Malaysia Lari Ikut Warga Nepal ‘Diberi’ Makan Khinzir Di Nepal

nescafeais - 13:25


Seorang ibu muda pasti tidak terfikir apabila tindakannya melarikan diri ke Nepal mengikut suaminya akan menyebabkan hidupnya menderita sepanjang empat tahun di sana dan ketika kini dia mahu pulang ke Malaysia.

Itulah derita yang kini dilalui oleh ibu muda warganegara Malaysia Nur Sri Rahayu Marimon, 24 tahun, yang kini tinggal di Nepal bersama dua anaknya selepas ditinggalkan suaminya yang bekerja di Arab Saudi sejak tiga tahun lepas.

Dia yang dikenali sebagai Ayu kini terpaksa bekerja memecah batu di Nepal untuk menyara kedua-dua anaknya. Biarpun suaminya ada mengirimkan wang tetapi ia dibuat melalui ibu mertuanya yang memberikan wang tidak mencukupi kepadanya dan anak-anak.

Lebih menyayat hati, cucunya yang berumur setahun dipaksa memakan bubur nasi yang dimasak bersama dengan daging khinzir. Jika si kecil enggan memakannya, ibu mertua Ayu akan memukul kanak-kanak itu.


Kira-Kira setahun lepas, bapa Ayu seorang pemegang taraf penduduk tetap dari Indonesia sejak sembilan tahun lepas, Marimon Ahmad Kasman, 57 tahun, menerima panggilan daripada Ayu memaklumkan bahawa dia sebenarnya sudah berada di Nepal untuk tinggal bersama suaminya.

Sebelum itu ketika tinggal di Malaysia, Ayu membawa diri bersama kedua-dua anaknya ke Nepal tanpa pengetahuan ayahnya.

Ayu dan suaminya itu berkahwin sebelum itu di Thailand dan kemudiannya mendaftarkan perkahwinan itu di Malaysia dan anak pertama mereka lahir di Malaysia dan anak kedua pasangan itu dilahirkan di Nepal.

Kini, Ayu merayu untu dibawa pulang ke Malaysia kerana sudah tidak tertahan hidup dalam keadaan sebegitu sehingga terpaksa memakan babi apabila disuruh oleh ibu mertuanya.

Marimon hadir bertemu dengan wartawan Mynewshub.my memaklumkan beliau telah menghubungi Wisma Putra untuk tujuan itu dan pihak Kementerian Luar sudah pun menghubungi kerajaan Nepal bertanyakan tentang keadaan anaknya.

“Menurut pegawai di Kementerian Luar, tiada masalah untuk membawa Ayu pulang kerana lokasi tempat tinggalnya sudah dikenal pasti tetapi Ayu dikatakan sudah tinggal di Nepal melebihi tempoh masa yang dibenarkan tanpa visa.

“Pegawai itu berkata denda kerana kesalahan Ayu itu sudah mencecah RM32,000 dan jumlah keseluruhan termasuk tiket pulang ialah kira-kira RM35,000,” katanya kepada Mynewshub.my.

Marimon dan isterinya Jaliah Tamin, 52 tahun, seorang rakyat Malaysia tidak mampu untuk meraih wang sebanyak itu untuk membawa Ayu pulang ke Malaysia.

Ayah Ayu, yang sebelum ini bekerja kerja-kerja buruh kini sudah menghidapi kencing manis dan sudah kurang bekerja untuk menyara keluarga.

“Saya kalau hendak uruskan tambang balik tiada masalah, ini apabila dijelaskan termasuk denda mencecah jumlah sebegitu saya tidak mampu,” katanya.

Kes ini sudah pun diserahkan kepada Biro Pengaduan Awam Kelab Putera 1 Malaysia yang dikelolakan oleh Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim untuk tindakan lanjut membantu keluarga itu.

Pihak biro ketika ini masih meyiasat kes berkenaan.

Orang ramai juga jika mahu membantu Marimon boleh tampil untuk membantu membawa pulang Ayu ke Malaysia.

Anda boleh menghubungi Jaliah di talian 0118554031. – MYNEWSHUB.MY

Tuesday 18 March 2014

Gambar Rumah Raja Bomoh Sedunia Nujum Vip Di Tapah Perak?

nescafeais - 16:05


Berikut beberapa keping gambar yang dikatakan Istana Raja Bomoh VIP yang tiba-tiba terkenal seantaro dunia dengan gelagat dan adegan teropong mencari pesawat MH370 dengan buluh dan bubu.

Tidak cukup dengan itu keesokan harinya bawa pula beberapa pembantu setia dengan adegan Permaidani Ajaib Terbang berdayung, menanguk air pakai bakul Tapah dan angkat 2 biji kelapa muda di lantai KLIA.

Setelah dikutuk keras sebagai khurafat, syirik, tahyul, bodoh dan menipu maka KJ mohon agar pihak berkuasa bertindak keatasnya dan ditangkap kerana sudah memalukan negara di kaca mata dunia luar.

Akibat dari itu Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP ini yang juga dikenali sebagai Bomoh 1M'sia berang naik angin seluruh badan sampai cabar KJ bertumbuk dengan beliau agar boleh dia tampar KJ macam tampar buaya.

Rumahnya dikatakan di Kg Bermin Tapah, Perak .. Terpampang perkataan ISTANA SRI GEMILANG (VIP), TAPAH, PERAK.

Ada tugu 2 keris bersilang lagi .






MH 370: Spekulasi ayah satu penderitaan dan kesakitan kepada keluarga - Aishah Zaharie

nescafeais - 15:44






Beberapa hari lalu sehinggalah ke hari ini, spekulasi mengaitkan juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam penglibatan rampasan pesawat MH370 masih bertiup kencang. Media barat khususnya masih menerbitkan artikel pendedahan maklumat yang mana pemberita Malaysia sendiri tidak ketahui.

Di samping itu, spekulasi "kehilangan" keluarga kapten Zaharie turut dimainkan, mendakwa keluarga tersebut telah berpindah sehari sebelum kejadian itu berlaku.

Namun pada hari ini, Daily Mail telah melaporkan anak perempuan kepada kapten Zaharie telah terbang dari Australia untuk kembali ke pangkuan keluarganya, di Malaysia.

Aisyah Zaharie telah memberitahu rakannya bahawa spekulasi tentang ayahnya sebagai "satu penderitaan dan kesakitan terhadap keluarga".

Sumber laman web Mirror pula berkata: "Apa yang media antarabangsa tulis tentang Kapten Zaharie tidak benar & tidak masuk akal. Dia seorang lelaki yang baik dan bapa penyayang kepada anak-anaknya.".

Aishah kini mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga di Kuala Lumpur.

Lagi Gambar Aishah Zaharie (Sumber Dailymail):




Tentera USA Terlihat Di Ipoh Dan Kota Bharu? - Ini Jawapannya

nescafeais - 11:07


Gambar di atas tersebar di media sosial. Katanya ada aktiviti tentera asing dikesan sudah berada di dalam negara kita. Antara yang menyebarkan nya di twitter ;


 ini gambar yang lebih jelas...





Apa yang berlaku sebenarnya ialah mereka sedang lakukan latihan. Ini antara usahasama perkongsian latihan dua buah negara yang melibatkan pasukan ketenteraan dari Malaysia dan USA.


BACA INI ;

    Latihan Pasukan Gerakan Khas (PGK) bersama US Army dan US Navy.

    Latihan ini dijalankan bersama 'C' Company 1 Batalion 1 Special Forces Group yang berpengkalan di Pulau Okinawa Jepun dan beribu pejabat di Hawaii.

    Gandingan latihan bersama Pasukan Gerakan Khas (Unit Tindakan Khas) telah bermula

    sejak tahun 1996 sehingga kini. Latihan dijalankan 1 atau 2 kali

    setahun dengan US Army dan kadang kala terdapat juga latihan dengan US Navy dalam bidang penyelam tempur.

    Bertempat di Lapangan Terbang Unit Udara Ipoh, latihan yang berlangsung pada hari ini adalah bersama tentera US Army bermula pada 16 Januari dengan acara penerjunan persahabatan dan berakhir pada 17 Februari 2012. Kumpulan US Army

    ini diketuai oleh Major Stephen Taylor. Terdapat 40 operatif US dan 38

    operatif PGK dalam latihan ini, manakala kumpulan sniper pula telah

    menjalankan latihan di LISRAM Pulau Langkawi selama dua minggu.

    Perkara-perkara yang didedahkan dalam latihan ini adalah:-

    1) Kemahiran medan/teknik menembak

    2) Kemahiran merancang dan mengendali serbuan bangunan

    3) Kemahiran 'perubatan tempur' (Combat causality care)

    4) Kemahiran letupan

    5) Pertempuran dikawasan bandar (fighting in built up area-(FIBUA)

    6) Perancangan operasi

    7) Latihan Sniper

    Setelah

    latihan tamat, Pasukan Gerakan Khas (UTK) akan mengajar kemahiran

    pengiring rapat kepada pihak 'C' Company 1 Battalion, 1 Special Forces

    Group selama 3 hari (reciprocal training). Semasa latihan peringkat

    akhir, seramai 4 Pegawai FBI dari Los Angeles Field Office akan

    menjalakan latihan 'evidence collection'.

    Sebagai penghormatan, pada 15 Februari 2012, YDH Dato' Wira Salleh bin Mat

    Rashid, Pengarah Jabatan KDN/KA dan YDH Dato' Azizan bin Abd Aziz,

    Komander 69 Komando telah menerima anugerah Sayap Penerjunan Tentera US

    Kehormat yang telah berlangsung di Unit Udara Polis Ipoh, Perak.


Rujukan : https://forum.lowyat.net/topic/2142438/+580


Lebih banyak gambar-gambar di dalam link yang di atas. Harap ini dapat menjawab persoalan mengenai penyebaran gambar di atas.

Abang Gadis Yang Maut Dalam Konsert FMFA Tampil Luah Isi Hati

nescafeais - 10:25
=



Beberapa hari lalu kita digemparkan dengan kematian beberapa remaja dalam konsertdi Stadium Bukit Jalil. Melalui laporan berita,  Enam maut termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah berlebihan sehingga mengalami sesak nafas.(rujuk sini) dan sini (tahun melawat atau melacur malaysia)

Abang kepada salah seorang gadis yang meninggal dunia tampil meluahkan isi hatinya mengenai kejadian itu di dalam Akaun Facebook adiknya sendiri, Sabreena Kamarudin. Baca luahan hati beliau:



Assalamualaikum,

Pada 15 Mac 2014, adik saya Sabreena binti Kamarudin telah kembali ke rahmatullah. Saya tidak menafikan apa yang dikatakan oleh media massa tentang apa yang berlaku, di mana adik saya terlibat dengan satu konsert dan telah meninggal dunia.

Arwahyarhamah merupakan seorang yang sangat baik hati, disayangi serta disenangi oleh ahli keluarga dan juga kawan-kawannya. Ramai pihak yang tidak mempercayai apa yang telah berlaku, terutamanya para guru dan sahabat handai kerana perwatakannya yang lemah lembut dan baik budi pekerti sejak dari kecil lagi. Saya sebagai abang turut terkejut dengan berita ini, dan sehingga ke saat ini masih tidak dapat menerima hakikat bahawa adik saya telah kembali kepadaNya dalam keadaan begini.

Saya masih terlibat dalam proses menyiasat dan mencari informasi tentang apa yang telah berlaku, dan saya tidak akan berhenti sehingga nama adik saya bersih seperti sediakala. Saya juga meminta kepada semua pihak agar tidak membuat spekulasi, menambah-nambah cerita, menghina atau mencaci arwahyarhamah atau keluarga. Hormatilah yang telah pergi, dan hormatilah ahli keluarga saya yang masih dalam keadaan trauma. Mereka cuma insan biasa, mereka memerlukan sokongan anda untuk menghadapi ujian dariNya.

