Show Mobile Navigation

Sunday 29 April 2012

Zizan Raja Lawak Masuk Wad

Unknown - 23:31

zizan masuk wad

Dipetik dari laman facebook Angsa Ganas Zizan raja Lawak dikatakan telah ditahan di wad kerana diserang penyakit. Tak dinyatakan penyakit yang dihidapi oleh Zizan, namun menurut komen-komen di Facebook, zizan diserang gastrik..apapeun semoga zizan cepat sembuh dan kembali berlawak seperti biasa.
"Salah Satu Anggota Pasukan Angsa Ganas iaitu Zizan Raja Lawak Telah Dimasukkan Ke Wad Kerana Diserang Penyakit..Marilah Sama-Sama Kita Berdoa Agar Beliau Cepat Sembuh Seperti Biasa..Aminn.."

Friday 27 April 2012

Nora Danish Doakan ‘Semoga bahagia!’ Buat Fasha Dan Jejai

Unknown - 12:54
 Ramai sedia maklum, hari ini merupakan detik bersejarah buat pelakon kontroversi, Fasha Sandha, 27, yang melangsungkan pernikahan bersama buah hatinya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 34. Walaupun lokasinya dirahsiakan, namun ramai yang mendoakan agar pasangan ini segera diijabkabulkan dan bahagia melayari alam perkahwinan.

Tidak terkecuali Nora Danish yang sehingga kini mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya, Jejai.

Menurut Nora, sejak berpisah, hubungannya dengan Jejai masih baik dan tiada dendam antara mereka meskipun rumah tangga yang pernah dibina musnah sekelip mata.

“Melangsungkan perkahwinan buat kali kedua adalah pilihan hatinya sendiri dan selagi Jejai bahagia, Nora juga gembira dengan keputusan itu.

“Kami tidak pernah bergaduh dan masih berkawan seperti biasa malah sebagai seorang kawan, saya mengharapkan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat.

Nora berkata, ternyata jodoh antara Fasha dan Jejai sangat kuat. Walaupun berdepan dengan pelbagai dugaan dan halangan, akhirnya mereka disatukan juga.

“Saya hanya mampu doakan yang terbaik buat mereka dan harap semuanya akan berjalan dengan baik,” ujar Nora.


Nora Nafi bawa diri

Di saat Jejai dan Fasha disatukan, di saat itu jugalah pelakon jelita ini berangkat menunaikan ibadah umrah. Bagaimanapun, Nora menafikan dia ke sana kerana membawa diri.

“Nora bukan membawa diri, keputusan mengerjakan umrah kali ini dirancang sejak Februari lalu dan tiada kaitan langsung dengan majlis pernikahan mereka.

“Saya akui memang tidak menerima sebarang kad jemputan daripada mereka. Mungkin mereka tahu tarikh perkahwinan mereka sama dengan tarikh Nora berangkat menunaikan umrah dan secara jujurnya saya tidak rasa terkilan atau berkecil hati mengenainya,” jelasnya.

Apabila ditanya mengenai persiapannya untuk menunaikan ibadah umrah, Nora mengatakan kali ini dia lebih teliti kerana telah mempunyai pengalaman pertama melaksanakan umrah tahun lalu.

“Saya akan berada di sana selama 13 hari dan mengharapkan semuanya dapat dipermudahkan dan berjalan dengan lancar sehingga semuanya selesai.

“Sepanjang mengerjakan umrah, anak saya akan berada di bawah jagaan keluarga Jejai,” katanya.


Rezeki semakin melimpah

Bertanyakan mengenai perkembangan karier lakonannya, Nora berkata, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem ‘Mencari Cinta’ arahan Shirin Khuzaimi.

Menurutnya, dalam filem tersebut dia memegang watak utama, sebagai Myra dan bergandingan bersama pelakon berpengalaman, Rusdi Ramli.

“Saya beruntung kerana diberi kepercayaan memegang watak utama dalam filem ini dan pada masa yang sama turut digandingkan dengan pelakon yang cukup berpengalaman.

“Setelah pulang dari umrah pula, saya akan mula melakukan sesi penggambaran untuk sebuah telefilem bersama Media Prima dan Alhamdulillah, rezeki dalam bidang lakonan tidak pernah putus,” katanya yang turut berterima kasih di atas sokongan padu yang diberikan peminat.

Saturday 21 April 2012

Semak e-Penyata Gaji Baru SSM Mulai 20 April 2012

Unknown - 12:06

Berita gembira buat semua kakitangan awam, mulai 20 April 2012 anda sudah boleh menyemak e-Penyata Gaji Bulan April 2012 iaitu gaji baru SSM dengan kenaikan gaji sebanyak 13% sepertimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri. Tarikh gaji bagi bulan April adalah pada 25 April 2012 (Rabu).




Click untuk menyemak e-Penyata Gaji



Sunday 15 April 2012

Kilafairy tolak label gedik

Unknown - 11:32


NAMA Kilafairy tumbuh bersama sensasi. Satu demi satu terpalit dengan cerita yang menjengkelkan, pemilik nama penuh Syakila Nisha Jangir Khan, membidik pertanyaan ramai. Siapa Kilafairy, apa kerjanya dan kenapa dia begitu mendadak mendapat publisiti?

Semua itu dilayan anak sang penyanyi, Rohana Jalil itu penuh tenang. Dia baru berusia 19 tahun ketika bertubi-tubi ditembak peluru kontroversi. Ketika itu, dia masih terlalu rapuh dan hijau dengan permainan dunia hiburan. Mujurlah, ibunya seorang bintang, mungkin dari situ, dia mendapat pedoman untuk tidak pernah berasa patah semangat.

Hasilnya, Kilafairy sudah tidak lagi dihambat cerita hangat. Tiada lagi yang galak mengapi-apikan cerita suntikan botox pada wajah, bibir serta tubuhnya sehingga dia kelihatan seksi seperti hari ini.

"Ya, dahulu macam-macam orang tuduh saya. Lepas cerita botox dan pembedahan plastik, ada pula kata saya berimej matang, seksi tak padan usia, wajah nampak tua dan macam-macam.

"Saya sudah dianugerahkan bentuk rupa yang begini, apa boleh saya buat. Saya cuma mampu untuk mengelak daripada bersolek terlalu tebal. Sebab itulah saya akan guna khidmat jurusolek peribadi, Jepun setiap kali ada fotografi atau apa sahaja acara. Dia sudah enam tahun dengan saya dan mama, jadi dia faham macam-mana hendak beri sentuhan kepada saya untuk tidak kelihatan keterlaluan," katanya yang mengakui kepanasannya kini tidak sehebat setahun lalu.

Menyepi sedikit tidak mengapa, kerana baginya, suhu seperti hari ini memberikan banyak ruang untuk dia mengemaskini diri. Sekadar dibahasakan Kila, dia sedang berdikit mahu mengubah skeptikal ramai yang selama ini banyak melihat dirinya dari sudut kurang menyenangkan.

"Sekarang saya mahu bertegas dalam soal tawaran. Kalau boleh saya mahu tolak tawaran watak gedik, watak penggoda atau watak wanita yang kurang baik. Sudahlah selama ini, ramai yang bencikan lakonan saya yang selalu bawa watak gedik, saya tidak mahu skeptikal itu melekat dan mengekori saya sampai ke luar bidang kerja.

"Mama saya ada nasihatkan, supaya jangan terlalu memilih, ambil sahajalah tapi saya fikir, kalau bukan sekarang, bila lagi saya mahu ubah pandangan orang terhadap saya," katanya yang mencuri perhatian dengan watak gadis mengada-ngada dalam filem Karak dan drama bersiri, Hotel Mania.

Perasan cantik 

Dalam hendak membuang watak mengada-ngada, manja dan geletis, akan datang dia bakal muncul dengan filem terbaharunya, Hoore! Hoore! arahan Saw Teong Hin yang bakal ditayangkan 24 Mei nanti. Ironinya, dalam filem berkenaan, Kila masih tampil dengan imej yang hampir sama dengan pandangan sesetengah orang terhadap dirinya.

"Dalam Hoore! Hoore!, saya bawa watak Rita, konon-kononnya gadis paling cantik dan paling popular di sekolah yang menaruh hati dengan Johari (Akim AF), tapi Akim pula menaruh hati dengan gadis lain sangat sederhana. Rita tak jahat, cuma kuat cemburu.

"Saya berlakon cerita itu pun sebab Teong Hin, dia sutradara yang pernah arahkan filem Puteri Gunung Ledang dulu. Lagipun ramai juga nama besar seperti Fauziah Nawi, Adibah Noor dan Harun Salim Bachik terlibat dalam filem berkenaan. Sebenarnya, itu lakonan saya yang terakhir setakat ini," katanya yang mahu kembali fokus kepada karier selepas berjaya menjadi graduan Diploma Lanjutan dalam bidang Pemasaran Fesyen di Kolej Antarabangsa Raffles Ampang, dua minggu lalu.

