Show Mobile Navigation

Saturday 31 March 2012

PANAS: GAMBAR ZIZAN BERSAMA AWEK X YANG HOT

Unknown - 13:25
 
Gambar zizan ditangkap ketika sednag bemesra dengan awek x idaman ramai lelaki...Ok2.. Sebenarnya, awek x yang dimaksudkan adalah sebuah Mitsubishi EVO X @ EVO 10  yang baru dibeli Zizan di Mutiara Motor Larkin . 

Evo 10 yg dibeli bukan jenis standard kilang, Evo 10 zizan ni sudah dituned dgn Performance Part M7..dan mampu mencapai 480hp.





PEKELILING GAJI SSM BARU 2012

Unknown - 11:30

gaji baru ssm

Pekeliling gaji baru ssm 2012 telahpun keluar dan boleh di download. Okey cerita banyak tak guna..korang klik pautan dibawah untuk download pekeliling gaji baru ssm 2012.
  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 - Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
  2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012 - Kenaikan Gaji Bagi Perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
  3. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2012 - Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup

Pengiraan Pemindahan Gaji dari gaji lama SSm ke Gaji Baru SSM:-



cuma masukkan gred perkhidmatan korang, masukkan gaji lama korang dan klik KIRA...
KLIK BUTTON SHARE DI BAWAH

Friday 30 March 2012

GAJI BARU SSM 2012 BAYAR APRIL | KSN & KPPA LETAK JAWATAN

Unknown - 12:19
GAJI BARU SSM

Sehingga ke hari ini 30/3/2012 pekeliling baru bagi gaji ssm 2012 masih belum dikeluarkan lagi di laman web JPA . Namun, ada diantara kumpulan penjawat awam yang sudah pun mendapat pengiraan daripada AG, ini bermakna gaji SSM 2012 baru akan tetap dibayar pada bulan April berdasarkan laporan yang telah diberikan. 

GAMBARAN PERKIRAAN GAJI BARU SSM 2012 :-

  • Gaji SSM 2012 baru anda pada bulan April = (Gaji pokok semasa x 13%) + gaji pokok sekarang.
  • Tunggakkan 3 bulan gaji = Gaji pokok sekarang x 13% x 3 bulan (iaitu daripda bulan Januari – Mac). 
  • KGT? Selagi pekeliling SSM baru belum dikeluarkan,yang nimkena tunggu pekeliling rasmi dulu.
  • Berkenaan COLA, AG sedang tunggu pekeliling SSM daripada JPA. 

Berdasarkan maklumat yang diterima, gaji SSM 2012 baru pasti akan dibayar bermula bulan April ini berserta, berserta tunggakan 3 bulan seperti yang dijanjikan sebelum ini.



KSN KSU LETAK JAWATAN
 

KSN & KPPA AKAN LETAK JAWATAN? 

  • Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan 
  • Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah 
 
 Pertubuhan Perkasa antara yang lantang mendesak Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan juga Ketua Pengarah Perkhidmataan Awam (KPPA) letak jawatan. Dan sekarang sudah kedengaran cakap-cakap yang mengatakan kedudukan kedua-dua kepimpinan tertinggi di dalam perkhidmatan awam agak goyah. 
 
Kedua-duanya dikaitkan dengan kontroversi dalam menggubal skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetuskan bantahan banyak pihak sehingga akhirnya dibatalkan. SBPA yang diperkenalkan 1 Januari lalu mengundang kritikan terutama daripada Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mewakili 1.4 juta kakitangan awam di negara ini. Abu Bakar ketika pula tidak menafi atau mengesahkan spekulasi kedudukan perkhidmatan beliau.
 
 Jika benar perlukah KSN & KPPA Letak Jawatan?Apa pandangan korang?

MERSING DILANDA GEMPA BUMI

Unknown - 00:48
 gambar hiasan

GEMPA BUMI LEMAH MELANDA MERSIG| KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi berukuran 3.2 pada skala Richter melanda Mersing, Johor pada pukul 9.43 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata gempa itu berpusat di 16km timur laut dari Mersing.

Gegaran kecil mungkin dirasai di sekitar kawasan itu, kata kenyataan itu. - Bernama

Thursday 29 March 2012

POTONG KAKI KERANA MALAS BEKERJA

Unknown - 09:55


MITTERLABILL (Austria) – Seorang lelaki yang hampir mati selepas memotong kakinya untuk membolehkan dia terus mendapat elaun ‘menganggur’ terkejut apabila diberitahu dia masih boleh bekerja walaupun kakinya kudung.

Hans Url, 56, yang sudah tidak bekerja dalam tempoh lama diberitahu bantuan diberikan kepadanya akan dihentikan jika dia tidak menerima tawaran kerja yang diberikan oleh kakitangan pusat pekerjaan.

Dan apabila dakwaannya menyatakan dia terlalu sakit dan tidak gemarkan pekerjaan ditawarkan itu diganti dengan tawaran perubatan, dia mengambil langkah drastik. Url dari Mitterlabill, selatan Austria, mengambil mesin gergaji dan memotong kakinya – sebelum mencampakkannya ke dalam ketuhar bagi memastikan tiada pakar bedah dapat menyambungkannya semula.

Bagaimanapun, kakitangan pusat pekerjaan memusnahkan rancangan Url itu apabila mereka memberitahu kecacatan dialaminya itu tidak mengecualikan dia untuk tidak bekerja. Jurucakap polis Franz Fasching berkata: “Rancangan Url memang licik. Dia menunggu hingga isteri serta anak lelakinya keluar dan hanya dia bersendirian di rumah.

“Dia kemudian memetik suis mesin gergaji itu dan memotong kaki kirinya di atas paras buku lali – mencampakkannya ke dalam api, supaya ia tidak boleh disambung semula sebelum menghubungi perkhidmatan kecemasan. “Dia kemudian mengesot ke garaj di mana dia menghubungi petugas kecemasan dan menunggu mereka tiba.” Polis memberitahu Url hampir mati akibat kehilangan banyak darah sebelum petugas paramedik tiba di kediamannya. Mereka turut menemui kakinya yang dipotong di dalam ketuhar. – DM

CUEPACS MAHU GRED PERKHIDMATAN AWAM DISEMAK

Unknown - 08:11


SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia supaya turut menyemak semula gred perkhidmatan awam di semua peringkat.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman hari ini berkata semakan itu perlu bagi memastikan penjawat awam yang berjumlah 1.4 juta di negara ini akan mendapat manfaat sewajarnya daripada perkhidmatan yang mereka sumbangkan.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lepas dan semasa acara itu Najib turut mengumumkan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan pelaksanaan semula Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Sambil menyambut baik penubuhan suruhanjaya khas berkenaan, Omar berkata pihaknya telah mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan menerusi jawatankuasa bertindak yang diwujudkan Cuepacs sebelum ini untuk dibawa serta dibincangkan di peringkat suruhanjaya khas berkenaan.

Omar berkata demikian kepada para pemberita selepas menghadiri program Rapat 1Malaysia bersama Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (KKUUiTM) di sini.
  
Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan agar seluruh penjawat awam di negara ini supaya tidak bersikap selesa dengan corak kerja yang diamalkan sebelum ini.

Sebaliknya, katanya semua penjawat awam perlu melakukan transformasi daripada segi sikap serta cara mereka bekerja supaya terus relevan dengan perkembangan serta cabaran semasa.

Ini kerana penjawat awam merupakan satu elemen penting dalam negara ini yang menjadi tulang belakang dan tiang seri kepada kerajaan, katanya.

"Sekarang ini, sektor awam sentiasa diberikan perhatian oleh kerajaan dari segi penambahbaikan gaji, perkhidmatan yang kesemuanya telah ditepati perdana menteri.

"Justeru, jika penjawat awam masih mempunyai daya pemikiran lama dan tidak melakukan transformasi, mereka akan ketinggalan," kata Omar. - Bernama

Wednesday 28 March 2012

LELAKI CEDERA TANDAS MELETUP DI LRT SRI RAMPAI

Unknown - 20:03


KUALA LUMPUR — Seorang lelaki yang sedang menggunakan tandas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai di sini hari ini cedera di bahagian belakang badan apabila mangkuk tandas yang sedang digunakan berkecai akibat satu letupan. 

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, dalam kejadian pada pukul 1.15 petang itu mangsa Muhd. Sakereen Basri, 22, yang cedera terkena serpihan mangkuk tandas itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan. 

"Mangsa cedera pada bahagian belakang badan dan peha akibat terkena serpihan, dan bahan letupan yang digunakan disyaki mercun...siasatan awal mendapati tiada lagi bahan letupan lain yang digunakan,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS). 

Beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian ini sama ada wujud unsur sabotaj atau kecuaian dan kes disiasat mengikut Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.— BERNAMA

Tuesday 27 March 2012

ANAK NORSHARUL TALAHA GHAIB DALAM PERUT

Unknown - 10:46



GAMBAR NORSHARUL IDLAN TALAHA DAN ISTERI


ANAK NORSHARUL TALAHA GHAIB DALAM PERUT | Kejadian pelik, tapi dah biasa dengar kan?..Pelik Norshahrul Idlan Talaha, pemain bolasepak kebangsaan ini mengalami satu fenomena pelik apabila anak di dalam kandungan isterinya dikatakan hilang tiba-tiba. 

Sebelum kejadian dia selalu bermimpi berjumpa anaknya dan melihat jelas muka anaknya itu yang comel dan putih.. Idlan Talaha juga telah menceritakan perkara itu kepada isterinya. Isterinya sering mengadu perutnya selalu sakit-sakit.. Sehinggalah sampai satu hari, apabila Norshahrul Idlan Talaha dan Isteri  membuat pemeriksaan doktor. Doktor mengatakan yang bayi yang dikandung isterinya selama 6 bulan telah tiada (ghaib)..

Korang pernah alami atau berjumpa kejadian pelik macam ni?..jom kongsi bersama...

Monday 26 March 2012

MAWI DIROMPAK DAN DIIKAT PAGI TADI

Unknown - 18:20


rumah mawi dirompak

MAWI DIROMPAK | Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi menerima nasib malang apabila rumah banglonya di sebuah kelab golf di Bangi dimasuki perompak bertopeng awal pagi Isnin. 

Kejadian rompakan berlaku kira-kira jam 4 pagi. Mawi, isteri, ibu mertua Mawi, Fatimah Saad dan nenek mereka Salmah Sahar telah diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk melalui pintu dapur rumah.

Mujur anak Mawi dan Ekin yang baru lahir Cahaya Malaika dan orang gaji tidak diapa-apakan. Menurut Eein (Kembar Ekin) semasa kejadian semua penghuni rumah sedang tidur sementara Mawi baru pulang dari Johor Baru selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). 

perompak pada mulanya mengetuk pintu bilik nenek sebelum bertindak mengikat mereka kecuali orang gaji serta anak kecil sebelum mengarahkan mereka menyerahkan wang dan barang kemas.

Tiga daripada empat perompak itu memakai topeng dan salah seorang daripada mereka bersenjatakan pedang samurai sambil memaksa semua penghuni rumah menyerahkan barang berharga. 

Perompak turut melarikan dompet milik Mawi dan Fatimah, telefon bimbit serta beberapa barang berharga lain yang dianggarkan bernilai RM10,000. Mujur tiada sesiapa yang cedera.

FATIHAH MENIPU DAKWA DIROGOL

Unknown - 12:17



PEKAN - Kes penculikan palsu Siti Nor Fatihah Mahadi, 15, dari Taman Tas Kuantan yang meraih simpati ramai pada 19 Mac lalu kembali panas apabila dia mendakwa dirogol teman lelakinya ketika dilarikan ke Nenasi Pekan.

Ketua Polis Daerah, Superinten-dan Yahaya Othman berkata, pihaknya dimaklumkan Fatihah hadir membuat laporan polis beberapa hari lalu mengenai dakwaan dirogol teman lelakinya berusia 26 tahun.

Menurutnya, kes itu bersabit di IPD daerah ini apabila Fatihah ditemui di sebuah rumah di Nenasi, sebelum dibawa polis ke IPD Kuantan dan diletak bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuantan.

“Selepas menerima laporan, pakar perubatan yang memeriksa keadaan Fatihah menge­sahkan tiada kesan atau tanda dia dirogol.

“Pihak polis tidak membuat sebarang tindakan ke atas teman lelakinya dan menganggap laporan itu sebagai palsu yang sengaja direka dengan tujuan peribadi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada majlis sambutan Hari Polis Ke-205 di Dataran Pekan.

Yahaya berkata, sesiapa sahaja didapati membuat laporan palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Menurutnya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu, yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

“Saya ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan laporan yang hendak dibuat terutama melibatkan penipuan kerana pihak berkuasa tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas mereka yang melakukan kesalahan itu,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Siti Nur Fatihah hilang dipercayai diculik ketika keluar bersama dua adiknya membeli kad tambah nilai prabayar di sebuah kedai telekomunikasi berhampiran rumahnya di Taman Tas, Kuantan.

Bagaimanapun pada 22 Mac lalu, remaja itu akhirnya mengaku dia tidak diculik, tetapi dengan rela hati melarikan diri ke rumah teman lelakinya di Kampung Merchong, Pekan.

 P/S:APA MASALAH BUDAK NI...

Sunday 25 March 2012

DILEMA GADIS 21 TAHUN MILIKI BUAH DADA BESAR

Unknown - 11:33


Mungkin sesetengah wanita begitu berbangga memiliki sepasang buah dada yang besar dan menyifatkan diri mereka sebagai ‘seksi’ serta mampu menarik ramai lelaki untuk melutut di hadapan mereka.

Namun berbeza Stephanie Fox yang memiliki buah dada sebesar 32K, dia rasa begitu terseksa apabila gagal memiliki teman lelaki, sukar mendapat pakaian yang sesuai dan sering ditohmah serta dijadikan ‘buah mulut’ oleh masyarakat sekelilingnya.

Stephanie, 21, yang tertekan dengan saiz buah dadanya itu mengeluh ekoran lelaki tidak bertentang mata ketika berbual dengannya, sebaliknya mata mereka lebih tertarik untuk merenung ke arah buah dadanya sahaja.

Dia yang sering sakit-sakit di bahagian belakang akibat buah dada yang terlalu berat untuk tubuhnya merasa tersinggung apabila rakan-rakan perempuannya yang melemparkan tohmahan kononnya dia adalah bintang porno.

“Ramai wanita idamkan buah dada yang besar, padahal ia adalah satu mimpi buruk.

“Kebanyakan lelaki yang saya temui adalah lelaki yang jenis kotor, jarang sangat mereka melihat ke arah wajah saya ketika berbual dengan saya.

“Kadangkala, ia boleh begitu menakutkan. Sebahagian dari mereka suka menyentuh (di bahagian buah dada) saya. Jadi, jika keluar bersama rakan-rakan lelaki saya, mereka selalunya berada di sekeliling saya sebagai pengawal,” katanya.

Menurut Stephanie, ramai dikalangan rakan-rakan perempuan menganggap buah dadanya itu palsu sebagaimana bintang-bintang porno dan menganggap dirinya menceburi bidang tidak bermoral itu.

“Wanita-wanita tersebut mengandaikan buah dada saya palsu, mereka tengok saya bagaikan saya seorang bintang porno.

“Mereka mengeleng-gelengkan kepala apabila bertembung dengan saya dan saya boleh dengar mereka berkata ‘nampak sangat palsu’ dan ‘cuba tengok dia berlagak dengannya’. Saya cuba senyum bila melalui perkara ini, tapi kadang-kadang ia agak menyakitkan hati saya,” katanya lagi.

Stephanie menjelaskan bahawa dia terpaksa berpisah dengan teman lelakinya pada tahun 2010 ekoran kekasihnya itu tidak tahan cemburu apabila terlalu ramai lelaki yang merenung ke arah buah dadanya.

“Saya berpisah dengan teman lelaki saya pada tahun 2010..dia sangat cemburu. Bila kami keluar bersama dia kerap marah-marah apabila lelaki merenung saya. Saya cuba beritahu dia bahawa saya tak mampu berbuat apa-apa,” ujarnya kesal.

Selain itu, lelaki-lelaki yang ditemuinya selepas itu semuanya tidak boleh diharap apabila mereka lebih obses kepada buah dadanya sahaja berbanding memberikan cinta sejati.

Bagaimanapun saiz buah dada Stephanie adalah agak kecil berbanding buah dada Norma Stitz yang memiliki saiz buah dada sebenar 102ZZZ yang mencipta rekod sebagai saiz buah dada tulen terbesar di dunia. –

JANUARY JONES MAKAN PLASENTA (URI) SENDIRI KERANA MAHU CANTIK

Unknown - 10:37

makan uri
January Jones


SEPERTI yang sedia maklum, di Hollywood, selebriti-selebriti di sana sanggup melakukan apa sahaja demi kecantikan wajah.

Begitu juga dengan aktres January Jones, dia mengakui bahawa antara tips bagi mengekalkan kecantikan wajah adalah dengan memakan plasenta (URI) dari rahimnya.

Menurut laporan Bang Showbiz, Januari mula mengamalkan plasenta sejak melahirkan bayinya, Xander pada September tahun lalu dan bintang filem Mad Men ini percaya dengan memakan organ tersebut, dirinya akan lebih sihat.

"Saya mempunyai semangat yang tinggi apabila berbicara tentang hal-hal kesihatan dan akan memastikan pengambilan makanan kesihatan seperti, vitamin, teh serta plasenta yang telah dikapsulkan wajib dimakan.

"Memang bunyi plasenta agak menggelikan tetapi ia telahpun dikering dan dijadikan kepada bentuk vitamin," katanya.

Tambah January cara pemakanan plasenta tersebut dianggap mistik seperti ingin melakukan sesuatu ritual, tetapi dia menegaskan hal itu tiada kaitan langsung, sebaliknya menyarankan kepada ibu-ibu di luar sana untuk menjadikan plasenta sendiri sebagai makanan tambahan.

Saturday 24 March 2012

GAMBAR IRMA HASMIE BERTUNANG

Unknown - 20:08
irma hasmie bertunang

GAMBAR IRMA HASMI BERTUNANG | Petang tadi telah berlangsungnya majlis pertunangan Irma Hasmie.Irma Hasmie kini sudah menjadi tunangan orang.Tahniah diucapkan. Di atas gambar Irma Hasmie bersama Wardina Safiyyah di majlis pertunangan tu. 

Irma Hasmie memang nampak sangat cantik mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat itu. Nama penuh tunang Irma Hasmie ialah Reza Syah Ameer Dato’ Radzuan. Mereka berdua bertemu di kota Mekah. Dengar khabarnya Irma dan tunang akan bernikah pada 1 Julai ini.


irma hasmie bertunang

gambar majlis tunang irma hasmie\

Wednesday 21 March 2012

HURUF ALIF DALAM AL-QURAN GANTI LOGO 1 MALAYSIA

Unknown - 15:47
gambar quran 1 malaysia


Tak dapat dipastikan apa tujuan dan motif memaparkan ayat Al-Quran yang turut disertakan sekali dengan logo 1 Malaysia. Huruf Alif dalam Ayat Al-Quran diubah bagi mengantikan Logo 1Malaysia dan tertera pada halaman Surah Al Mulk.
 
Apa hukumnya, terserah kepada ahli agama untuk menjawab mengenai isu ini. Namun, berikut jawapan Ustaz Azhar Idrus mengenai isu ini yang telah di utarakan oleh seorang Acab Aimi di laman Facebook Ustaz Azhar Idrus:-




gambar logo 1 malaysia ganti alif


Ayat Al-Quran ini telah dikesan berada di sebuah surau Al-Badar yang terletak di kawasan Lembah Pantai. Mereka yang berada di kawasan tersebut, boleh tolong pastikan isu ini....

GAMBAR JUSTIN BIEBER TERUK DIBELASAH

Unknown - 14:55

JUSTIN BIEBER TERUK DIBELASAH | Dia adalah bintang pop remaja kecil yang dikenali dengan wajah keanak-anakan dan lirik polos yang membuatkan namanya cukup masyhur.

Bagaimanapun, dalam sesi fotografi terbaru, tidak dinafikan Justin Bieber akan mengejutkan peminat dengan penampilan lelaki sasa berlumuran darah yang dibelasah teruk.

Penyanyi lagu Baby berusia 18 tahun itu dilihat bermandi darah ketika mukanya ditumbuk oleh peninju yang tegap. Imej itu adalah satu daripada banyak gambar yang diambil oleh jurugambar fesyen terkenal dunia Tony Kelly untuk sesi fotografi majalah Complex. 

Dengan berpakaian kemeja putih dan tali leher hitam di gelanggang, Bieber dilihat dipukul dengan kuat di rahangnya sebelum meludahkan darah daripada mulutnya. 

Kemejanya koyak dan wajahnya penuh lebam dan berdarah, sebelum dia ditenangkan wanita berbikini di gelanggang ketika dia bersedia untuk bertarung semula.


Dalam gambar lain Bieber menyarung jaket tuxedo hitam dan turut bertarung beberapa pusingan dengan bola belon peninju. Imej mengejutkan itu diambil Tony 

Kelly, jurugambar yang dilahirkan di Dublin yang telah mengambil pelbagai gambar fesyen jenama mewah untuk majalah seperti GQ, Tatler dan Vanity Fair. 

Selepas merakam gambar konflik di negara dilanda peperangan, termasuk Rwanda dan Afghanistan, Kelly menjadi seorang daripada jurugambar paling dikehendaki selepas menceburi industri fesyen, selepas bekerja dalam industri itu selama lapan tahun. Kelly juga telah bekerja untuk kempen iklan terbesar untuk American Apparel dan Mini Cooper, serta majalah lelaki Playboy. -

CUKAI PREPAID 6% - TIADA MEMO

Unknown - 10:08
 
 
“TIDAK ada memo sebagaimana disebutkan,” kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang.

Beliau menegaskan kenyataan itu ketika disoal Datuk Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) berhubung kesahihan dakwaan pengeluaran memo cukai enam peratus kepada penggiat industri telekomunikasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), baru-baru ini.

Laporan berhubung isu itu dikatakan dipetik daripada bahagian penyelidikan Hong Leong Investment Bank (HLIB) dan mendakwa SKMM sudah mengeluarkan memo kepada semua penggiat industri sebelum mengarahkan syarikat telekomunikasi bersedia secara teknikal terhadap pelaksanaan cukai terbabit pada Julai depan.

Menurut Joseph, buat masa ini kerajaan masih menetapkan cukai perkhidmatan talian prabayar ditangguh sebagaimana diumumkan tahun lalu.

“Kita tidak tahu mengapa penganalisis yang terbabit mengeluarkan laporan sedemikian, tapi yang sebenarnya memang tidak ada arahan atau keputusan seperti itu.

“Perkara ini (penetapan cukai enam peratus) perlu dirunding bukan saja di peringkat kementerian, SKMM dan penyedia perkhidmatan, malah perlu dibincangkan bersama Kementerian Kewangan serta Jabatan Kastam kerana membabitkan isu cukai perkhidmatan,” katanya.

Paling penting, Joseph berkata, satu perundingan sebagaimana dijalankan negara luar perlu diadakan bagi menentukan sama ada telekomunikasi boleh dianggap utiliti atau tidak.

“Kami kena tentukan kedudukan perkhidmatan telekomunikasi itu dulu, kalau diklasifikasikan kemudahan, tak adalah cukai.

“Ini semua belum ada keputusan, jadi tak ada memo sebagaimana disebutkan,” katanya.

Tuesday 20 March 2012

FATIHAH MAHADI YANG DISYAKI DICULIK DITEMUI SELAMAT

Unknown - 19:08
 
KUANTAN: Seorang pelajar, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, yang dilaporkan diculik pada Ahad lalu dipercayai selamat dan berada di rumah ibu angkat seorang kawannya.

Menurut ibu remaja berkenaan, Nor Mala Mohd Lazin, 34, beliau menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak dikenali memaklumkan anaknya itu kini berada di rumah ibu angkat kawan anaknya itu.

"Saya mendapat panggilan telefon pada kira-kira 2 pagi dan meminta saya dan keluarganya usah bimbang. Pada mulanya lelaki itu menyamar memberitahu dia pelajar tingkatan empat satu sekolah dengan Fatihah, namun apabila didesak dia akhirnya memberitahu dia adalah kawan kepada Fatihah," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Nor Mala berkata lelaki itu kemudian memaklumkan bahawa Fatihah akan pulang ke rumah dalam masa terdekat selepas kehilangannya kini menjadi kes polis.

"Saya sempat memujuk lelaki itu malah mendakwa mengenalinya supaya memaklumkan di mana Fatihah tinggal.

"Dalam perbualan kami selama dua jam itu, lelaki itu yang berusia 20-an turut memberitahu dia serba salah untuk berterus-terang kerana dia juga ada kes polis dan tak mahu ada apa-apa rekod lagi," katanya.

