Show Mobile Navigation

Tuesday 8 April 2014

Laporan Audit Dedah 3 Pejabat Kesihatan Guna Peruntukan Rakyat Miskin Untuk Beli Langsir

nescafeais - 19:01


Laporan Ketua Audit Negara 2013 mendedahkan wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk program pemulihan kanak-kanak kekurangan zat makanan, sebaliknya digunakan untuk membeli nasi lemak, kuih-muih dan teh tarik untuk mesyuarat di tiga pejabat kesihatan daerah. 

Menurut laporan itu lebih RM87 ribu daripada dana RM923,000 yang bertujuan membekalkan makanan kepada kanak-kanak miskin di luar bandar telah disalah-gunakan oleh Pejabat kesihatan Jerantut , Gua Musang dan Kota Kinabalu.


Untuk rekod, ini semua kerja-kerja Pejabat Kesihatan Daerah. Selain dari membeli makanan untuk mereka juga dilaporkan menggunakan dana tersebut untuk membeli ;

1. Langsir

2. Model Makanan Tiruan

3. Hamper Untuk Program Memasak

4.  Sewa Kanopi

Dan beberapa yang lain.

Sudahlah mencuri peruntukan untuk perbelanjaan ke atas perkara-perkara yang tidak berkaitan. Perbelanjaan wang juga tidak telus. Terdapar Perbezaan harga pembelian (dalam invois, resit dan sebut harga). Tindakan yang dikenakan ke atas mereka yang terlibat hanyalah surat amaran dan tunjuk sebab


SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment