Show Mobile Navigation

Friday 28 February 2014

Senarai Terkini 143 Syarikat Yang Tidak Mendapat Kelulusan BNM Dari 2012-2014

nescafeais - 11:09




Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan senarai terkini syarikat dan laman sesawang yang telah dikenal pasti tidak diberikan kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

Apa yang mengejutkan, banyak syarikat yang tidak mendapat kelulusan melibatkan jenis perniagaan Multi Level Marketing (MLM). Antara nama besar dan sedang meningkat naik yang tersenarai ialah Boss Venture daripada syarikat Cash Deal SDN BHD. Namun, apa yang pelik ialah syarikat ini mendakwa perniagaan mereka selamat dan telah tersenarai dengan BNM seperti dibawah.



Sebanyak 143 Syarikat telah tersenarai dari jangkamasa tahun 2012 hingga 2014 seperti jadual yang Tengoktvonline sediakan dibawah.

Sudah tentu senarai ini akan memberikan kejutan kepada ramai pelabur yang telah mengikuti perniagaan yang ditawarkan. Diharap pendedahan ini dapat mengelakkan anda menjadi mangsa seterusnya dengan menjadi DOWNLINE kepada UPLINE syarikat-syarikat dibawah.

INFORMASI: Pelabur boleh mendapatkan pengesahan mengenai status pelesenan institusi kewangan yang terbabit dalam aktiviti pengambilan deposit yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia atau individu dan syarikat yang terbabit dalam aktiviti pelaburan yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti masing-masing di laman web www.bnm.gov.my dan www.sc.com.my.

Jabatan Pengaduan/ Suruhanjaya Sekuriti
Tel: 03-6204 8999 / 03-6204 8777
Faks: 03-6204 8991
E-mel: aduan@seccom.com.my

Bank Negara Malaysia
Tel: 03-2691 0824 / 2692 6482 / 2698 2810 / 2694 2143
Faks: 03-2698 7467
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.m 

*Kongsikan artikel ini dengan menekan butang LIKE dan SHARE dibawah untuk mengelak rakan dan keluarga anda menjadi mangsa Syarikat Pelaburan yang tidak mendapat kelulusan BNM. - TengokTVOnline.blogspot.com

Luahan Tun Mahathir Berkenaan Isu Anti Hadis

nescafeais - 10:34


Anti-Hadis

Oleh Tun Mahathir Mohamad

1. Saya tahu tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang yang menghukum saya sebagai anti-hadis. Orang lain juga akan dilarang membaca tulisan ini. Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran.

2. Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah.

3. Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya dilarang oleh agama Islam.

4. Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti-hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang telah diberi gelaran yang sama.

5. Saya juga diberitahu bahawa sebagai seorang yang tidak tahu bahasa Arab maka saya tidak berhak bercakap berkenaan agama Islam.

6. Hari ini kita lihat ummat Islam berpecah, bermusuh sesama mereka, berperang dan membuat kerja orang Yahudi dan Nasrani. Siapakah yang membawa malapetaka ini kepada orang Islam dan Negara-negara mereka. Bukankah mereka fasih dalam bahasa Arab bahkan penasihat dan pemimpin mereka terpelajar dengan dalamnya ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis Nabi. Saya sendiri sering mendengar mereka dari kedua-dua belah, mengeluarkan ayat Quran dan hadis bagi menghalalkan perbuatan mereka.

7. Ya, saya tak tahu bahasa Arab. Justeru itu saya terpaksa terima apa sahaja yang diajar kepada saya dalam bahasa Melayu sebagai ajaran Islam. Apakah kerana saya menerima Islam dalam bahasa Melayu maka ia bukan Islam. Apakah saya tidak Islam. Apakah lafaz dua kalimah syahadat oleh saya tidak boleh diterima.

8. Selain dari khatam Quran semasa umur belasan tahun, saya baca terjemahan Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ya, memang terjemahan Quran bukan Quran. Tetapi bolehkah kita kata terjemahan ajaran Islam yang diajar kepada kita dalam bahasa Melayu bukan Islam? Jika apa yang disampaikan dlam bahasa Melayu berkenaan agama Islam bukan Islam, majoriti orang Melayu bukanlah Islam.

9. Saya dan rakan-rakan saya pernah dihukum kafir kerana sebagai ahli parti tertentu telah bekerjasama dengan orang kafir. Tidak ada siapa yang fasih berbahasa Arab dan mendalami ajaran Islam yang mempertahankan saya apabila dituduh kafir. Mungkin sebabnya ialah mereka bersetuju saya kafir.

10. Kemudian orang yang mengkafirkan saya bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir. Tetapi tidak ada orang yang mendalami agama Islam yang fasih berbahasa Arab mendakwa mereka ini kafir. Saya tertanya-tanya apakah kelebihan mereka? Apakah mereka maksum?

11. Orang yang fasih berbahasa Arab dan mengenal diri sendiri sebagai ulama Islam dan mursyid telah berkata ia sanggup bekerjasama dengan syaitan jika syaitan menyokongnya. Orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu larangan dalam Al-Quran terhadap bekerjasama dengan syaitan, tidak membuat tuduhan apa-apa, jauh sekali dari memberi apa-apa label kepadanya. Kenapa?

12. Bukan sahaja orang Arab yang fasih bahasa Arab yang berpecah dan bermusuh sesama Islam, tetapi di Malaysia juga perpecahan berlaku apabila orang yang digelar ulama dan fasih dalam bahasa Arab memisahkan diri dan memecahkan perpaduan orang Islam kerana tidak dapat tempat di dunia, tidak dipilih jadi Yang Berhormat. Sehingga sekarang perpecahan ini berlaku. Maka lemahlah orang Islam dan terpaksalah mereka mengemis untuk mendapat sokongan orang bukan Islam. Maka berpeluk-peluklah mereka. Tidak ada ulama yang berkecuali yang mendesak supaya semua orang Islam bersatupadu dan bersaudara semula.

13. Orang yang sama juga mendakwa bahawa Allah s.w.t. mencarut. Tiada siapa dari orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu secara mendalam ajaran Islam yang menyangkal dakwaan ini. Mungkin ada hadis yang berkata demikian. Saya belum jumpa. Sila tunjuk kepada saya hadis yang berkata Tuhan mencarut.

14. Dalam ajaran Islam, ada yang wajib dan ada yang sunnat. Kita diberitahu yang sunnat boleh kita terima dan tunaikan tetapi tidaklah kita bersalah jika kita tidak tunaikan. Tetapi ada gesaan bahawa yang sunnat itu wajib dan mesti diterima dan diamalkan walaupun bercanggah dengan firman Tuhan dalam Al-Quran.
15. Hadis adalah sunnah Nabi. Saya ingin tahu samada hadis wajib dan mesti diterima. Betulkan saya.

16. Apa pula dengan orang yang utamakan hadis dari firman Allah s.w.t. yang terdapat dalam Al-Quran yang kita terima sebagai wahyu dari Allah s.w.t. Berkenaan dengan zina, apakah hukum yang terdapat dalam Al-Quran. Dan apakah yang terdapat dalam hadis. Yang manakah lebih utama, wahyu dan firman Allah s.w.t. atau hadis yang diriwayatkan oleh beberapa keturunan manusia biasa, yang dikaji, disah atau ditolak oleh pakar hadis yang juga manusia biasa 200 tahun kemudian. Salahkah jika kita pilih Al-Quran yang jelas dan satu yang tidak berbeza-beza dan oleh itu tidak merejam dan menembak mati dengan mesingun perempuan yang dituduh berzina.

17. Bukankah Allah s.w.t. telah berpesan berpuluh kali bahawa “apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Allah s.w.t. juga sebut sebagai tidak suka akan kezaliman.

18. Apakah melabel iaitu menghukum seseorang selepas membaca akhbar atau mendengar lapuran T.V. mencerminkan keadilan yang dituntut dalam Islam. Apakah tanpa memberi peluang kepada yang tertuduh untuk mempertahankan diri, adil di sisi agama Islam. Apakah tanpa membincang dan membahas oleh badan yang dipertanggungjawabkan seperti mahkamah, yang terdiri dari orang yang tidak berkepentingan, adalah cara Islam mengadil.

19. Kita lihat akan betapa buruknya keadaan umat Islam sekarang. Apakah ini kerana sudah ditakdirkan bahawa orang Islam akan ditindas dan agama Islam dihina.

20. Tidakkah Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan menukar nasib sesiapa jika ia tidak berusaha menukar nasibnya sendiri.

21. Jika kita ingin menukar nasib dan kita berusaha sehingga terselamat diri kita, bolehkah kita kata ini bukan takdir, atau ini bertentangan dengan kehendak Allah s.w.t.

22. Kita tahu adanya hadis yang sahih dan yang lemah Apabila hadis berbeza atau bertentangan dengan firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran, yang mana satukah yang kita harus terima? Jika kita pegang kepada Al-Quran, apakah ini salah.

23. Apakah kita wajib terima apa saja yang disampaikan oleh orang yang berbahasa Arab yang mempelajari agama walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis. Apakah kita mesti iktiraf siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama. Apakah semua ahli persatuan ulama benar-benar ulama.

24. Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Arab dan mendapat ijazah sarjana dalam bidang agama Islam, diberi gelaran ulama.

25. Perpecahan umat Islam kepada berbagai mazhab adalah disebabkan oleh orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh. Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan Al-Quran tidak suruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita. Kepada mereka agama mereka. Lemahnya umat Islam dan terhinanya agama Islam ialah kerana ajaran mereka yang tidak boleh ditegur, yang tuntut kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi hanya kepada mereka.

26. Saya tahu bahawa jawapan kepada tulisan saya ini ialah saya anti-hadis, anti Al-Quran bahkan kafir.

27. Saya tidak lama lagi akan pergi menemui Tuhan saya, Allah s.w.t. Saya akan diadili oleh Kadzi Rabbul Jalil. Saya tidak tahu apakah akan disahkan segala tuduhan terhadap saya atau tidak. Tetapi yang saya tahu dan yakin ialah pengadilan oleh Allah s.w.t. tetap adil. Dan saya terima apa sahaja hukum yang dijatuhkan ke atas saya.

Blog Tun Mahathir

Iklan Hina Jururawat Tony Fernandes Mohon Maaf

nescafeais - 10:19


Baru-baru ini tersebar iklan dalam pesawat Air Asia yang telah menyakiti hati para jururawat. Iklan insurans yang ditampal pada bahagian belakang kerusi penumpang itu tertulis:

“You want your momma, because you are in the hospital with lousy nurses”

(Anda mahukan ibu, kerana anda berada di hospital bersama jururawat yang memberikan layanan buruk).

Kritikan terhadap iklan ini bukan sahaja dibuat melalui akaun Facebook Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes malah Persatuan Kesihatan Malaysia (MMA) turut mendesak permohonan maaf daripada syarikat penerbangan ini kerana memberikan imej negatif terhadap profesion jururawat di negara ini.


Bagaimanapun hari ini, respon Tony pasti sedikit sebanyak mengubati hati jururawat yang telah terluka.