Saya ingin meminta pertolongan anda semua agar memadam gambar-gambar arwahyarhamah yang tidak menutup aurat. Selain itu, saya serendah-rendah diri memohon jasa baik sesiapa yang membaca post ini, sama ada anda mengenali arwahyarhamah atau tidak, untuk sama-sama terus mendoakan Sabreena agar ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan solehah. Sedekahkan Al-Fatihah untuknya agar beliau mendapat ketenangan di sana.

Ingatlah adikku dalam doamu. - Amirul Aftar.

Monday 17 March 2014

Tahun Melawat Malaysia? Atau Tahun Melacur Malaysia?

nescafeais - 11:30

NERAKA DAJJAL YANG DISANGKA SYURGA OLEH MANUSIA

Jam 1.30 pagi, di malam kedua Future Music Festival Asia 2014 Stadium Bukit Jalil 6 orang diberitakan maut. Kesemua korban, 4 Melayu dan masing-masing 1 India dan 1 Cina dilaporkan mati akibat terlebih dos dadah methamphetamine. Mereka adalah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Sabreena Kamaruddin, 21, Syazana Sohaime, 23, Nor Faizza Mohd Wazir, 27, M.Suresh, 28 dan Victor Wong E Hern, 26.

Seorang dari mereka maut serta merta di Bukit Jalil. Bakinya mati dalam perjalan ke hospital. 4 dari mereka meninggal di Universiti Malaya Medical Centre (UMMC ) dan seorang di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Sementara itu ratusan lagi mengalami sesak nafas, 15 daripadanya tenat. Beberapa daripada mereka koma dan dirawat di unit ICU. Ketua Polis Kuala Lumpur turut melapurkan penangkapan 22 orang bersabit kesalahan dadah sepanjang berlangsungnya pesta muzik itu. Akibatnya acara malam ke 3 pesta itu telah dibatalkan untuk memudahkan siasatan.

Sepanjang hari semalam pula, para pengguna Instagram merasa amat terkejut dengan beredarnya gambar yang dimuat naik oleh pengunjung pesta tersebut. Turut terkejut dengan berita yang dikongsikan oleh mereka yang bekerja di kejiranan tapak pesta, iaitu berita pembekalan pelbagai jenis DADAH dan KONDOM kepada pengunjung. Nauzubillah. Anak-anak muda kita memang sedang dibunuh secara terang-terangan dengan cara itu tanpa diketahui atau diperduli oleh penguasa, rakan taulan dan ibu bapa.

Mungkin sebahagian daripada kita, penerima gambar dan berita dari instagram, tweeter atau facebook itu tidak tahu bahawa gejala ini sebenarnya berlaku saban hari di tempat-tempat khas berstatus ‘private’. Bagi kami yang terlibat secara langsung dengan usaha kajian dan pembangunan peradaban ini sudah tidak merasa terkejut lagi.

Ini hanya kes terpencil yang terdedah kepada umum, hanya kerana berlakunya kematian yang ramai secara serentak. Jika tidak kerana kematian itu kita mungkin tidak tahupun ada fiesta berkandang sedajjal itu. Kita masih terus merasa aman dalam dunia kita sendiri. Masih ingat lagi tragedi kematian di pantai PD, Negeri Sembilan yang melibatkan 3 kontena minuman keras? Masih ingat berita tentang seks bebas di private house melibatkan anak-anak usahawan dan vip?

INIKAH MATLAMAT TAHUN MELAWAT MALAYSIA?

Mungkin ramai yang berfikir upacara telekan oleh Raja Bomoh VVIP boleh menarik perhatian dan mampu menarik pelawat ke Malaysia. Jika ini benar, maka harap kita sudah sedar bahawa tersebarnya berita aksi Raja Bomoh itu telah membuatkan rakyat, pemimpin dan negara kita dicemuh begitu hebat di serata dunia. Tak pasal-pasal rakyat kita, khasnya yang beragama Islam di luar negara menjadi bahan ejekan oleh masyarakat dunia. Gambar dan video aksi teropong buluh, tikar terbang, kelapa muda bertaburan di mana-mana.

Jika konsert yang menghimpun artis dan penonton dari pelbagai negara ini dimasukkan dalam agenda Tahun Melawat Malaysia, jelaslah ia satu kesilapan besar. Masyarakat dunia sudah tidak pelik dengan hiburan seperti ini kerana mereka boleh mendapatkannya saban malam dan hari. Yang menjadi mangsa ialah rakyat kita yang jadi jakun dengan arak, dadah dan seks bebas. Kita sanggup berhabis duit, bahkan mati dan berbunuhan kerana gejala ini.

Entah mengapa kita lihat baik yang lelaki maupun perempuan Melayu terlalu edan dan rakus dengan seks bersama orang asing. Wanita kita, terutamanya yang janda, atau remaja yang telah ‘terlanjur sampai terbiasa melunjur’ begitu ghairah dengan lelaki asing. Fenomena ini dapat kita saksikan berulangkali di akhbar dan tv. Ribuan kes buang bayi, gadis hamil, video lucah bahkan tangkapan oleh pencegah maksiat adalah bukti nyata untuk fenomena ini.

Sekadar sekali sekala membaca berita kes gadis Melayu ‘bersekedudukan’ dengan Awang Hitam atau lelaki India, Cina, Bangla, atau Mat Salleh mungkin tidak begitu terasa kebimbangannya. Sebenarnya ia sudah sampai ke tahap yang tidak mungkin dapat anda bayangkan lagi. Anda mungkin menangis atau pengsan jika kami dedahkan bahan bukti dakwaan ini.

Kerana itu jugalah kami katakan satu kesilapan besar jika konsert seperti ini dan segala rencah ratus bersamanya ingin dijadikan penggerak ekonomi melalui Tahun Melawat malaysia. Yakinlah bahawa dapatan kerosakan melebihi perolehan, samada secara moral atau ekonomi. Belajarlah puasakan diri, jangan kita tamak untuk meraih kekayaan dengan cara ini.

Sebenarnya penjanaan ekonomi dengan cara ini tidak akan memberikan keberkatan. Kenapa kami kata begitu? Ini kerana keberkatan itu adalah bermaksud mencukupi, biarpun jumlahnya sedikit. Ingatlah kita sedang berada dalam kondisi yang sangat panas (ramadh). Ramai yang panas hati, panas poket, panas mata, panas telinga dan sebagainya. Itu semua akibat dari keruntuhan akhlak umat yang memerlukan kita banyak berpuasa. Kerana itu ramadhan itu dipanggil al-mubarakh, bulan yang berkah dan diberkahi (ada tambahan penjelasan di bawah).

KAITAN ZINA DENGAN SYIRIK & HUKUMAN MATI

Mendekati ZINA sahaja sudah dilarang. Apabila kita sampai melakukkannya, maka jelaslah kita melakukannya dengan niat dan sengaja. Ungkapan ‘TER’LANJUR tidak layak sama sekali, kerana kita sebenarnya ‘ME’LUNJUR dengan sengaja. Jangan tipu diri sendiri. Sebenarnya, kita sengaja rancang dan berusaha dengan rapi untuk melakukan ZINA. Kedegilan kita terhadap Allah sebenarnya sudah ke tahap melampau batas apabila zina itu terjadi.

Jika kita sampai peringkat berzina, kita sebenarnya telah dengan sengaja melanggar garis kuning ke arah zina itu. Itulah batas aurat, pergaulan, arak, dadah dan sebarang situasi yang boleh menjurus kepada zina. Membataskan diri itulah hudud (batas) yang sebenarnya harus kita lakukan untuk mencegah zina dari berlaku. Bukan setelah ia berlaku.

QS:17. Al Israa' 32. “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan/sabil yang buruk”.

QS:24. An Nuur 2-3. “Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya 100 kali dera, dan JANGANLAH BELAS KASIHAN kepada keduanya mencegah kamu untuk agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah hukuman mereka DISAKSIKAN oleh sekumpulan orang-orang yang beriman”.

Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan PEREMPUAN YANG BERZINA, ATAU PEREMPUAN YANG MUSYRIK; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh LAKI-LAKI YANG BERZINA ATAU LAKI-LAKI MUSYRIK, dan yang demikian itu diharamkan atas oran-orang yang mukmin”.

Jelasnya jika kita masih berzina juga, kita sebenarnya sengaja menduakan Allah dengan cara melawan hukumNya secara SENGAJA. Atas dasar itulah Allah padankan zina itu dengan SYIRIK dalam ayat yang sama. Ia bukan dosa biasa. Kerana itulah juga hukum kisas terhadap zina itu boleh dikatakan ‘mati’. Cuma proses hukum bunuh terhadap zina ini dilakukan secara perlahan-lahan seperti rejam, rotan atau sula. Ini sebagai membalas kedegilan kita, sejajar dengan proses zina itu yang juga berlaku secara berperingkat, bermula dari muqaddimah zina sampai berlakunya zina.

Kita semua sudah tahu dengan jelas setiap perkara yang Allah larang, tiada taubat kecuali kerana jahil (QS:4/17,18). Melanggarnya dengan sengaja bermakna kita dengan SENGAJA menduakan Allah melalui keingkaran dengan sengaja itu. Itulah cabang syirik yang layak menerima hukuman setaraf dengan ‘mati’.

Mohon perhatikan huruf besar, JANGANLAH BELAS KASIHAN, dan hukum mereka dengan DISAKSIKAN sekumpulan orang beriman dalam ayat di atas. Jika anda beriman, anda harus berani melaksanakan ayat di atas. Soal pelaku sempat bertaubat esok hari, samada diterima atau tidak taubatnya (itupun jika tidak mati dalam maksiat seperti yang 6 orang itu), itu urusan mereka dengan Allah esok. Apa yang kita lihat hari ini harus kita tangani sewajarnya sekarang.

Jangan pula ada lagi yang sawan dengan komen JANGAN SUKA BUKA AIB ORANG…JANGAN SUKA MENGHUKUM ORANG… MANA TAHU DIA LEBIH BAIK DARI KITA… BLA BLA.. untuk kes study ini. Cukuplah maruah Allah dan Islam dimalukan sejauh ini.

Jika kita tidak mahu dibuka aib, jangan lakukan perkara yang megaibkan diri dan agama. Jangan lagi dedahkannya sendiri dengan sengaja dan penuh BANGGA sebegini. Kami dedahkan semua ini laksana doktor yang merawat penyakit siplis yang tersembunyi. Dengan Basmallah kami nampakkan kebencian kami dan mengajak pembaca, khasnya ibu bapa yang masih lena agar maklum dan turut menghayatinya.

KEBERKATAN REZEKI & KERUGIAN MORAL

Tiket maksiat untuk FMFA itu beratus dan beribu RM harganya. Akhbar melapurkan pil dadah berbagai jenis itu dijual dengan harga antara RM50-RM100 sebiji. MASYAALLAH. Bahasa hiburan mereka pula adalah bahasa inggeris. Tentunya bukan orang miskin atau yang tidak sekolah yang menjadi pengunjung pesta muzik itu. Pilu juga bila mengenang adanya simiskin yang tulus berusaha mengirim sedekah seringgit dua, bahkan ada yang sen-sen saja melalui MBB2U untuk jariah mereka. Si kaya pula alpa berbelanja serta meneruskan dosa dan kerosakan.

Ketahuilah bahawa zina itu penyebab kepapaan dan kemiskinan, samada dalam bentuk kewangan maupun secara moral. Biarpun rezeki kita banyak, tetapi tetap tidak akan mencukupi jika zina kita jadikan amalan hidup. Ini kerana kita akan banyak membelanjakan rezeki pada jalan yang membinasakan.

Contohnya setiap orang yang berzina akan membelanjakan banyak wang untuk kos mukadimah zina itu sampailah ianya berlaku. Yang muda, yang tua, yang kaya, yang miskin semuanya ada cara dan jumlah perbelanjaan tersendiri untuk melakukan zina.

Bila ada niat untuk berzina, maka tak pasal-pasal kita terpaksa tanggung kerugian yang nyata. Antaranya ialah membuang masa dan belanja untuk kos perhubungan, kenderaan, makan minum pasangan untuk berdating dan sewa hotel bagi yang mampu. Bagi kes berprofil tinggi maka lebih lagi kerugiannya. Itu termasuklah belanja clubbing, pil khayal, dadah, arak, shopping dan sebagainya. Bagi sugar daddy pula terpaksa sponsor apartment, kereta dan lain-lain.

Apabila tertangkap, masing-masing akan mengalami kerugian moral yang bukan sedikit. Itu tidak termasuk membayar kos peguam dan denda mahkamah. Salah perkiraan akan dijatuhkan hukuman penjara kerana terbabit dengan kes rogol atau perkosa. Yang terhamil kena belanja pengguguran, bahkan membuang bayi dan sebagainya. Kerugian seterusnya termasuklah jatuh kelayakan dalam kerjaya dan niaga. Gejala sosial turut membuatkan kerajaan rugi akibat dari masalah jenayah yang berbagai serta biaya menanganinya.

Firman Allah: “Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (QS: 9. At Taubah, 28).

Atas pencerahan ini, maka kita harus sanggup tunduk kepada Allah. Marilah kita ikuti sunnah Tanah Haram, masjidil haram dan pakaian Ihram. Kita tawaf sentiasa untuk membersihkan tanah air kita dengan MENGHARAMKAN zina dan segala mukaddimahnya. Promosikanlah negara kita dengan tarikan yang suci murni. Biarlah tidak banyak wang masuk asalkan kita tidak menjemput puak-puak Dajjal yang sah-sah Musyrik ini. Yakinlah dengan janji Allah.

Banyak nasi, banyak keraknya. Terlalu banyak kes melibatkan anak-anak vip dan jutawan yang terlibat dengan gejala ini dalam fail kami. Semuanya kerana kemewahan laksana syurga tajaan Dajjal. Amalan dadah, arak, seks bebas, bahkan buang bayi sekalipun sebahagiannya dimaklumi oleh ibu bapa, namun tidak mereka berbuat apa-apa. Apatahlagi kes yang tidak diketahui kerana sibuknya ibu bapa mengejar pangkat dan harta.

Ingatlah, ketika kita masih hidup ini pun sudah jelas tidak berkatnya. Kita banyak kerugian akibat menaja kos kerosakan dan biaya untuk menebus kerosakan yang telah berlaku pada anak kita.

APABILA KITA MATI NANTI, hanya ilmu yang mampu membentuk anak yang soleh sahaja yang boleh meneruskan amal kita melalui harta yang kita tinggalkan. Jika tidak, apa yang kita tinggalkan kepada mereka akan lebih menjahanamkan hidup mereka. Waktu itu tiada siapa boleh menasihati mereka kerana jika kita masih hidup sekalipun, kita sudah tiada upaya dan kuasa.

Janganlah kita asyik ambil mudah dengan bersandarkan kepada sifat Allah yang maha pengampun itu selama-lama untuk berterusan mengabaikan perintah dan laranganNya. Ketahuilah bahawa keampunan dan kelembutan Allah itu pun ada batasnya. Harus tahu di mana batas keampunan yang layak bagi kita, biar jelas dan tidak bersangka-sangka.

Jangan tunggu terjadinya kematian seperti yang 6 orang dan beberapa lagi yang mungkin menyusul ini. Kerana jika sedemikian, maka jelaslah kita sengaja membiarkan mereka dengan beraninya MELAWAN ALLAH. Banyak contoh depan mata di mana kita mungkin tidak layak menguruskan jenazah mereka dengan cara Islam, NAUZUBILLAH.

Ya..! Ada kalanya jenazah kita pun tidak layak disembahyangkan, berdoa di kubur pun tidak Allah izinkan (QS:9/84). Ada tahap yang mana keampunan yang dipohonKAN oleh para nabi, sampai 70 kali ampun sekalipun tidak Allah ampunkan (QS:9/80).

Mahukah kita berada di katagori itu? ATAU MAHU KITA PERSETANKAN SAHAJA PERINGATAN ALLAH INI?

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
WARGA PRIHATIN

************ RUJUKAN************:

QS: 4. An Nisaa'17-18. "Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, ia mengatakan : "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang." Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih.

QS: 9. At Taubah

80. Kamu memohonkan ampun bagi mereka atau tidak kamu mohonkan ampun bagi mereka Kendatipun kamu memohonkan ampun bagi mereka 70 kali, namun Allah sekali-kali tidak akan memberi ampunan kepada mereka. Yang demikian itu adalah karena mereka kafir kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.

82. Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan.

84. Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.

85. Dan janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya AllaAh menghendaki akan mengazab mereka di dunia dengan harta dan anak-anak itu dan agar melayang nyawa mereka, dalam keadaan kafir.

SUMBER: FACEBOOK WARGA PRIHATIN

Kerajaan Arab Saudi Haramkan 50 Nama

nescafeais - 11:20


RIYADH - ARAB SAUDI . Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengharamkan  50 nama kerana bercanggah dengan agama dan budaya negara itu.

Jurucakap kementerian berkata, nama Barat seperti Sandy, Linda dan Elaine diharamkan termasuk Malika yang bermaksud permaisuri dan Amir bermaksud putera.
“Nama menghina tuhan seperti Malaak yang bermaksud malaikat, nama Nabi atau Jibril juga diharamkan," katanya.

Menurutnya, nama seperti Abdul Nabi dan Abdul Hussain termasuk dalam senarai pengharaman kerana mirip kepada gelaran dalam puak Syiah dan boleh disalah tafsir.
“Nama pemimpin Revolusi Mesir 1952, Gamal Abdel Nasser turut tersenarai diharamkan,’ katanya, dipetik dari laporan Gulf News.

Bagaimanapun, Mesir memandang sinis pengharaman nama itu kerana berpendapat Raja Farouk yang digulingkan ketika revolusi itu mempunyai kaitan dengan Saudi.  


Berikut adalah nama diharamkan: 
  1. Malak, 
  2. Abdul Aati, 
  3. Abdul Naser, 
  4. Abdul Musleh, 
  5. Nabi, 
  6. Nabiyyah, 
  7. Amir, 
  8. Sumuw, 
  9. Al Mamlakah, 
  10. Malikah, 
  11. Al Mamlaka, 
  12. Tabarak, 
  13. Nardin, 
  14. Maya, 
  15. Linda, 
  16.  Randa, 
  17. Basmalah, 
  18. Tulin, 
  19. Aram, 
  20. Narij, 
  21. Rital,
  22.  Sandy, 
  23. Rama.
  24.  Talin,
  25.  Ilan, 
  26. Alice, 
  27. Inar, 
  28. Loren, 
  29. Maliktina, 
  30. Larin, 
  31. Kibrial,
  32.  Lauren, 
  33. Binyamin, 
  34. Naris, 
  35. Yara, 
  36. Sitav,
  37.  Ilin, 
  38. Poland, 
  39. Tilaj, 
  40. Barrah, 
  41. Abdul Nabi, 
  42. Abdul Rasul, 
  43. Jibril, 
  44. Abdul Muin, 
  45. Abrar, Malak, 
  46. Iman, 
  47. Bayan, 
  48. Basil, 
  49. Gamal Abdel Nasser
  50. Rilam.

Next Previous
UTAMA