Ketua Polis Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata kes itu masih dalam siasatan polis. - Bernama

BERURUS NIAGA DENGAN YAHUDI TETAP HARAM

Unknown - 09:53


KUALA LUMPUR – Haram untuk umat Islam berniaga dengan Yahudi Israel walau apa fahaman yang mereka anuti, kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.

Beliau mendakwa, berurus niaga dengan individu atau mana-mana pihak Yahudi yang terhad pada individu atau syarikat seperti Yahudi dari Eropah dan lainnya pada hukum asalnya harus kerana Rasulullah juga pernah berurus niaga dengan bangsa Yahudi.

“Namun urus niaga dengan Yahudi Israel hari ini iaitu Yahudi yang membunuh umat Islam Palestin, merampas tanah Palestin dan menubuhkan negara haram Israel atas penderitaan dan kesengsaraan umat Islam Palestin adalah haram walau apa fahaman yang mereka anuti termasuk zionis.

“Yahudi ini yang mencari dan mengaut keuntungan lalu membina kekayaan mengukuhkan kuasa dan penjajahan keatas umat Islam Palestin malah membunuh sewenangnya umat Islam maka haram berurus niaga dengan mereka walau apa fahaman yang mereka anuti,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Nasrudin mendakwa, ramai ulama telah memberikan fatwa haram berkait urusniaga semasa dengan Yahudi Israel secara umumnya seperti Dr. Yusuf Al-Qaradhawi kerana asasnya keseluruhan Yahudi Israel telah melakukan satu jenayah besar ke atas umat Islam dan ia masih berlarutan hingga hari ini.

Malah, dakwanya, fatwa haram urus niaga dengan Yahudi Israel Zionis ini dibina oleh para ulama berasaskan kesan dan perkembangan politik serta ekonomi umat Islam antarabangsa apabila setiap ringgit atau dollar yang mengalir ke Israel melalui apa jua bentuk urusniaga menghasilkan peluru yang bakal membunuh umat Islam Palestin.

Pada 17 Mac lalu media melaporkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai berkata, kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis.

“Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ,” katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama Pemimpin PAS anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia,.

Abdul Hadi menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pimpinan PAS yang mengajukan soalan berhubung proses perhubungan antara kerajaan PAS atau pakatan pembangkang untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti. –

Monday 19 March 2012

JUAL ANAK DI FACEBOOK

Unknown - 18:57



Jual anak di facebook? lihat keratan printscreen di atas kalau tak percaya..kecian, bayi yang secomel tu nak dijual oleh ibunya...kejam kan?...
Norazlina Ebon Kepada sesiapa yg ingin membeli baby gurl,sila hubungi 0122705354 sebelum di buang k dalam tong sampah!
Ok2..sebelum mengarut dan buat korang pikir bukan-bukan, ni kisah sebenarnya:-

Kesian ibu muda ni kerana disalah sangka oleh pengguna facebook lain. Sebenarnya dia tak berniat pun nak jual anak walaupun tak dapat dinafikan statement dia memang sangat panas dan boleh buat orang pikir bukan-bukan. 

Dan akibatnya statement dia telah tersebar ke beberapa wall pengguna facebook lain.Berikut statement dari Norazlina Ebon, ibu muda yang dikatakan ingin menjual anaknya menjawab salah erti orang ramai berikutan statement panasnya.

 
sumber gambar:Sozcyili
Norazlina Ebon:-Baby ni d jual tuk dijadikan ank angkat dgn nilai 50sen coz kena sawan tangis sj,kdg2 xleh handle, saya bukan zalim nk buang..KECOH SATU DUNIA,glamour sgt ek
Sebenarnya 'Jual Anak ' secara akad ni adalah sekadar adat atau petua orang dulu-dulu,. Ianya di akadkan terutama pada kakak atau sedara mara.. Contoh seperti di bawah:-
Contohnya akad jual anak:

Ibu: akak, aku jual (sebut nama anak yang nakal tu) 25 sen (terpulang nak berapa sen) yea.
Akak: yea, aku terima.
Selepas tu duit 25 sen yg kakak kita dapat tu suruhlah kakak/sdare kita buat bubur merah, atau buat kenduri doa selamat ker, sedekah kat orang. lepas tu tukar nama anak. (tak perlu tukar surat beranak pun..) panggil lah nama anak dgn nama lain yg baik.
Cuma cara ibu muda ni yang pelik g buat akad macam tu dalam Facebook, memanglah orang ramai cepat salah sangka. Semoga dapat hentikan semua salah faham yang timbul.

VIDEO BUDAK MELAYU HISAP GAM DAN BERGADUH

Unknown - 15:10

Video yang diberi Bahlol’ – Video Budak Melayu Hisap Gam " Di dalam video sepanjang 6 minit 14 saat itu, dua orang remaja pada mulanya hanya bertengkar mulut namun pertikaman mulut antara mereka membawa kepada pergaduhan yang sentiasa bertumbuk antara satu sama lain.