Tambah Kila: "Saya baru sahaja selesai majlis konvokesyen. Jadi sekarang, saya tak perlu fikirkan soal jadual kuliah tapi itu tak bermakna saya goyang kaki. Saya kena uruskan bisnes saya juga, selain sibuk dengan perancangan promosi untuk single sulung tidak lama lagi."

Single sulung

Kila kini meletakkan dirinya sebagai pelakon dan penyanyi sepenuh masa
.
"Orang sudah tahu saya pelakon, tapi bukanlah pelakon yang boleh digelar pelakon sebenar selagi tidak ada filem atau drama yang benar-benar angkat bakat saya. Saya mahu juga mahu berguru atau ambil kelas lakonan satu masa nanti.Dalam masa yang sama, saya juga mahu dikenali sebagai penyanyi. Alhamdulillah, single pertama saya kini sedang tunggu masa untuk dilancarkan. Judulnya masih belum diputuskan, setakat ini judulnya Pasti. Lagu itu berentak R&B," ujarnya yang percayakan sentuhan Amelia AF sebagai komposer serta penulis lirik single berkenaan.

Sanggup berhabis duit sendiri untuk menghantar single berkenaan untuk menjalani proses mixing di Australia, Kila mahu membuktikan bakat nyanyiannya bukan sekadar suka-suka.

"Kalau tidak berlakon, sekarang pun saya selalu dapat tawaran menyanyi untuk acara korporat. Rezeki saya dalam nyanyian pun ada. Jadi saya ada dua pilihan," katanya yang mampu menyanyikan lagu-lagu Bollywood sejak di sekolah rendah lagi.

Pernah digosipkan dengan Yusry KRU yang kini bergelar suami kepada Lisa Surihani, selepas itu Kila tidak dikaitkan dengan mana-mana lelaki. Entah dari mana angin bertiup, Kila tiba-tiba dikatakan ada hubungan istimewa dengan seorang pemuda dari seberang, Hardy Hartono.

Jejaka seberang
 
Ketawa saat menafikan gosip yang sengaja diperbesar-besarkan itu, kata Kila, hubungannya dengan Hardy tidak lebih sebagai kawan.

"Saya kenal Hardy ketika dia datang ke Kuala Lumpur berlakon drama Kitab Cinta arahan Erma Fatima. Kami sekadar berkenalan dan hubungan itu hanyalah seperti kawan biasa sahaja. Sudah tentulah bila Hardy sudah kembali ke Jakarta kami ada berhubungan menerusi Twitter, tapi sekadar bertanya khabar sahaja," katanya berderai tawa.

Belum masa untuk memikirkan soal berkasih, kata Kila, perjalanannya sebagai seorang pelakon begitu juga dengan nyanyian masih terlalu baru. Masih terlalu banyak selok-belok yang harus dipelajari.

"Saya tidak boleh takbur bercakap tentang mana-mana lelaki sebab jodoh itu kerja Tuhan," katanya menutup perbualan.

Wanita Di Bunuh Dan Di Bakar Di Jalan Padang Meha

Unknown - 11:19

gambar mayat dibakar

KULIM: Mayat yang dipercayai wanita telah ditemui masih dalam keadaan terbakar di Jalan Padang Meha Sungai Karangan berdekatan dengan Jalan Taman Desa Aman, Kulim Kedah.

Kejadian berlaku 13 April 2012 jam sekitar 10 malam. Menurut sumber, mayat ini dipercayai telah dibunuh di kawasan lain dan diletakkan di dalam lubang seperti parit besar di tepi jalan di Jalan Estet Padang Meha, Kulim Kedah tidak jauh dari kebun kelapa sawit.

Orang awam yang menjumpai mayat yang masih dalam keadaan terbakar itu, terkejut lalu melaporkannya kepada pihak Polis.

menurut saksi, ketika memberhentikan kereta dan parking untuk menjerat (memasang jerat) burung, beliau ternampak api yang marak dari parit tempat mayat dibakar. Beliau terus menghampiri tempat api marak dan ternampak seperti manusia yang sedang terbakar dalam keadaan terbaring.

Penjerat Burung tersebut terus menghubungi Balai Polis Sungai Karangan untuk memaklumkan kejadian ini dan pihak Polis sampai di tempat kejadian dan memadamkan api yang membakar mayat wanita tersebut. 

Punca kematian mayat yang dibakar ini masih dalam proses siasatan oleh pihak Forensik. Berikut beberapa keping gambar wanita di Bunuh dan di bakar di Jalan Padang Meha, kulim kedah - Sumber: Rilekslah.com

gambar mayat dibakar 
 gambar mayat dibakar gambar mayat dibakar 
 gambar mayat dibakar 
 gambar mayat dibakar di padang maha

Saturday 14 April 2012

Kerajaan India Marah AS tahan Shah Rukh Khan

Unknown - 12:48

NEW YORK - India melahirkan rasa marah dengan tindakan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menahan aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan kira-kira 90 minit di lapangan terbang White Plains dekat sini, hari ini.

 Menteri Hal Ehwal Luar India, SM Krishna berkata, dasar menahan dan kemudian meminta maaf di pihak berkuasa AS tidak harus berterusan.

Aktor itu tiba di lapangan terbang White Plains dengan menaiki pesawat peribadi untuk menghadiri satu majlis di Universiti Yale.

 Pihak berkuasa kastam dan perlindungan sempadan memohon maaf atas insiden itu.

Jurucakap Kedutaan AS di Delhi, Peter Vrooman juga memohon maaf "jika Shah Rukh Khan berhadapan dengan situasi yang tidak selesa atau sebarang kelewatan."

Tidak jelas sebab aktor itu ditahan di lapangan itu. Pada 2009, Shah Rukh Khan ditahan selama dua jam di lapangan terbang Newark dan kemudian dibebaskan selepas campur tangan India di AS.

Ketika itu, Shah Rukh Khan berkata dia ditahan sebab membawa nama Islam. Pegawai-pegawai AS menafikan Shah Rukh Khan ditahan, tetapi menekankan bahawa dia hanya disoal siasat.

"Permohonan maaf Amerika menjadi sesuatu yang mekanikal," kata Krishna hari ini.

Krishna juga telah meminta Duta India di AS, Nirupama Rao mengemukakan protes kepada kerajaan negara itu.

Jangan beri Pakatan walau satu undi

Unknown - 12:24

 

ALOR SETAR – Pengerusi Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali meneruskan program jelajahnya ke utara Semenanjung sambil menggesa pengundi Kedah tidak memberi sebarang undi kepada Pakatan Rakyat (PR) – yang dianggotai DAP, PKR dan Pas – pada Pilihan Raya Umum kr-13 (PRU13) atas alasan tidak boleh bergantung harapan pada perikatan itu.

Hasan berkatam tiada apa yang boleh diharapkan daripada DAP dalam memperjuang dan memartabatkan agama Islam dan Melayu dan mendaulatkan institusi raja.

Begitu juga PKR apabila ketua umumnya sendiri tidak menyokong pelaksanaan negara Islam dan undang-undang hudud.

"Pilihan Raya Umum ke-13 dijangka diadakan dalam tempoh beberapa bulan sahaja lagi. Justeru jangan beri walau satu undi pun kepada DAP, jangan beri walau satu undi pun kepada PKR dan jangan beri walau satu undi pun kepada Pas.

"Kedua-dua parti ini (DAP dan PKR) yang mengeluarkan Pas dari landasan, memesongkan perjuangan Pas serta membolak-balikkan aspirasi penyokong Pas," kata beliau sewaktu mengakhiri ceramah umum di Taman Uda, malam tadi.

Hasan yakin bekas Presiden Pas, Datuk Fadzil Mohd Noor dan pemimpin Pas terdahulu tidak akan merelakan apa yang terjadi dalam Pas sekarang ini, sekiranya mereka masih ada.

"Kalau mereka masih hidup, saya yakin mereka tidak akan izinkan Pas bergabung (dengan DAP dan PKR)," kata bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor.

Dalam pada itu, Hasan turut memaklumkan akan menubuhkan Jati di Kedah dan negeri lain termasuk Pulau Pinang.

Tuesday 10 April 2012

Galaxy S3 Bakal Dilancarkan Pada 22 Mei

Unknown - 23:46

Samsung Galaxy S3 merupakan salah satu peranti yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia, apatah lagi dengan kejayaan Galaxy S2 yang terjual dengan hangat diseluruh dunia. Melalui salah satu paparan gambar jemputan media untuk acara pelancaran peranti tersebut, kini ia memperlihatkan beberapa maklumat berkaitan dengan peranti tersebut kepada umum.

Melalui gambar jemputan media yang kelihatan kepada umum itu, ia memperlihatkan sedikit gambar peranti Galaxy S3 yang dinantikan ramai, serta tarikh 22 Mei untuk pelancaran peranti tersebut.

Walaubagaimanapun, ia masih lagi tidak diketahui berkaitan kesahihan perkara dan juga gambar ini. Sekiranya ianya benar, mungkin kita akan dapat melihat peranti utama keluarga Android daripada Samsung itu dalam masa lebih sebulan lagi.

Harga Dan Spesifikasi Penuh Proton Preve

Unknown - 23:36

Harga Proton Preve Dan Spesifikasi Penuh Preve

Mungkin ramai yang sudah teruja bila pertama kali melihat model terbaru proton yang mana Proton Preve akan dilancarkan pada 16 April ini. Proton Prevé dilengkapi dua varian enjin iaitu CamPro IAFM+ dan CFE. Enjin CamPro IAFM+ dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan Getrag atau CVT2 enam kelajuan. Model paling atas iaitu CFE pula dipadankan dengan transmisi tujuh kelajuan CVT3 atau ingin dikenali sebagai ProTronic.

Harga Proton Preve Dan Spesifikasi Penuh proton Preve


Proton Preve mempunyai ciri-ciri cangih seperti beg udara di kerusi, Smart Info Display (SID) yang memaparkan pelbagai informasi untuk pemandu, push start button, sensor lampu dan pengilap cermin. Daripada segi binaan, sebanyak 12 peralatan struktur badan menggunakan teknologi Hot Press Forming (HPF) di mana peralatan tersebut kuat juga ringan untuk penggunaan minyak yang efisien. Pakej struktur HPF tersebut dipanggil sebagai RESS atau Reinforced Safety Structure.

Lanjutan daripada ciri-ciri global yang ingin ditampilkan, Prevé didatangkan dengan Electronic Stability Control di samping sistem brek ABS dengan EBD. Harga Proton Preve adalah diantara RM65 ribu hingga RM75 ribu.Kepada yang berminat dan ingin membuat tempahan, korang boleh lihat spesifikasi dan harga proton Preve di bawah.

PREVÉ
EXECUTIVE MT
EXECUTIVE CVT PREMIUM CVT
On The Road Price (TENTATIVE)
with Insurance (Metallic)
RM65,500 RM68,500 RM75,500
Downpayment (10%) RM-
RM-
RM-
Loan (90%) RM-
RM-
RM-
7 years - 2.90% RM-
RM-
RM-
9 years - 2.90% RM-
RM-
RM-
POWERTRAIN
Engine Campro 1.6 IAFM+ Campro 1.6 CFE
Maximum Power (kW/rpm) 80/5750 103/5000
Max Torque 150/4000 205/2000 - 4000
Fuel Tank Capacity 50 litre
PERFORMANCE
Max Speed (km/h) 180 170 190
Acceleration 0 - 100km/h (sec) 12 12.5 9.6
Transmission 5-speed manual 6-speed CVT 7-speed ProTronic
Fuel Consumption (L/100km) 6.1 5.8 6.5
Min Turning Radius (m)
5.3
CHASSIS
Power Steering Hydraulic power steering
Suspension (front / rear) Macpherson Strut / Multilink with Stabilizer bar
Brake (front/ rear) Ventilated Disc 15" / Solid Disc 15 "
Wheelbase (mm) 2650
Overall Dimension L x W x H (mm) 4543 x 1786 x 1524
Tyre / Wheel Size 205/55 R16 - Alloy
Rear boot space 508 liter
SAFETY
Dual SRS Airbag with
Pre-tensioner Seat belt
Front active head rest
Anti-trap power window
(Driver side only)
4 Wheels ABS + EBD
Side Airbags - -
Brake Assist (BA) - -
Electronic Stability Control (ESC) - -
Traction Control (TC) - -
ISOFIX mountings - -
5 Stars Rating (NCAP Australia) Hot Press Materials Body
FEATURES
Seat Materials Fabric (water repellent)
Door trim Fabric
Steering Wheel With audio switch Leather wrapped
with audio switch
Side Mirror with LED turn signal Manual Fold Auto Fold
GPS Navigation Portable Build In
Audio System CD, MP3, Blutooth, USB, Ipod connectivity
4G in car WIFI
Smart Info Display (SID)
Immobiliser
Alarm & Keyless Entry
Auto Door Lock
Power Window (Front & Rear)
Reverse Sensor
Push Start/Stop button - -
Paddle Shifter - -
Auto Cruise - -
Auto Rain Sensor - -
Auto Light Sensor - -
Follow me home light
Projector headlamp
with day light front LED
Headlamp Warning Buzzer
Auto OFF rear demister
Front fog lamps
Driver height adjuster
Auto climate air conditioner - -
Rear Spoiler - -
Tinted windows - -
Luggage tray
Multipurpose container
Car safety kit
Coil mats
Color Variations Fire Red
Blue Lagoon
Solid White
Genetic Silver
Tranquility Black
Elegant Brown







Saturday 7 April 2012

Senaman Dan Diet Jadikan Makcik 50 Tahun Remaja

Unknown - 13:12

Name: Jung Da Yeon
Date of Birth: Nov 27, 1966
Weight: 162 cm
Weight: 50 kg
Website: http://www.jungdayeon.com
Twitter: http://twitter.com/#!/jungdayeon
Facebook: http://www.facebook.com/jungdayeon

Jung Da Yeon adalah seorang makcik yang pernah bertubuh gemuk seberat 70kg,Suatu hari dia buat keputusan untuk mengubah hidupnya.Dia melakukan diet ketat dan senaman.Hanya dalam 3 bulan dia berjaya mengurangkan 20 kilo berat.Dan bukan sahaja beratnya berubah, wajahnya turut berubah  seperti anak gadis.

 
  
Abaikan wajah ngeri di sebelah..


Watak Pondan, Lelaki Lembut Dilarang Muncul Di TV, Radio

Unknown - 09:05



Berkuatkuasa serta merta, stesen radio dan televisyen diminta menghentikan rancangan yang menyiarkan watak pondan, lelaki lembut yang bercanggah dengan norma masyarakat beragama.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan yang disiarkan di halaman Facebooknya berbunyi:

 "Berkuatkuasa serta merta, stesen radio dan televisyen diminta menghentikan rancangan yang menyiarkan watak pondan, lelaki lembut yang bercanggah dengan norma masyarakat beragama kerana dikatakan menyokong dan meningkatkan gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) ketika ini."

Dalam perkembangan terkini, Jabatan Penerangan bagaimanapun menafikan mengeluarkan sebarang larangan sebaliknya hanya memetik status Radio Bernama 24 yang mengajak pembaca berbincang berhubung isu itu.

Penafian ini dikuatkan dengan penjelasan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Seri Rais Yatim bahawa tiada penerangan seumpamanya di laman Twitter beliau.

Kenyataan itu bagaimanapun bertentangan dengan pengesahan Timbalan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Maglin Dennis D'Cruz kepada The Star hanya kira-kira sejam selepas penafian Jabatan Penerangan.

Wednesday 4 April 2012

Gambar Adda Bekas Kekasih Mamat Sepah Telah Berkahwin

Unknown - 13:51


Nur Syuhada atau Adda, bekas kekasih Mamat Sepah talah pun berkahwin, dan berikut  gambar-gambar perkahwinan Adda .




Walau begitu tiada maklumat lanjut berkenaan suami Adda. majlis ini  dikatakan berlangsung akhir minggu lepas. selamat pengantin baru dan selamat berbahagia, semoga berkekalan hingga ke anak cucu kepada Adda yang juga adik perempuan kepada anggota kumpulan Kristal iaitu Rodi.




Tuesday 3 April 2012

Siti Nurhaliza Terpikat Dengan Apek @ Khairul Fahmi

Unknown - 14:01

Datuk Siti Nurhaliza Taruddin akui terpikat dengan sikap penjaga gol Negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex selepas pertama kali berjumpa dan bekerjasama untuk produk haruman terbaru SimplySiti.

Malah, Siti Nurhaliza berkata Apex merupakan pilihan yang tepat untuk wangian jenis Pure kerana karisma dan auranya sebagai seorang ahli sukan.
"Sejak awal-awal lagi saya memang sudah target mahukan Apex untuk menjadi salah seorang model iklan haruman terbaru saya.

"Pada mulanya agak sukar untuk mendapatkannya kerana dia seorang ahli ukan yang sangat sibuk. Namun saya gembira kerana akhirnya impian saya berjaya.

"Bagi saya Apex memenuhi ciri-ciri yang sesuai untuk wangian Pure kerana saya mencari lelaki yang aktif dan segar bagi meyakinkan pengguna wanita untuk membeli.

"Saya seronok dapat berkerjasaman dengan Apex. Pertama kali berjumpa dengannya dia seorang yang sangat sempoi, sangat kelakar dan comel.

"Namun, selepas bekerja dengannya saya dapati dia meletak komitmen yang tinggi terhadap tanggungjawabnya," katanya selepas sidang media Majlis Hari Ibu di Hotel Dorset, Subang Jaya, semalam.

Selain Apex, Siti Nurhaliza turut mengundang dua tokoh lain untuk dijadikan model bagi dua harumannya yang lain iaitu SM Zul Khalis SM Zulkifli daripada Naza Italia sebagai ikon usahawan muda untuk haruman Memoir dan Pengarah Ibex Group, Adam Yahya sebagai ikon pengurusan korporat untuk haruman Precious.

Penyanyi Biarlah Rahsia ini berkata, meskipun haruman tersebut diilhamkan istimewa buat kaum wanita, namun cara pemasarannya kini berbeza kerana menggunakan model lelaki untuk memikat kaum berkenaan.
"Saya cuba lari dari kebiasaan kerana kali ini lelaki menjadi model untuk haruman wanita.

"Kita lihat sahaja nanti bagaimana penerimaannya selepas produk ini dilancarkan tidak lama lagi," jelasnya dengan teruja.

Wangian eksklusif daripada pengasas produk SimplySiti ini bakal dilancarkan di pasaran sekitar April ini.

JANGAN LUPA SHARE

Tips Untuk Cepat Hamil Setelah Berkahwin

Unknown - 11:24

Tips Cepat Hamil Setelah Berkahwin, Kehamilan bagi seorang wanita adalah impian setiap pasangan yang telah berkahwin. Ramai  pasangan suami isteri yang telah menunggu lama untuk dapat mempunyai anak tetapi masih belum dikurniakan anak.

Namu bagi pasangan yang masih belum dikurniakan anak, ada beberapa tips atau cara untuk Cepat Hamil Setelah Berkahwin, cara yang mudah untuk dipraktikkan:

Tips Cepat Hamil Setelah Berkahwin

 1. Setelah melakukan hubungan intim elakkan supaya tidak banyak sperma yang keluar dari rahim isteri.

2. Posisi terbaik dalam melakukan hubungan seks adalah posisi yang tidak terjadinya ‘penjelajahan’ sperma dalam rahim, seperti posisi berdiri, duduk, atau women on top (wanita berada di atas) agar sperma banyak tertahan didalam rahim.

3. Melakukan hubungan intim ketika isteri sedang sensitif terhadap bau-bauan. Hasil kajian menunjukkan bahawa wanita pada waktu tertentu sangat sensitif terhadap bau-bauan kerana bau-bauan boleh menyebabkan wanita sedang ovulasi, dalam istilah lain wanita itu dalam keadaan subur, jadi pastikan anda (suami) mengadakan hubungan ketika isteri sedang dalam keadaan itu.

4. Foreplay atau pemanasan sebelum malakukan hubungan seksual sangat penting dilakukan, suami yang melakukan foreplay lebih lama sebelum ejakulasi dapat menghasilkan sperma lebih banyak dan itu merupakan peluang besar agar isteri hamil.

5. Posisi ketika melakukan hubungan seks juga juga penting : Doggy style (isteri membelakangi suami), misionary (Suami diatas) dan pelbagai lagi agar lebih banyak sperma yang masuk

Dari kelima tips cepat hamil setelah berkahwin diatas, fokus pada usaha supaya sperma tidak terlalu banyak keluar dari vagina merupakan cara paling umum digunakan dan paling banyak disarankan. 

Dan yang paling penting, DOA..Semoga yang belum mempunyai anak dipermudahkan..tapi untuk yang dah kahwin je tau, yang belum kahwin sila baca entry lain..hehe

Monday 2 April 2012

SENARAI 50 PEMIMPIN ISLAM PALING BERPENGARUH DI DUNIA

Unknown - 12:01

Senarai 50 Pemimpin Islam Paling Berpengaruh di Dunia ini dipetik dari buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” yang diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Center. Turut tersenarai dalam buku tersebut ialah Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat  di tempat ke-42. Berikut adalah senarai nama-nama Pemimpin Islam Paling Berpengaruh di dunia:

SENARAI 50 PEMIMPIN ISLAM PALING BERPENGARUH

 

1. His Majesty King Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud, King of Saudi
Arabia, Custodian of the Two Holy Mosques

2. His Eminence Grand Ayatollah Hajj Sayyid Ali Khamenei,
Supreme Leader of the Islamic Republic of Iran

3. His Majesty King Mohammed VI, King of Morocco

4. His Majesty King Abdullah II bin Al Hussein, King of the
Hashemite Kingdom of Jordan

5. His Excellency Recep Tayyip Erdogan, Prime Minister of the
Republic of Turkey

6. His Majesty Sultan Qaboos bin Sa’id al Sa’id, Sultan of Oman

7. His Eminence Grand Ayatollah Sayyid Ali Hussein Sistani, Marja
of the Hawza, Najaf

8. His Eminence Sheikh Al Azhar Dr Muhammad Sayyid Tantawi,

Grand Sheikh of the Al Azhar University, Grand Imam of Al
Azhar Mosque

9. Sheikh Dr Yusuf Qaradawi, Head of the International Union of
Muslim Scholars

10. His Eminence Sheikh Dr Ali Goma’a, Grand Mufti of the Arab
Republic of Egypt

11. His Eminence Sheikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Aal al Sheikh,
Grand Mufti of the Kingdom of Saudi Arabia

12. Mohammad Mahdi Akef, Supreme Guide of the Muslim
Brotherhood

13. Hodjaefendi Fethullah Güllen, Turkish Muslim Preacher
14. Amr Khaled, Preacher and Social Activist

15. Hajji Mohammed Abd al Wahhab, Ameer of the Tablighi Jamaat,
Pakistan

16. His Royal Eminence Amirul Mu’minin Sheikh as Sultan
Muhammadu Sa’adu Abubakar III, Sultan of Sokoto

17. Seyyed Hasan Nasrallah, Secretary General of Hezbollah

18. Dr KH Achmad Hasyim Muzadi, Chairman of Nahdlatul Ulama,
Indonesia

19. Sheikh Salman al Ouda, Saudi Scholar and Educator

20. His Highness Shah Karim al Hussayni, The Aga Khan IV, 49th
Imam of the Ismaili Muslims

21. His Highness Emir Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktoum,
Ruler of Dubai, Prime Minister of the United Arab Emirates

22. His Highness General Sheikh Mohammed bin Zayed al Nahyan,
Crown Prince of Abu Dhabi and Deputy Supreme Commander
of the UAE Armed Forces

23. Sheikh Dr M Sa’id Ramadan al Bouti, Leading Islamic Scholar in
Syria

24. His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam

25. His Eminence Professor Dr Sheikh Ahmad Muhammad al Tayeb,
President of Al Azhar University

26. His Eminence Mohammad bin Mohammad al Mansour, Imam of
the Zaidi Sect of Shi‘a Muslims

27. His Eminence Justice Sheikh Muhammad Taqi Usmani, Leading
Scholar of Islamic Jurisprudence, Pakistan

28. His Excellency President Abdullah Gül, President of the Republic
of Turkey

29. Sheikh Mohammad Ali al Sabouni, Scholar of Tafsir

30. His Eminence Sheikh Abdullah Bin Bayyah, Deputy-Head of the
International Union of Muslim Scholars

31. Her Eminence Sheikha Munira Qubeysi, Leader of the Qubeysi
Movement

32. His Eminence Sheikh Ahmad Tijani Ali Cisse, Leader of Tijaniyya
Sufi Order

33. Sheikh al Habib Umar bin Hafiz, Director of Dar al Mustafa,
Tarim, Yemen

34. Khaled Mashaal, Leader of Hamas

35. Professor Dr M Din Syamsuddin, Chairman of Muhammadiyya,
Indonesia

36. Maulana Mahmood Madani, Secretary General of Jamiat Ulemae-
Hind, India

37. Sheikh Habib Ali Zain al Abideen al Jifri, Director General of the
Tabah Foundation, UAE

38. Sheikh Hamza Yusuf Hanson, Founder of Zaytuna Institute, USA

39. His Eminence Sheikh Professor Dr Mustafa Ceric, Grand Mufti
of Bosnia and Herzegovina

40. His Excellency Professor Dr Ekmelledin Ihsanoglu, Secretary
General of the Organization of the Islamic Conference

41. General Mohammad Ali Jafari, Commander of the Revolutionary
Guard, Iran

42. Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Religious Guide of the Islamic Party of Malaysia

43. Motiur Rahman Nizami, Ameer of the Jamaat-e-Islami,
Bangladesh

44. Professor Sayid Ameen Mian Qaudri, Barelwi Leader and
Spiritual Guide

45. His Holiness Dr Syedna Mohammad Burhannuddin Saheb, 52nd
Da‘i l-Mutlaq of the Dawoodi Bohras

46. Dr Abdul Qadeer Khan, Pakistani Nuclear Scientist

47. Professor Dr Seyyed Hossein Nasr, Islamic Philosopher

48. Abdullah ‘Aa Gym’ Gymnastiar, Indonesian Preacher

49. Sheikh Mehmet Nazim Adil al Qubrusi al Haqqani, Leader of Naqshbandi-Haqqani Sufi Order

50.His Excellency Dr Abd al Aziz bin Uthman Altwaijiri, Secretary
General of the Islamic Educational, Scientific and Cultural
Organization

KREDIT:ANAKULUCHEKA

Sunday 1 April 2012

9 SIKAP WANITA YANG JADI PERHATIAN LELAKI

Unknown - 15:01
1. Sikap Keibuan

Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.

2. Keanak-anakan


Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

4. Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6. Pandai Berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.

7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.Apabila berhadapan dengan suasan yang baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9. Simpati dan Prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati,mengambil berat, simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.
<< Jangan lupa untuk tekan butang share selepas anda baca >>
Next Previous
UTAMA