Menurut Tony, beliau secara peribadi turut berpendapat itu adalah iklan yang bodoh dan sudah mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Aireen Omar supaya memastikan ia dihentikan serta merta sambil mengambil langkah perlu bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

Tony turut memberi jaminan, beliau sendiri akan bercakap tentang hal ini dengan Tune Insurance Holdings. Difahamkan, insiden berlaku disebabkan ada proses yang tidak dipatuhi.

Sementara itu menurut jurucakap Air Asia, sepucuk surat memohon maaf sudah diutus kepada Persatuan Jururawat Malaysia (MNA) bagi menyatakan kekesalan Air Asia dan Tune Insurance di atas insiden yang tidak disengajakan ini.

Mengulas lanjut motif sebenar di sebalik iklan yang mencetuskan kontroversi itu, jurucakap Air Asia menyatakan ia sebenarnya cuba menggalakkan setiap oran agar menemani anggota  keluarga yang sakit. - Sumber: YAHOO NEWS

Kenapa dengki saya tutup aurat? - Felixia Yeap

nescafeais - 09:49


Bekas model, Felixia Yeap mempersoalkan kenapa masih terdapat segelintir masyarakat yang dengki dan sakit hati dengan tindakannya menutup aurat.

Padahal ujarnya, beliau hanya menutup aurat sepertimana kebanyakan Muslimah sejati yang lain, tanpa mempunyai niat yang tidak baik.

"Kepada yang dengki atau benci sangat bila saya bertudung dan bertekad untuk menutup aurat seperti seorang Muslimah tanpa niat lain selain daripada mahu menutup aurat saya...

"...adakah anda akan rasa lebih gembira kalau saya tanggalkan tudung saya dan berpakaian seperti dahulu?

"Pernah tak memikirkan perasaan seseorang wanita yang disuruh tanggalkan bajunya atau hijabnya? Ianya tiada berbeza daripada mencabuli kehormatannya.

"Begitu kejam sekali nak buat pada saya? Apa salah saya?," katanya yang dipetik menerusi lama Facebooknya, semalam.

Perkongsian Yeap itu, telah menarik pelayar Facebook untuk menyokong dan memberi semangat kepada beliau.

Menurut  Abdul Nizam Khalid, ramai yang tahu bahawa menutup aurat adalah hukum wajib dalam Islam tapi hakikatnya menutup aurat adalah naluri yang fitrah bagi seorang wanita.

"Ini antara sebabnya bukan Muslim juga turut mengenakan hijab di seluruh dunia. Teruskan, anda berada di landasan yang betul," tulisnya.

Sementara Nazilah Zainal pula menyarankan agar Yeap mengabaikan kata-kata nista tersebut dan menjadi diri sendiri.

"Sayang jangan dengar cakap orang ya.. Hanya kamu tahu apa yang kamu buat. Diri kamu, bukan diri mereka. Jaga diri, semoga selalu menjaga kehormatan... Bangga dengan kamu!," tulisnya.

Ini bukan kali pertama Yeap dikritik ekoran tindakannya berhijab.

Pada awal kemunculannya mengenakan tutup kepala, ramai Muslim mengganggapnya sebagai "tidak menghormati" wanita Islam yang memakai hijab.

Mereka berkata, sebelum memakai hijab, Yeap sepatutnya membuang semua gambarnya berpakaian Playboy Bunny dan lain-lain yang mendedahkan dan seksi.

Hampir 148,000 peminat di Facebook dan blog mengkritik tindakannya dan menyifatkannya sebagai sebuah "aksi publisiti" untuk  mendapat lebih populariti dan kemasyhuran.

Ada juga yang meninggalkan laman media sosial Yeap selepas beliau berhijab.- SINAR HARIAN

Thursday 27 February 2014

Pengakuan Anak Sulung Pasangan Malaysia Ditahan Sweden Membuatkan Mereka Sedih

nescafeais - 13:44


Anak perempuan sulung pasangan Malaysia yang dibicarakan di Sweden kerana didakwa memukul anak-anak mereka mengaku berasa terasing daripada ibu bapanya dan sering memikirkan ibu saudaranya sebagai ibu kandungnya yang sebenar.

"Saya rapat dengan adik-beradik perempuan ibu saya, saya rasa mereka seperti ibu saya yang sebenar. Saya tidak berasa dekat dengan ibu sebenar saya," kata Aishah.

Ketika mendengarnya, ibunya, Shalwati Nurshal membetulkan tempat duduknya, manakala bapanya, Azizul Raheem Awalluddin memandang ke bawah dan menyapu bahagian dahinya dengan ibu jari.

Ibu bapa Aishah telah ditahan pada 18 Disember tahun lalu selepas anak sulung mereka, Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia telah dipukul.

Aishah, 14, (kiri) dan Ammar bersalam dengan ibu saudara mereka Norshalena Norshal (kanan) ketika hari pertama memulakan sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala di Kota Baharu.-

Apabila ditanya jika dia menyukai ayahnya, Aishah berkata dia juga tidak rapat dengan bapanya dan lebih suka bersendirian di dalam bilik.

Dalam rakaman temubual yang dijalankan sebelum ini dan ditunjukkan di mahkamah daerah Solna pada Selasa, Aishah mengimbas kembali pergaduhan dengan ibunya disebabkan pakaian yang dibelikan ibu saudaranya untuk Aishah.

"Pada suatu masa, makcik saya membelikan saya seluar jeans, dan ibu berkata sepatutnya harganya perlulah di bawah RM50.

"Tetapi saya mendapat dua pasang seluar jeans dengan harga sekitar RM100, jadi ibu memarahi saya dengan mengatakan ia terlalu mahal," kata Aishah.

Ditanya bagaimana perasannya, Aishah berkata dia berasa 'marah dan sedih', sambil mengoyak kertas tisu yang diletakkan di atas meja temubual.

Dalam satu temu bual sebelum ini, Aishah berkata kesemua adik-beradiknya mahu tinggal dengan ibu saudara mereka di Malaysia, selepas dihantar ke rumah keluarga angkat di Sweden.

Aishah dan adik-beradiknya, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, telah diletakkan dalam jagaan ibu saudara mereka, Shalena Hisham Makhzan dan suaminya Nik Farid Nik Abdullah sebaik sahaja mereka kembali ke Malaysia pada 1 Februari.

Mereka kini telah bersekolah dan tinggal di Kota Bharu, Kelantan. -mStar

Bapa Mangga Mulut Anak Guna Padlock Sebelum Pukul Sampai Mati

nescafeais - 10:22
 Keadaan mayat Godrich Elvis yang dimangga mulutnya sebelum dibunuh bapanya.

Nigeria: Seorang lelaki ditahan semalam selepas didakwa mengunci mulut anaknya dengan kunci mangga semata-mata untuk memaksa budak itu berhenti menjerit ketika dia memukul mangsa hingga mati.

Chris Elvis, 30, didakwa menuduh anaknya, Godrich Elvis, 4 ‘Ogbanje’ atau ‘Anak Syaitan’ dan menyalahkan budak itu menjadi punca kepada nasib malang yang menimpa dirinya sejak beberapa hari lalu.

Mengikut fail mahkamah, pengawal keselamatan itu memukul anaknya, melecurkan seluruh tubuh mangsa dengan seterika dan menguncinya dalam tong plastik.

Ibu kanak-kanak itu menghubungi polis sebaik menemui anaknya yang mati dalam keadaan yang mengerikan selepas pulang dari pasar.

Chris berpura-pura gila ketika ditahan, tetapi dia di sahkan normal, lapor International Business Times.

Dia ditahan selepas dituduh membunuh.

“Kamu, Chris Elvis, pada 10 Februari 2014 sekitar jam 5 petang di nombor 7, Jalan Adetola Adelaja , Meiran Lagos, melakukan pembunuhan ke atas Godrich Elvis, berusia empat tahun menggunakan seterika untuk melecur badan dan meletakkannya di dalam tong plastik serta mengunci tong itu dengan mangga justeru melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 221 Undang-undang Jenayah Negeri Lagos, Nigeria 2011,” menurut kertas pertuduhan ke atas Chris.- AP

Terbaru, Chef Zam Pula Kritik Hidangan MAS macam Makanan Hospital

nescafeais - 08:33


Nampaknya Selepas Datuk Chef Wan mengkritik set nasi lemak yang dihidangkan dalam penerbangan Malaysia Airline System (MAS),pihak MAS nampaknya mengambil sikap tidak peduli dan langsung tidak memperbaiki hidangan mereka. Ini terbukti apabila seorang lagi Chef terkenal, Chef Zam pula mengkritik makanan MAS.

Melalui Instagram beliau, Chef Zam menyatakan kekesalan beliau terhadap hidangan MAS yang disifatkan ‘memalukan’ memandangkan kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk mempromosikan Malaysia sebagai ‘syurga makanan.


Komen Chef Zam dalam Instagram beliau:

chef_zam There is something terminally wrong with MAS food onboard. It is such a huge embarrassment not only to domestic passengers but most importantly to our foreign guests. How in the world can you promote this country as a food haven when their very first encounter with our so-called 'cuisine' is this ridiculousness?? It really embarassingly undermines the government's effort i.e. MATRADE, Tourism Malaysia and the likes spending hundreds of millions of tax payers' hard-earned money every year trying to paint a glorious picture of our cuisine to the world. Some people up there MUST go NOW!!

Gambar Mayat Lengkap Berkain Kafan Ditinggal Di Tepi Jalan

nescafeais - 08:22


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah berkata ia ditemui oleh seorang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 8.45 pagi dengan kepala dan kaki mayat diikat dan ianya dipercayai mayat seorang lelaki warga asing.

“Keadaan mayat seperti sudah dikafan. Ia masih dalam keadaan sempurna, tidak berpakaian dan mulutnya berbuih. Kita percaya mungkin lelaki itu baru mati,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati ditempat lain sebelum mayatnya diletakkan di situ.

Tiada sebarang dokumen ditemui bersama mayat yang kemudiannya dihantar ke hospital untuk mengenal pasti punca kematian mangsa, katanya.

“Tiada sebarang kesan kecederaan di badan mayat dan tiada unsur jenayah. Kes disiasat sebagai mati mengejut bagaimanapun siasatan lanjut  masih dijalankan,” katanya. – BERNAMA





Wednesday 26 February 2014

Gambar Dipercayai Bung Mokhtar Raden Bermain Judi Tersebar

nescafeais - 13:42


Gambar yang kini Berlegar di media sosial. Gambar dikatakan Bung Mokhtar, ahli parlimen kinabatangan beragama islam sedang asyik atas meja seperti meja kasino. Gambar Bung Mokhtar dikatakan sedang leka bermain judi mula tersebar dari awal pagi tadi.

Gambar dipercayai diambil pada Malam tahun baru ambang 2014 dResort World Filipina.

Gambar seakan sama. Tapi mungkin bukan dia...sama-sama kita nantikan penjelasan tuan punya badan

Betol ka bohong? sumber:amenoworld

Pekerja Bangladesh Stesen Minyak Dedah Taktik Penipuan Juruwang Di Kaunter.

nescafeais - 11:58


 Apa punya juruwangla . Kerja tak amanah. keje nak menipu je..berikut perkongsian pengalaman seorang pembaca ketika mengisi minyak di stesen Petronas Jalan Semambu Kuantan, BACA:-


Salam, cuma nak kongsikan pengalaman saya mengisi minyak di stesen minyak Petronas Jalan Semambu, Kuantan. Pada jam 6.45 petang, saya berhajat mengisi minyak kereta di situ selepas selesai servis kereta untuk balik kampung. (servis kereta RM500 terbang...)

Selepas parking di pam, saya pergilah buat pembayaran kat cashier. Pada masa itu ada dua orang cashier perempuan. Seorang berkulit cerah dan seorang lagi berkulit agak gelap sedikit. Saya nak isi minyak RM60, jadi saya hulurlah sekeping RM50 dan sekeping RM10 pada cashier yang berkulit gelap sedikit tersebut.

Kemudian, datang seorang pekerja Bangladesh pakai kopiah tolong pam minyak kat kereta saya. Sambil tunggu minyak siap di pam, saya duduk tepi kereta tengok meter pam itu naik dan tiba-tiba berhenti di jumlah RM50. Saya hairan, terus tanya pekerja Bangladesh itu kenapa RM50 je.

Lelaki Bangladesh itu tanya, "abang bagi kat cashier yang mana?". Terus saya tunjuklah cashier perempuan yang berkulit gelap sikit itu tadi.

"Owh, itu perempuan tara guna punya melayu. Suka curi duit orang. Orang bagi RM30, dia tekan RM20 dan lagi RM10 dia sapu kalau driver tak perasan.

"Hari-hari banyak kali jadi ini macam abang. Ada customer perasan salah nombor macam abang, terus bagitau. Kalau jenis yang tak perasan, duduk dalam kereta, siap pam dan terus pergi, duit itu masuk dia punya poketlah.

"Saya pun islam, tapi saya tak suka makan duit orang. 1 sen pun itu duit orang tapi ini perempuan melayu la, kata islam tapi selalu makan duit orang.

Terkedu.. saya terus bertanya, "tak ada orang report ke kat bos you ke?"

Jawabnya, "bos ada di lagi 1 stesen pam. Sini jarang-jarang bos datang. Susah orang mau report. Ramai yang marah-marah, tetapi lepas dia masuk semula yang tak cukup itu, driver tu diam saja"
'Selepas mendengar cerita lelaki itu, saya terus pergi ke cashier semula dan memaklumkan pada dia pam minyak tak cukup RM10 .

Perempuan itu dengan selambanya, "Sorry silap tekan".

Jika melihat pada gaya dan lenggok dia bercakap, saya perasan yang dia pada awal sememangnya tahu yang saya bagi RM60. Tetapi dia masih nak cilok duit saya RM10 kalau saya tak perasan.

"Dah lama buat kerja HARAM macam ni? Bentak ku..

"Sorry bang, saya silap tekan tadi." - jawabnya.

Mujurlah saya perasan, kalau tak, confirm perempuan tu dah curi duit saya. Entah berapa ramai yang telah menjadi mangsa pekerja yang tidak bertanggungjawab ini.

"Nasib baik saya perasan, berapa ramai yang dah jadi mangsa kau?

Aku gertak untuk laporkan kejadian ini pada pihak berkuasa namun terbantut bilamana dia mula meminta maaf.

"Bukan minta maaf kat saya, awak patut minta maaf pada orang yang dah jadi mangsa awak."

Dia terus senyap dan saya terus blah sebab nak mengejar masa, nak ambil anak lagi di rumah pengasuh.

Nasib baiklah saya ni jenis yang duduk tepi kereta tengok meter pam setiap kali isi minyak. Kalau jenis yang suka duduk dalam kereta, sukalah perempuan tu curi duit orang. Entah berapa ramai yang dah jadi mangsa dia.

Jadi, untuk peringatan kepada para pembaca di laman ini, hati-hati bila isi minyak tak kira di mana-mana stesen minyak sekali pun. Pencuri boleh ada di mana-mana. - My Media Hub

Nokia XL Android Review

nescafeais - 11:25



The mobile business was set ablaze yesterday with the arrival of a whole new family of Android-powered handsets from the soon-to-be-Microsoft-owned manufacturer Nokia.

Three new Nokia devices were previewed here at Mobile World Congress — the mid-sized Nokia X (that we tend to wrote concerning yesterday), the similar-sized X+, which has further memory and storage, and a huge-screened, beefier version of the X known as the Nokia XL. We generally tend to’ve assembled some hands-on photos of the Nokia XL on top of.

The Finnish company was fast to point out that its Android experiment is meant as a stepping stone to Microsoft cloud services and Windows-powered Lumia devices for for first-time smartphone patrons, primarily in developing countries.



Maybe that’s a tall raise — the idea of a Microsoft-affiliated handset running Google’s mobile OS truly had most onlookers here shrugging. But the X phones do stand a fighting likelihood for some reasons. 1st, they're comparatively cheap, ranging between $a hundred thirty five to $100 fifty. Conjointly, they’re enticing and ought to be successful with shoppers. Chalk this up to Nokia’s wonderful sense of business design. The company’s phones are chunky and rugged, they come with prime-rate cameras, and they're generally offered in fun and bright colours. And Nokia’s implementation of Android isn’t pure Google; it’s heavily customized both visually and functionally.

With its 5-in. WVGA show, Noxia XL puts Nokia’s own customized version of Android on a pleasant, large screen. It conjointly has the most effective cameras of the X line — five megapixels on the rear, and a couple of megapixels on the front. If you weren’t paying shut attention, it could be easily mistaken for a Lumia 1320. Unless the display was unlocked, after all.



Nokia X family uses Android four.one as its bedrock while the OS (which is just referred to as “X”) links to Microsoft’s API for mapping and cloud services. The result's that you simply won’t notice any Google Play Store here, or Google Drive. Those apps are replaced by a Nokia App Store and Microsoft’s OneDrive. The phone can be during a position to run all those regular Android apps that are released on the online version of the Play store — you’ll simply need to download an apk file.

Clearly impressed by Windows Phone’s tile-based mostly largely UI, the XL’s interface is quick to induce used to and simple to personalize: Merely press and hold any icon to resize it or move it around the screen. Swiping from the right invariably helps you to access your favorite and most recently used apps. Again, just by holding one finger on an part, you'll be able to toss it or modification it.

Like the other Nokia X phones, the XL is not on the market inside the U.S., but they will be on sale elsewhere in the earth. The XL starts at €109 (regarding $150) and ships in March.

Samsung Galaxy S5 Review

nescafeais - 11:15


Going against expectations, Samsung didn't overhaul the planning, feel and appear of its new flagship smartphone, the Galaxy S5, instead going for modest tweaks and two new sensors geared toward making it the keys and eyes to your life.

Whereas Samsung has typically out-specced its rivals, the new Galaxy S5 seems to be aimed at outsmarting them instead. Whether or not it be enough to make shoppers jump at what's likely to be a dear device is another matter, with few visible variations between its new flagship and its feature packed predecessor, the Galaxy S4.


The South Korean tech large's Galaxy Note devices already offer customers a bevy of choices within the larger phablet category, thus Samsung did not want to push the boundaries of size for its Android 4.4.a combine of KitKat-primarily based S5, that has a touch larger 5.one-in. show than the S4's 5-in. show.

At a look, it's quite troublesome to determine any changes between the S4 and S5, that shares the identical basic type and physical vogue, such as the curved frame together with shiny metal edging and the same old oval home button. Whereas the S5 remains fairly snug and lightweight within the hand, Samsung failed to make the S5 lighter or slimmer. At 100 forty five grams and 8.one millimetres skinny, it's fifteen grams heavier than the S4 and surprisingly zero.a pair of millimetres thicker.


Some fans had hoped Samsung would follow HTC's and Apple's lead in using full-metal jackets to provide their premium devices a sleeker feel. Apple managed to extend the dimensions of the show on its iPhone 5s whereas creating it lighter at the identical time, weighing in at 112 grams. To achieve a further luxury feel, Samsung simply created the plastic back plate perforated. It's still removable, that suggests that the battery will get replaced.



There were rumours Samsung would pack the S5 with a whole new super high resolution "2K" show however there is truly no modification here. Like the S4, it's got a full HD Super AMOLED show at 1920x1080 resolution, which still offers the clear, detailed and crisp footage one expects from a premium phone.

Apps should be slightly faster with the new a pair of.5 gigahertz (GHz) quad core processor, up from one.nine GHz in the S4, whereas the rear-facing camera has been boosted to sixteen megapixels (MP) compared with the S4's 13 MP camera. As expected, the S5 conjointly supports Australia's 4G networks.



"We tend to did a global survey of customers to essentially perceive what they needed from their phones," Arno Lenior, chief selling officer for Samsung Australia, told Fairfax Media. "There are some dramatic enhancements to the hardware, but it's how people are using their phones and what's very important to them."

He pointed to the S5's dirt and water resistance, that was achieved by covering internal elements and the earphone jack in silicon, whereas the ability jack incorporates a new cover.

A nifty new power-saving mode will be handy where there is restricted chance to recharge, like at a pageant or conference. It might additionally atone for the battery solely being boosted from 2600mAh to 2800mAh.

Activating power-saving mode dims the display and reduces it to black and white, limiting access to only some key apps, like email, phone and internet browser. Samsung claims it might give the device three to eight days of life without charging.

The camera conjointly has some spectacular software improvements. It's perpetually annoying missing a rapid because the camera fumbles over focus, that the S5 overcomes with its lightning-quick auto-focus. Samsung claims this happens in 0.3 seconds and though robust to live, some test snapshots in an exceedingly well-lit area did work as claimed.

Another camera feature that helps improve the quality of photos is that the selective focus, which takes two footage – one every of the foreground and background – and allows you to pick where you would like the photo to focus.



Samsung's fingerprint scanner is just like Apple's iPhone 5s TouchID, however instead of a lightweight persist the house button, you swipe down from the bottom of the screen to the house button. The feature is solely enabled when the user registers up to three fingerprints on the device. The arrange is to change passwords and pass codes for payments or to unlock services. The scanner appeared to work well on the devices displayed at Mobile World Congress, but it will be fascinating to work out whether or not troubles emerge, as they did for Apple's iPhone 5s, once the S5 is throughout the rough and tumble of each day use by various shoppers.

Cleverly though, Samsung partnered with PayPal to launch its fingerprint scanner, giving it potential throughout a broader obtaining ecosystem than Apple's, that thus far solely allows payments in Apple's App Store and iTunes.

Samsung's fingerprint scanner additionally permits house house owners to unlock apps protected by Knox, the protection system Samsung hopes can be its doorway to a heap of enterprise users.

The various sensor – a heart-rate monitor nestled below the rear camera – has additional questionable worth, however it fits the health theme of Samsung's new Gear Work fitness band, that launched alongside the S5.

Samsung's 1st attempt at wearable gadgets was widely deemed a failure by observers and launched only with the Galaxy Note 3, while support for alternative devices stumbled with delayed software updates. The new line of Gear a pair of good watches and Gear Work might stand a higher chance being integrated with the Galaxy S5 from the outset.

Despite an earlier unveiling than last year, the Galaxy S5 will be accessible to consumers in Australia at roughly the same time as last year's S4, with all major telcos providing the device from April. A retail worth and subsidised plans have however to be released.


Video Pekerja Bank ketawakan Perompak Yang Hanya Bersenjatakan Parang

nescafeais - 10:38


Jika anda seorang kakitangan bank dan berhadapan dengan seorang perompak bersenjatakan pemotong daging.

Sudah pasti anda akan terkejut dan takut apabila berada dalam situasi itu.

Namun, di sebuah bank di Shanghai, kakitangan wanita bank tersebut itu tidak menunjukkan sebarang rasa takut, malah sempat menoleh ke arah rakannya yang berada di belakang dan ketawa.

Mungkin dia berkata,” Perompak ini ingat dia boleh merompak bank ini agaknya!”.

Seorang pelanggan wanita yang sedang berurusan di kaunter segera beredar apabila melihat kehadiran perompak itu.

Beberapa ketika kemudian, dua pengawal keselamatan menghampiri lelaki berkenaan dan menumbangkannya dengan begitu mudah sekali.

Ternyata kakitangan wanita tersebut sudah boleh menduga ‘kebodohan’ perompak itu yang datang berseorangan dan dalam keadaan tidak bersedia.

Lagi pun, dia dan perompak tersebut dipisahkan oleh cermin kaca, jadi apa yang perlu ditakutkannya. Tak gitu?

Kejam:Pembantu Rumah Warga Indonesia Kelar 2 Anak Majikannya Hingga Maut

nescafeais - 10:18


Sungai Buloh: Dua beradik lelaki berusia 6 bulan dan 3 tahun dikelar hingga mati menggunakan pisau oleh pembantu rumahnya sebelum wanita itu membunuh diri dalam kejadian di sebuah rumah dua tingkat di Taman Sri Putra, di sini petang semalam.

Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa tinggal bersama pembantu rumah warga Indonesia itu ketika ibu bapa, datuk dan nenek mangsa keluar sejak jam 8 pagi untuk menguruskan perniagaan kedai kopi milik mereka.

Jiran yang mahu dikenali sebagai S Sivakumar, 34, berkata, biasanya seluruh keluarga berkenaan termasuk datuk dan nenek serta ibu bapa kanak-kanak berkenaan akan keluar rumah jam 8 pagi dan pulang semula jam 6 petang.

“Kejadian itu hanya disedari nenek kanak-kanak itu yang pulang ke rumah kira-kira jam 6 petang tadi (semalam) dan ketika itu, keadaan rumah agak sunyi.


“Selepas memanggil nama cucunya dari luar, nenek kanak-kanak itu masuk ke dalam rumah sebelum terkejut selepas ternampak cucunya yang berusia enam bulan berlumuran darah dan sudah tidak sedarkan diri manakala pembantu rumah yang berlumuran darah pula berada berhampirannya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, terkejut dengan penemuan itu, nenek kanak-kanak itu mencari seorang cucunya yang berusia dua tahun sebelum menemuinya dalam keadaan leher dikelar di tingkat dua rumah berkenaan.

Katanya, nenek kanak-kanak itu kemudian menghubungi polis dan ahli keluarga lain memaklumkan kejadian itu.

Berdasarkan sumber polis, kejadian berkenaan dilakukan pembantu rumah terbabit berikutan tiada kesan pecah masuk rumah malah tiga anjing jenis Rottweiler tidak menyalak sepanjang kejadian.

Respek: Abang Posmen POS MALAYSIA Yang Sangat Berhati Mulia

nescafeais - 10:07
Ini sangat gentleman, berapa ramai je kaum lelaki yang sanggup lakukan perkara yang sama macam abang posmen M. Nazri dari cawangan Pos Seremban ni buat.

Faith in Humanity Restored. Harap-harap ramai lagi ciri-ciri yang ada pada posmen ni makin banyak di malaysia ni dan seluruh dunia. RESPEK

Tuesday 25 February 2014

Video: Silat Power Jurus Angin, Pukulan Dari Jarak Jauh

nescafeais - 10:41


Dengan kuasa Allah tiada yang mustahil.

Video di bawah menunjukkan sejenis silat yang tidak memerlukan pertempuran secara fizikal. Musuh juga tidak dapat menyentuh anda kerana ada angin menolak mereka apabila mereka cuba menyerang anda. Hanya menggunakan sejenis angin, semua musuh akan terpelanting dan tewas dengan sendirinya.

Kesahihan mengenai jenis dan teknik pertahanan diri tidak dapat dipastikan, mungkin ada pembaca yang mengenali jurus apa yang dipraktikkan mahaguru ini, boleh la share. Ni klu hantar kat negara palestin, senang2 je leh makan israel laknatullah..hehehe. - Mynewshub.my (sumber video Blogserius)


Status Terakhir Dieba Yazt Sebelum Meninggal Kemalangan, Seperti Telah Tahu Ajalnya Akan Sampai

nescafeais - 08:50


Ajal maut semuanya di tangan Tuhan dan tiada siapa pun yang akan tahu bilakah waktu dan tarikh tepat kematian mereka.Namun, tidak dinafikan ada juga insan yang seperti dapat merasakan waktu ajal mereka semakin hampir.



kadang-kadang sikap dan kata-kata mereka agak luar dari kebiasaan.

Seperti remaja ini, dia seperti dapat menduga ajalnya semakin hampir melalui status yang ditulisnya di laman Facebook yang berbunyi:

Melalui perkongsian di Facebook Oh! Media, dia meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van sewaktu menunggang motosikal di Kampung Perana, Pulau Langkawi.


Lebih menyedihkan, hari kematiannya merupakan hari yang sama dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-16.

Berikut adalah komen-komen daripada beberapa individu yang mengenali mangsa.





Apa pun, sedekahkahlah surah Al-Fatihah buat remaja ini dan janganlah membuat andaian yang bukan-bukan kerana kita sendiri tidak tahu bagaimanakah bentuk kematian kita suatu hari nanti. Wallahu a’lam… -OH MEDIA dan MYNEWSHUb


Monday 24 February 2014

Ust Abu Shafiq Kata Ustaz Zahazan Kafirkan Nabi, Dr MAZA Kafirkan Nabi Ibrahim

nescafeais - 15:17


Kacau camni, Habis semua orang tak betul, Ustaz Zahazan pun dia kata tak betul.

Semua orang tak betul. Dia je yang betul. Dok main-main akidah orang pulak tu. Kelakar betul. Ntah berapa ramai yang dah mula fikir Ustaz Zahazan tuduh Nabi Muhammad Kafir. Berapa ramai la yang dah mula fikir MAZA kafirkan Ibrahim a.s dan berapa ramai la yang dah start fikir akidah UZAR bermasalah?

Nak pertikaikan akidah orang pun biarlah dah melalui proses perundangan dan penghakiman yang menyeluruh dan betul.Ni senang-senag je kata UZAR sebarkan fahaman akidah yang terpesong. Guna modal facebook je dah semua orang jadi tak betul.






Yang pelik, ramai pulak pengikut tu, siap boleh berceramah lagi. Itula pasal. Bila baca komen-komen kat page dia, bukan semua orang bersetuju pun dengan dia. Ada yang membantah dan menafikan perkara-perkara yang dia sebarkan.

Aku pernah ikuti posting-posting dia yang terdahulu, memang agak pelik sikit cara dia berdakwah.

Cuba korang perhatikan posting-poting terdahulu Ustaz Abu Syafiq ni, jadi di situ korang akan dapat buat kesimpulan kenapa dia anti sangat dengan sesetengah orang. Ini beberapa contoh yang aku nampak di wall page nya ;




Ustaz Abu Syafiq ni nama Islam. Bila dia sebarkan perkara yang bukan-bukan, ini akhirnya akan mendatangkan fitnah terhadap Islam. Jaja nama ustaz pula tue. Lama kelamaan orang akan hilang respect pada ustaz2. Macam yang berlaku sekarang neh.

Aku baca posting2 dia pun rasa runsing. Rasanya macam semua orang sesat dan hanya dia aje yang betul.Korang bacalah sendiri - Sumber asala:- Amenoworld

facebook Ustaz Abu Shafiq

Masalah Loji Air, Selangor Catu Air Mulai Esok

nescafeais - 12:59


Catuan air di Selangor akan bermula esok dan penumpuan akan diberikan kepada kawasan-kawasan bermasalah, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kerajaan negeri juga telah berbincang berhubung peranan yang perlu dilakukan PBT dalam menangani masalah air di Selangor, katanya melalui pesanan Twitter sebentar tadi.

Jadi kepada rakyat Selangor, silalah buat simpanan air...perit ooo takda air ni.

Respon Duta Dan Pengedar Double Stemcell Mengenai Dakwaan Penipuan

nescafeais - 12:49


Pendedahan Blogger terkenal, Mazidul Akmal Sidek mengenai status logo Halal, SIRIM, dan KKM (Baca sini) pada produk Double Stemcell -Phytoscience telah menjadi viral di media sosial. 

Ini membuatkan ramai  pengedar/leader produk ini panas punggung berikutan pertanyaan demi pertanyaan yang diterima daripada orang ramai dan pengguna serta downline mereka.

Melalui semakan daripada beberapa akaun media sosial Leader DSC, ternyata mereka tetap teguh berdiri di belakang produk ini. Beberapa respon juga diterbitkan melalui blog dan status mereka dan mendakwa pendedahan Mazidul adalah satu fitnah dan cuba menutup periuk nasi bumiputera dan orang melayu yang banyak menceburi biz Kaaching ini.

Malah, Duta produk DSC, Datin Paduka Umie Aida turut tampil memberikan respon di dalam akaun Instagramnya.  Beliau mengajak para pengguna dan pengedar agar mengabaikan artikel yang dianggap sebagai "gosip" itu. Datin Paduka Umie juga mengatakan pihak PhytoScience akan mengambil tindakan secepat mungkin.

Respon Datin Paduka Umie Aida:






Dalam satu status yang menarik minat kami, seorang pengguna Facebook, saudara Uci Qhairul telah menerbitkan satu persoalan kepada persoalan yang dinyatakan oleh penyelidik Human Stemcell, Dr. Abd Aziz Ibrahim (Baca disini).



Dalam persoalan yang diutarakan, pengedar di atas menyangkal status penyelidik tersebut. Malah persoalannya seperti printscreen diatas langsung tidak menjawab satu pun pertanyaan ditimbulkan Dr. Abd. Aziz.

Akhirnya, persoalan beliau dimatikan oleh seorang pengkomentar yang memberikan bukti kredibiliti Dr. Abd Aziz sebagai seorang pengkaji seperti printscreen dibawah:






Nampaknya, isu produk terhangat di pasaran ini tidak akan berhenti dalam masa terdekat. Seperti kata Mazidul, pihak berkuasa telahpun menerbitkan kenyataan rasmi mengenai status penggunaan logo Halal, SIRIM, dan Kodex KKM. Kini sudah tiba masanya pihak PyhtoScience memberikan maklumbalas mengenai kenyataan tersebut.

Persoalan yang dijawab dengan persoalan pasti tidak akan mencapai sebarang penyelesaian. Malah, sebarang tindakan kepada individu seperti Dr. Abd Aziz dan Mazidul Akmal Sidek pasti akan memberikan impak negatif kepada imej produk itu. Seharusnya pihak pengurusan menangkis "fitnah" dengan jawapan dan bukti yang konkrit. -TengokTvOnline
Next Previous
UTAMA