Memang memalukan tindakan mereka, dua orang remaja lelaki Melayu sedang ‘galak’ bergaduh manakala dua orang remaja lelaki lain pula sedang seronok dan gembira ‘menikmati’ menghidu gam yang diletakkan di mulut mereka sambil memerhatikan pergaduhan ‘hebat’ antara sahabat-sahabat mereka.

Apa yang lebih memalukan, seorang lagi sahabat mereka, yang bertindak sebagai perakam video itu pula ‘kecoh’ menggalakkan pergaduhan itu diteruskan dan ‘setia’ memberikan sokongan kepada salah seorang ‘peninju’ perlawanan itu sambil menjerit, ‘Yang lain tengah bergaduh, yang seorang hisap gam, baguslah!’.

Aksi dan tindakan remaja-remaja itu memang menunjukkan moral yang rendah serta menghancurkan masa depan mereka sendiri dengan mengamalkan menghidu gam dalam kehidupan mereka.
Sayang, muda-muda lagi dah rosak dengan hisap gam. Sapa lah ibu bapa bebudak ni? Takde ke fikir anak2 buat apa? Berkawan dengan siapa? Pergi mana? Pelik dengan budak-budak zaman sekarang ni, makin teruk.


VIDEO CCTV WCK 2290 LANGGAR LARI RAFIZI HAMDAN

Unknown - 13:41

gambar rafizi kemalangan dilangar lari


RAKAMAN CCTV WCK 2290 LANGGAR LARI RAFIZI HAMDAN |Kematian rafizi hamdan menjadi bualan hangat apabila kejadian langgar lari yang menimpa dirinya dipaparkan diberita tv9 semalam. Kemalangan ngeri itu berlaku di susur keluar taman melawati. Rafizi hamdan dirempuh laju dari arah belakang, mangsa maut ditempat kejadian akibat cedera parah dikepala.

Bukti kejadian berkenaan telah mula tersebar diinternet apabila no kenderaan wck 2290 berada berhampiran mangsa selain satu rakaman cctv telah dimuat naik di youtube. pesalah telah ditahan akibat dari no kenderaan yang tertanggal selepas kejadian langgar berkenaan.

Seorang ahli Kelab Basikal LeTua, maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang berbasikal di Jalan Lingkaran Tengah II, dekat susur Taman Melawati di sini pagi ini. Mangsa, Rafizi Hamdan, 37, yang juga rakan penaja kelab basikal yang pernah menyertai Le Tour de Langkawi sebelum ini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketika kemalangan pada pukul 7.50 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai pegawai bank dalam perjalanan ke Batu 12, Gombak. Ketika melalui lokasi kemalangan, sebuah kereta dipercayai jenis Proton Saga yang dipandu laju telah merempuh mangsa yang sedang mengayuh basikal. Rafizi yang telah berumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata mengalami kecederaan teruk di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

1CARE FOR MALAYSIA - FAKTA

Unknown - 12:14

 

FAKTA UTAMA MENGENAI 1CARE

1- 1Care adalah cadangan yang bertujuan untuk mengukuhkan sistem kesihatan untuk membolehkannya diakses oleh semua Rakyat Malaysia

2- Cadangan 1Care masih lagi diperingkat konsep.

3- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih memperincikan isu-isu teknikal mengenai cadangan ini bersama-sama dengan pihak-pihak yang berkepentingan.

APA ITU 1CARE?


1 Care adalah cadangan yang bertujuan untuk mengukuhkan sistem kesihatan untuk membolehkannya diakses oleh semua Rakyat Malaysia

KENAPA 1CARE DICADANGKAN?


   1. Keluhan Rakyat mengenai;

          * Masa menunggu yang panjang.
          * Kesesakan.
          * Kos penjagaan kesihatan yang tinggi.

   2. Kebimbangan Rakyat mengenai kos pembiayaan untuk rawatan penyakit yang serius.

   3. Kebimbangan Rakyat terhadap kos penjagaan kesihatan yang semakin tinggi di usia tua.



APAKAH HARAPAN YANG INGIN DICAPAI MELALUI 1CARE?


   1. Rakyat boleh membuat pilihan untuk mendapatkan rawatan di klinik dan hospital awam atau swasta, tanpa mengira sama ada mereka kaya atau miskin.

   2. Tidak kira tahap usia dan tahap kesihatan, Rakyat boleh mendapatkan penjagaan kesihatan yang berkualiti.

   3. Rakyat boleh mendapatkan penjagaan kesihatan berhampiran tempat tinggal atau tempat kerja mereka.

   4. Rakyat akan ada doktor keluarga masing-masing. Mereka boleh memilih doktor keluarga masing-masing dan menukarnya sekiranya perlu.

   5. Doktor keluarga ini akan lebih mengenali dan memahami masalah kesihatan setiap individu dan keluarga mereka. Doktor keluarga ini akan membantu mereka untuk terus sihat sepanjang hayat.

   6. Rakyat tidak perlu bimbang mengenai bayaran semasa mereka mendapatkan rawatan yang mereka layak.

   7. Kerajaan akan terus membiayai penjagaan kesihatan untuk Rakyat miskin.

   8. Sumbangan untuk keperluan penjagaan kesihatan tidak akan membebankan Rakyat.

   9. Rakyat tidak akan mengalami masalah kewangan atau jatuh miskin kerana membiayai rawatan kesihatan.


-KKM mengalu-alukan sumbangan idea dan maklumbalas mengenai bagaimana sistem kesihatan negara boleh diperkukuhkan lagi.

-Sekiranya anda ada cadangan, maklumbalas atau pertanyaan, hantarkan kepada Forum1Care@moh.gov.my

Monday 12 March 2012

MAYAT RENTUNG DISAHKAN NURUL NADHIRAH

Unknown - 19:55

nurul nadhiraj


NURUL NADHIRAH | Rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, di sini sejak Khamis lalu disahkan sebagai kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 12 hari lalu.
 
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin selepas ujian DNA dijalankan.

Dalam kejadian tersebut, Nurul Nadirah keluar dari rumahnya di Flat Seri Delima Jalan Suri, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, pada sekitar jam 11 pagi untuk membeli telur dan dua bungkus mi segera yang dipesan ibunya, Roselyn Alan, 25, dan tidak pulang-pulang ke rumah sejak itu.

Sebelum itu pihak berkuasa yang menyiasat kes berkenaan telah menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia di antara 36 dan 40 tahun bagi membantu siasatan.

GAMBAR PERNIKAHAN MALEK NOOR DAN DR WAN ASMA WAN ISMAIL

Unknown - 19:06
   

Hanya dengan sekali lafaz, bekas ahli bina badan negara Datuk Malek Noor akhirnya selamat bergelar suami kepada Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail.

Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Wan Ismail Wan Ahmad,87, di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini kira-kira pukul 11 pagi, Isnin.

Dr Wan Asma,52, bertugas di Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu manakala Malek atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohamaed Noor,56, kelihatan berseri-seri dengan pakaian sedondon berwarna putih gading.

Menariknya pada perkahwinan tersebut pengantin lelaki hanya memberikan senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin tanpa wang hantaran disertai lima dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan.

Dr Wan Asma memberitahu beliau tidak memerlukan wang hantaran kerana segala kelengkapan sudah beliau miliki.

Apa yang penting beliau berharap perkahwinan mereka berdua kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

“Kami berdua bersetuju tiada wang hantaran kerana saya tidak perlukan semua itu,” katanya.

Dalam pada itu Dr Wan Asma berkata, beliau tidak berhasrat berpindah ke ibu negara mengikut suaminya kerana sudah selesa dengan pekerjaannya di pusat perubatan tersebut. Bagaimanapun setiap hujung minggu dia akan berjumpa dengan suaminya di Kuala Lumpur.

“Saya akan pergi ke Kuala Lumpur untuk berjumpa suami setiap hujung minggu. Kalau suami ada masa, dia akan datang ke Kota Bharu pula,” ujarnya.

Sementara itu Malek berharap agar perkahwinan tersebut menjadi yang pertama dan terakhir dalam dirinya selepas sekian lama hidup membujang.

Dr Wan Asma mempunyai tujuh orang anak berusia 11 hingga 30 tahun serta empat orang cucu dan sudah tiga tahun menjanda manakala Malek memiliki seorang anak angkat iaitu Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmud berusia 2 tahun.

Pasangan tersebut berkenalan selepas berhubung atas urusan perniagaan pada November tahun lalu sehinggalah Malek membuat keputusan merisik pada Februari lepas.

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan di Hotel Renaissance, pada malam Isnin.

Selain aktif dalam sukan bina badan, Malek pernah berlakon beberapa buah filem termasuklah Ujang (1989), Juara (1991), Rimba Malam (1992) dan Sahabat (1992).

Thursday 8 March 2012

SBPA BATAL - SSM KEKAL - PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM

Unknown - 11:04


Intipati ucapan PM diperhimpunan khas penjawat awam, antara yang tergempar adalah pembatalan SBPA

1.SBPA BATAL

2.Penubuhan suruhanjaya Khas Penambahbaikkan SSM

3.Pelarasan gaji

-Gred 1-54>13%
-Gred khas A/B/C-9%
-Turus 2 dan 3-8%
-turus 1 dan KSN -7%

4.kekal SSM dengan Jadual gaji matrik diganti dengan Jadual gaji min-max dengan kenaikan tahunan RM80-320.Jusa -kekal ikut kenaikan SSM.

5.COLA kawasan B dan C naik RM50(150/250)

6.Insentif wilayah,pendalaman dan kritikal diteruskan.

7.Pegawai pendidikan dikekalkan time based...

LIVE PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM 8 MAC 2012

Unknown - 00:55

siaran langsung

LIVE PERHIMPUNAN KHAS PENJAWAT AWAM |Saksikan siaran langsung ucapan PM Malaysia Dato Seri Najib di perhimpunan khas penjawat awam 8 Mac 2012 . Najib dijangka berucap pada perhimpunan khas yang dihadiri ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun serta pegawai kanan perkhidmatan awam pada jam 9.45 pagi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

LIVE PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM - JIKA TAK BERFUNGSI SILA KLIK SINI ATAU LAYARI RTM


Next Previous
UTAMA