Show Mobile Navigation

Wednesday 23 April 2014

6 Gambar Bekas Penyanyi Rap Deso Dogg, Mati Berjihad Di Syria

nescafeais - 12:20


Beirut: Bekas penyanyi rap Jerman yang menyertai kumpulan pejuang antikerajaan Syria terbunuh dalam satu serangan bom berani mati, lapor media semalam.

Sumber daripada pejuang dan pemerhati semalam menyatakan Denis Mamadou Cuspert terbunuh dalam serangan bom di wilayah timur negara itu pada Ahad.

Cuspert yang menggunakan nama Deso Dogg dalam karier seninya menukar nama kepada Abu Talha al-Almani selepas memeluk Islam dan berjihad di Syria.

Dia menyertai kumpulan Negara Islam Iraq dan Syams (ISIL) sebelum menjadi mangsa serangan sebuah lagi kumpulan pejuang antikerajaan, Barisan al-Nusra.

Berita mengenai kematiannya diumumkan di ruangan forum Internet.

Melalui tulisan di ruangan forum itu, ia menyatakan: “ISIL bersedih dengan gugurnya seorang syuhada di medan perang, Abu Talha al-Almani, semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Kematiannya akibat tindakan tentera Barisan al-Nusra yang khianat yang mengebom rumah yang didiami beberapa orang pejuang ISIL.” Kumpulan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia turut melaporkan kejadian itu.

Pengarahnya, Rami Abdel Rahman berkata, dua anggota Barisan Al-Nusra meletupkan diri mereka dan membunuh 16 orang pejuang ISIL.

Penyertaan Abu Talha dalam perjuangan di Syria menarik perhatian umum dan dia muncul dalam beberapa rakaman video perjuangan menentang kezaliman rejim Bashar al-Assad di Syria.

Pada September 2013, dia dilaporkan cedera akibat serangan udara tentera rejim ke atas kediamannya.

- AFP







SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment