Show Mobile Navigation

Wednesday 29 February 2012

Penderaan Kanak-Kanak di Taska Permata Kota Masai

Unknown - 10:36


tampal mulut bayi
  Norhashimah (kiri) Dan anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat


Cerita sebenar mengenai isu VIDEO Penderaan Kanak-Kanak di Taska Permata Kota Masai...

Akibat marahkan majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.

Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.

Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

Menurut pemilik tadika tersebut dia dikhianati oleh dua bekas pekerjanya bagi merosakkan nama baik dan perniagaannya.


ajmad afiq


Dalam rakaman video penderaan itu, Ahmad Afiq (GAMBAR) paling teruk didera apabila mulutnya ditampal pelekat dan tubuhnya dililit kain bedung dengan ketat, Perbuatan kejam tersebut menyebabkan Ahmad Afiq mengalami kegatalan di mulut dan hidung hingga terpaksa mendapat rawatan di klinik.

Klip VIDEO Penderaan Kanak-Kanak di Taska Permata Kota Masai dipercayai dirakam pertengahan Disember tahun lepas oleh kakitangannya yang bermasalah sebelum dibuang kerja pada Januari lalu, 

Sebelum dibuang mereka sering mengambil cuti dengan alasan anak sakit, namun kerana memerlukan kakitangan yang mempunyai komitmen yang tinggi, 

Saherah terpaksa memberhentikan pekerja tersebut. Mungkin kerana tidak berpuas hati kerana dibuang, pekerja tersebut bertindak menyebarkan rakaman Video Penderaan Kanan-kanak taska bertujuan memalukan majikannya.

Hasil laporan polis yang dibuat, dua wanita berusia 20 hingga 22 tahun dipanggil bagi memberi keterangan, aku harap kedua wanita tersebut ditahan kerana cubaan membunuh, kerana perbuatan kejamnya boleh menyebabkan kematian.


Monday 27 February 2012

Erykah Badu Bertatu Kalimah Allah Disiarkan The Star

Unknown - 14:27


erykah badu the star 27/2/2012


KUALA LUMPUR, 27 Feb: Gambar Erykah Badu bertatu kalimah Allah seperti gambar di atas telah disiarkan di akhbar The Star ruangan Music di muka surat 17 hari ini, 27 Februari. Kenapa gambar seperti di atas boleh disiarkan di akhbar The Star?
Untuk pengetahuan penyanyi Erykah Badu akan membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 29 Februari 2012 ni.

Justeru, penyanyi Neo-Soul kelahiran Texan, Amerika Syarikat, Erykah Badu yang bakal mengadakan persembahan di Malaysia hujung Februari ini disifatkan menghina Islam.

Perkara itu jelas melalui tatu kalimah Allah yang terdapat di dadanya seperti gambar yang disiarkan akhbar The Star.

Kehadiran penyanyi yang berusia 40 tahun itu tidak sepatutnya berlaku kerana pihak berkuasa sepatutnya memantau sebarang artis luar yang ingin membuat persembahan di negara ini.



Senarai Negara Terkaya Di Dunia - Brunei Ke-5

Unknown - 11:33


Apabila disebut negara terkaya di dunia pasti ada yang terbayang negara-negara popular seperti Amerika, Britain, Jerman dan lain-lain lagi selain dari negara-negara Timur Tengah. Tetapi ada juga kalangan negara yang kurang diberikan perhatian oleh “dunia” tetapi masih mampu berada dalam kalangan negara-negara terkaya di dunia : 

Senarai Negara Terkaya Di Dunia
  1. Qatar - KDNK per kapita lebih AS$88,000 (RM265,065)
  2. Luxembourg - KDNK per kapita lebih AS$81,000 (RM243,980)
  3. Singapore - KDNK per kapita hampir AS$56,700 (RM243,980)
  4. Norway - KDNK per kapita AS$52,000 (RM156,629)
  5. Brunei - KDNK per kapita sekitar RM48,000
  6. United Arab Emirates
  7. United States
  8. Hong Kong
  9. Switzerland
  10. Netherlands
  11. Australia
  12. Austria
  13. Ireland
  14. Canada
  15. Kuwait

Faktor Kedudukan Sesebuah Negara Terkaya Di Dunia : 

  • Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli 
  • Kuasa beli yang disesuaikan dengan KDNK telah digunakan oleh pakar ekonomi ketika membuat perbandingan, yang mana mengambil kira faktor perbezaan kos sara hidup dan kadar inflasi
Kedua-dua negara-negara jiran kita Malaysia turut sama tersenarai iaitu, Brunei dan Singapura :
  • Singapura tiada balak, tiada hasil minyak, pun masih mampu tersenarai dikalangan di negara terkaya di duni. Mereka lebih bersandarkan status Singapura itu sendiri sebagai hab teknologi, pembuatan dan kewangan.
  • Brunei ada minyak seperti Malaysia, tetapi terus mengukuh kedudukan sebagai antara negara terkaya di dunia.
  • Brunei dan Singapura tidak memerlukan istilah projek super mega tertinggi, terpanjang, tetapi masih mampu tersenarai 15 negara terkaya di dunia
  • Dua negara – satu pernah sama-sama membentuk Malaysia, dan satu lagi hampir-hampir mahu membentuk Malaysia, sudah tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia.



Tetapi apa yang membezakan negara ini dengan negara-negara yang lain. Adalah pengurusan. Bagaimana pemimpin negara tersebut menguruskan kekayaan negara mereka dan dipulangkan semula kepada rakyat untuk sama-sama “merasainya” tanpa merompak untuk kepentingan sendiri.Kalau Malaysia tak jadi yang terkaya pun takpelah, cukuplah jika :-
  • Wang yang dibawa ke pasaraya contohnya untuk dibelanjakan bagi keperluan harian “sentiasa mencukupi”. Rakyat tidak perlu merungut dek kerana pendapatan yang mereka perolehi tidak setimpal dengan harga barang yang terus melambung tinggi
  • Seluruh rakyat Malaysia sekurang-kurangnya mendapat keperluan asas yang mencukupi tidak kira duduk di kawasan bandar mahupun di pedalaman. Mereka adalah rakyat Malaysia.
Apa pandangan anda?

Diana Danielle Dan Pang Chin Fei Dapat Seluar Dalam

Unknown - 10:45
ayam



Nota tertulis ayat-ayat cinta yang ditujukan kepada artis Diana Danielle dan penyampai berita TV3, Pang Chinn Fei selain tiga ekor ayam hidup adalah antara kiriman yang diterima seorang wanita yang dikatakan mirip artis dan penyampai berita tersebut sejak dua minggu lalu sehingga hidupnya kini dalam keadaan trauma.

Bukan sekali, tetapi mangsa yang membuat laporan polis mengenainya, mendapat 4 ‘hadiah’ dalam tempoh kira-kira 2 minggu. Bimbang sesuatu yang buruk mungkin boleh berlaku ke atasnya, 2 laporan polis dibuat.



Begini kisahnya: [sumber:ondscene.my]
Mangsa merupakan seorang gadis berusia awal 20han, bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat teknologi maklumat di Kuala Lumpur.
Awal mula kejadian ini ialah kira-kira 2 minggu lalu, apabila mangsa menemui sampul surat di dalam peti surat rumahnya mengandungi sekeping nota yang dikerat bentuk hati tertulis:
DIANA DANIELLE , From Secret Admirer.
Mangsa tidak mengesyaki apa-apa, dan membuang kertas terbabit.
Selasa, 21 Februari lalu, kira-kira jam 8.30 pagi, mangsa menemui lagi sampul surat, dan apabila dibuka, terdapat sehelai seluar dalam lelaki (terpakai) di dalamnya, juga tertulis sepucuk nota DIANA DANIELLE. Seluar dalam itu juga dibuangnya.

Sabtu, 25 Februari, kira-kira jam11.45 pagi, satu bekas kacamata ditemui di dalam peti surat, dan apabila dibuka ditemui sebentuk cincin, seutas rantai tangan, 2 keping foto lelaki berukuran paspot dan nota dipotong berbentuk bulat.

daina

Di bahagian hadapan tertulis nama penyampai berita TV3, Pang Chin Fei. Di bahagian belakang, tertulis ayat “I Love U”.

Dan akhirnya, kira-kira jam 6.20 petang, sebaik mangsa tiba di rumah, dia menemui pula sebuah beg kain tergantung pada bahagian luar pagar rumahnya.

diana

Di dalamnya terdapat seekor ayam jantan dan 2 ekor ayam betina hidup dan kakinya dililit dengan pita pelekat. Berkemungkinan, lelaki di dalam kes ini selalu memerhatikan mangsa dan ‘tergila-gilakannya’ , tetapi tidak mengetahui namanya lalu menamakannya sebagai Diana Danielle.

Bagaimanapun, mungkin dia menyedari wajah gadis terbabit bukan seperti Diana Danielle, tetapi mirip Pang Chin Fei, maka dia menukar nama kepada Pang Chin Fei!!..

Dan motif ‘hadiah-hadiah’ misteri itu diberikan tidaklah diketahui, malah mungkin ada yang berandaian ia mungkin berkaitan dengan kaedah ‘spiritual’ atau memang sengaja diberikan begitu…

Sunday 26 February 2012

Video Kejam Wanita Ditolak Jatuh Ke Rel Keretapi

Unknown - 15:53


+CCTV+images+of+a+man+detectives+are+trying+to+identify+after+a+23-year-old+woman+was+pushed+onto+the+rail+tracks+at+Leicester+Square+Tube+station.


Rakaman CCTV serangan kejam terhadap seorang wanita yang disiarkan dalam dokumentari BBC Tube. 

Dalam rakaman tersebut yang berlaku pada jam 11.20 malam pada 16 September tahun lalu melihatkan seorang wanita yang berusia 23 tahun diserang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika dia berjalan di laluan pejalan kaki di steten keretapi Leicester Square Station.

Suasana di laluan pejalan kaki itu kelihatan agak sibuk dan secara tiba-tiba lelaki yang berjalan bertentangan dengan wanita tersebut menolak wanita itu jatuh ke rel keretapi.

Bagaimanapun, tindakan pantas teman lelaki mangsa yang menangkap lelaki tersebut telah menyelamatkan keadaan yang kucar kacir ketika itu. Namun, lelaki asing itu masih berlawan untuk menyerang wanita itu untuk kali yang kedua.Orang ramai yang berjalan di situ dengan pantas mengangkat wanita tersebut sebelum sempat keretapi tiba .

 

Lepas Hantu Kak Limah Nampak Hantu Pocong Pulak

Unknown - 11:40

MARANG – Sebelum ini, keluarga Mazlan Ali, 56, di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan di sini menggemparkan penduduk selepas mereka mendakwa diganggu makhluk halus yang rupanya persis watak hantu Kak Limah dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Kini, selepas hampir dua bulan cerita itu senyap daripada bualan umum, keluarga Mazlan mengalami satu lagi kejadian aneh.

Anaknya, Masliana, 32, mendakwa, dia mampu melihat makhluk halus dan mengesan penyakit pada badan seseorang yang berpunca daripada gangguan atau kehadiran makhluk halus.

Anak kedua Mazlan itu berkata, walaupun mereka sekeluarga bersyukur apabila tidak lagi diganggu, malah tiada lagi tangisan anak kecil di tengah malam, namun dia pula mengalami kejadian pelik selepas gangguan itu.

Perkara itu disedari Masliana yang juga ibu tunggal empat anak kira-kira seminggu lalu selepas dia pergi melawat seorang rakannya yang jatuh sakit, dikenali sebagai Kak Nor di Kampung Mak Kemas, Bukit Payong.

Kata Masliana, dia ke rumah Kak Nor selepas mendapat tahu rakannya itu mengalami masalah mulut kejang dan sering jatuh sakit belakangan ini.


Rasa ada orang lain dalam tubuh sendiri

“SEBAIK tiba di rumahnya, hati saya berdebar-debar. Malah, apabila berada di sisinya badan saya terasa seram sejuk dan menggeletar.

“Ketika saya menyentuh kakinya pula, saya terus menangis, secara spontan saya memberitahu bahawa dia terkena buatan orang,” katanya.

Masliana berkata, tingkah lakunya juga agak pelik dan ia seolah-olah di luar kawalan.

“Saya rasa seperti ada orang lain dalam tubuh saya.

“Paling mengejutkan, pada malam hari sama saya lihat lembaga berbungkus di luar rumah,” katanya.

Masliana berkata demi-kian ketika ditemui Sinar Harian pada majlis kenduri doa selamat dan aqiqah anak saudaranya, Nurul Badriah Mohd Syawal, empat bulan.

Majlis diadakan di rumah adiknya, Mohd Syawal, 23, selepas solat Jumaat, di sini, petang kelmarin.


Anggap ujian ALLAH SWT

MENGULAS lanjut mengenai lembaga misteri berbungkus dilihatnya itu, Masliana berkata, kelibat makhluk misteri yang dipercayai mengikutnya dari Kampung Mak Kemas itu akhirnya menghilangkan diri dalam kepekatan malam.

Makhluk dikatakan Masliana hantu pocong itu juga tidak lagi kelihatan sehingga kini.

Justeru, Masliana me-nggagap ia hanya ujian ALLAH SWT, termasuk kelebihan baru pada dirinya iaitu dapat mengesan kehadi-ran makhluk halus pada tubuh badan seseorang.

“Mungkin makhluk halus itu menunjukkan dirinya sebagai amaran agar saya tidak membantu dan memberitahu keadaan sebenar Kak Nor.

“Mungkin juga ini semua berlaku secara kebetulan kerana gangguan tidak lagi berlaku selepas hantu Kak Limah ditangkap,” katanya enggan mengulas kelebihannya yang mampu mengesan penyakit berpunca daripada gangguan makhluk halus itu.

Katanya, dia juga me-nganggap kelebihan itu kesan daripada pengalaman dilalui sepanjang tempoh diganggu hantu Kak Limah sebelum ini.


Tidak lagi diganggu

NOVEMBER lalu, keluarga ini hidup dalam keadaan tertekan selepas diganggu lembaga wanita misteri berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik.

Namun, gangguan itu berakhir selepas pengamal perubatan dari Selangor datang menawarkan khidmatnya untuk menangkap jin yang dikatakan mengganggu keluarga terbabit.

Kini, menurut Masliana, misteri hantu Kak Limah tidak lagi mengganggu keluarganya, malah anak kecil yang tinggal di kawasan rumah keluarganya tidak lagi menangis pada waktu malam seperti yang berlaku sepanjang November hingga Disember tahun lalu.

“Ia termasuk makhluk berbungkus yang saya lihat lebih kurang seminggu lalu itu.

“Makhluk itu juga tidak lagi muncul dan saya anggap semua itu sebagai ujian Tuhan terhadap saya dan berharap keadaan itu tidak berpanja-ngan,” katanya.


Syukur semuanya berakhir

BAPANYA, Mazlan juga masih tinggal bersama lima daripada lapan anaknya di kawasan seluas kurang satu hektar.

Mereka sekeluarga tinggal berasingan bersama keluarga masing-masing di lima rumah di atas tanah milik ketua keluarga itu.

Sementara itu, adik Masliana, Mohd Syawal ketika ditemui, mengucapkan terima kasih di atas segala pertolongan semua pihak dalam mengatasi masalah gangguan hantu Kak Limah sebelum ini dan berharap keadaan aman itu terus kekal.

“Kini, keluarga termasuk bapa kami (Mazlan) bersyukur apabila semuanya sudah berakhir,” katanya.

Saturday 25 February 2012

GEMPAR: Pemimpin PKR Ditangkap Khalwat

Unknown - 21:24

khalwat

KUANTAN – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Selangor ditangkap kerana dipercayai berdua-duaan bersama seorang wanita, yang dipercayai isteri orang di sebuah hotel di Balok dekat sini, awal pagi tadi.

Pasangan itu diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira jam 3 pagi.

Pemimpin berkenaan dikatakan berada di hotel itu untuk satu pertemuan bersama pemimpin PKR yang lain selama tiga hari sehingga hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz mengesahkan mengenai kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana masih menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan komen daripada pemimpin PKR berhubung kes tangkapan itu bagaimanapun gagal.

Friday 24 February 2012

SBPA: Najib Akan Umum 12 Mac?

Unknown - 00:18


PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman selepas mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan Perdana Menteri di pejabatnya di sini hari ini.

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
"Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam," katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan itu.

Omar berkata, Cuepacs sendiri akan menyambut baik apa sahaja perkara yang bakal diumumkan serta mengucapkan terima kasih di atas kesudian serta kesediaan Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan dan mendengar cadangan demi kebaikan penjawat awam.

"Pertemuan hari ini menyentuh mengenai secara keseluruhan apa tuntutan serta pandangan yang dikemukakan Cuepacs selama ini berhubung permasalahan penjawat awam termasuk mengenai isu SBPA," katanya.

Omar berkata Perdana Menteri turut menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran yang akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Mac depan. - Bernama

Akad Nikah Yusri Dan Lisa Surihani [GAMBAR]

Unknown - 00:05



gAMBAR PERNIKAHAN LISA DAN YUSRI KRU
NIKAH YUSRY DAN LISA 23/2/2012


GAMBAR MAJLIS PERNIKAHAN LISA SURIHANI DAN YUSRI ABDUL HALIM (KRU) SELAMAT BERLANGSUNG. SEKALI LAFAS AKAD NIKAH SAH LISA DAN YUSRI SEPASANG SUAMI ISTERI.

Dengan sekali lafaz, pelakon popular Lisa Surihani Mohamed (26) bersama pasangannya pengarah filem terkenal, Yusry Abdul Halim (39) sah menjadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya, tepat jam 9:01 malam tadi.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Tuan Haji Halim Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang dengan berwalikan abang sulung Lisa Surihani, iaitu Mohamed Azan Mohamen. Majlis ni dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga terapat kedua-dua pasangan pengantin ini dan wakil dari pihak media.



NIKAH
NIKAH
NIKAH
lisa dan yusri
yusry dan lisa surihani
[sumber:beautifulnara:ohbulan:rotikaya]

Wednesday 22 February 2012

'Haram sekongkol dengan Israel' - Penjelasan Nik Aziz

Unknown - 12:29


SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menegaskan, adalah haram bagi mana-mana pihak bersekongkol dengan Israel dalam apa jua bentuk hubungan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi, Nik Abdul Aziz berkata, beliau berpandangan bahawa Anwar memahami pendirian Pas yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin.

"Oleh kerana itu tidak berbangkit Pas telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat," katanya.

Sehubungan itu kata Nik Abdul Aziz, beliau yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.

Nik Abdul Aziz berkata, dengan memahami penjelasan Anwar, yang diberikan semalam, Pas kekal dengan pendirian yang telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama iaitu parti Islam itu sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel.

"Maka Pas tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian Pas ini," katanya.

Menurut Nik Aziz, bagi beliau, pendirian Pas adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestin.

"Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram.

"Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian Pas yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin," katanya lagi.

Nik Abdul Aziz dan Anwar mengadakan pertemuan di ibu negara pagi.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan kira-kira 24 jam selepas pertemuan mereka, Nik Abdul Aziz berkata, Anwar telah datang menemuinya untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal, bulan lalu.

"Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulama Pas minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.

"Majlis Syura Ulama juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama," katanya.

Nik Abdul Aziz menjelaskan bahawa pertemuan mereka telah berlangsung dalam suasana harmoni dengan Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.

Pada pertemuan itu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga hadir.
 

Wednesday 8 February 2012

Jururawat PPUM dapat Kembar 4

Unknown - 11:10


Penantian sepasang suami isteri untuk menimbang cahaya mata sejak tiga tahun lalu berbaloi apabila mereka tanpa dijangka dikurniakan bayi kembar empat.

Norbazilah Amin, 27, dan suami, Mohd. Sazalee Mohd. Hilal, 35, mendapat kembar empat tidak seiras itu yang dilahirkan pada 14 Oktober tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Thursday 2 February 2012

Seorang maut, 20 cedera diserang lebah di Pasir Putih

Unknown - 20:11
PASIR PUTEH - Seorang wanita berumur 52 tahun maut manakala 20 orang lagi cedera akibat disengat lebah dalam satu kejadian di Kampung Kandis, Gaal di sini,kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu terjadi ketika Esah Idris seorang penoreh dalam perjalanan ke kelas mengaji Al-Quran yang terletak di hadapan rumahnya.

Suami mangsa, Saidina Ali Mat, 57, berkata, pada masa itu dia terdengar jeritan isterinya meminta tolong dan dia yang berada di dalam rumah keluar mendapatkan isterinya itu.

"Saya menjerit ke arah isteri agar patah balik ke arah rumah tetapi dia terus berjalan ke hadapan,mungkin pada masa itu dia sudah tidak sedar kerana ada banyak lebah mengerumuni mukanya," katanya kepada Sinar Harian.

Esah meninggal dunia kira-kira jam 3.30petang semasa dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis (HTA) dipangkuan Saidina Ali.

Bapa Wan Manisah: 'Apa salah anak saya?'

Unknown - 20:10

KUALA TERENGGANU - Bapa kepada seorang pembantu kedai yang maut ditikam malam tadi kebingungan ingin tahu apa salah-silap anaknya sehingga  anaknya menjadi sasaran tikaman seorang lelaki.


"Kenapa buat anak saya macam ini, apa salah dia?" demikian rintihan Wan Mansor Wan Muda, 50.

Katanya anak sulungnya itu, Wan Manisah, 27, seorang yang baik dan anaknya tidak bermusuh dengan sesiapa.

Wan Mansor yang ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) jelas sugul dan terkejut dengan kejadian yang menimpa kakak kepada 12 beradik itu sehingga mengasingkan diri daripada anggota keluarga yang lain.


Ibu mangsa, Noorainie Yusof, 45, berkata kali terakhir dia bercakap dengan anaknya yang lebih mesra dengan paggilan Kak Long itu kira-kira pukul 5 petang semalam semasa mangsa menghubunginya untuk memberitahu tidak dapat pulang hari ini tanpa memberikan sebarang alasan.

"Semalam Kak Long menelefon dan memaklumkan tidak jadi balik ke kampung di Durian Mas, Dungun dan memberitahu tidak perlu menjemputnya namun dia tak beritahu kenapa dia tak dapat balik," katanya.

Noorainie tidak menyangka itu adalah perbualan terakhir dan petanda Wan Manisah akan meninggalkan mereka semua buat selama-lamanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, Wan Manisah ditikam seorang lelaki tidak dikenali yang dipercayai kurang siuman ketika sedang berbual bersama tiga rakannya di kedai kain yang terletak di Jalan Kampung Daik di sini.
Mangsa dikatakan menegah lelaki itu yang meluru masuk untuk ke tingkat kedai menyebabkan lelaki itu berang lalu bertindak memeluk mangsa dari belakang sebelum memukul dan menikam belakang Wan Manisah.

Lelaki itu turut menyeret mangsa kira-kira lima meter ke bahagian dalam, namun mangsa berjaya melarikan diri ke belakang kedai sebelum pengsan. Mangsa disahkan meninggal dunia pukul 2.05 pagi ini ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan HSNZ.

DAP Persoal Keimanan Hassan Ali

Unknown - 09:44


SHAH ALAM – Seorang pemimpin kanan DAP mempersoalkan ‘keimanan’ bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kerana tindakannya melempar tuduhan yang dianggap melulu terhadap Pakatan Rakyat (PR).


Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, jika Hasan seorang yang baik dan beriman, beliau tidak menuduh PR bercita-cita, mahu menjadikan Malaysia negara republik, sekali gus menggugurkan Perkara 153 Perlembagaan Negara yang menjamin hak dan keistimewaan orang Melayu.

“Tuduh itu tidak logik, jauh panggang dari api. Dia hanya mahu mengapi-apikan sentimen rakyat supaya membenci PR,” tegasnya.

“Sekarang dia cakap ikut sedap mulut saja, tipu orang sana sini, seolah-olah dia tahu semua perkara. Orang macam ini tak boleh pakai sebab suka menipu,” katanya Ahli Parlimen Kepong itu.

Menurutnya, jika Hasan seorang yang beriman, beliau tidak akan melemparkan tuduhan melulu serta tidak berasas terhadap orang lain.




“Saya mewakili DAP menafikan tuduhan beliau. Kita semua tahu kenapa dia dipecat.

“Kalau Pas sendiri pecat Hasan, kita pun tahu Hasan jenis orang macam mana dan sekarang siapa dia untuk bercakap tentang Pas? Beliau tidak ada jawatan lagi dalam Pas dan kenyataannya tidak menggambarkan kenyataan parti itu,” tegasnya.

Seng Giaw berkata, bukan sahaja Pas, malah DAP dan PKR juga berjuang pertahankan Perlembagaan Negara.

“Hasan hendak cari populariti sebab itulah tuduh kami macam-macam. Sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, keutamaan kami adalah mempertahankan kedaulatan undang-undang, bukan meminda.” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, Hasan tidak layak bercakap mengenai hal itu kerana beliau anggota Pas.

“Saya tidak mahu ulas lagi mengenai dakwaan, kononnya PR berhasrat menggugurkan Perkara 153 dan menubuhkan negara republik.

“Kalau hendak tahu lagi mengenai perkara ini, tanya Hasan sahaja. Saya tidak mahu cakap,” katanya.

Menurutnya, sebagai bekas ahli Pas, kenyataan Hasan tidak patut diulas oleh pemimpin parti itu.

Rusuhan bola sepak di Mesir 74 maut

Unknown - 09:39
KAHERAH: Sekurang-kurangnya 74 orang terbunuh dan 248 cedera selepas peminat bola sepak bersesak turun ke padang selepas kecewa dengan pasukan tuan rumah yang kecundang di tangan kelab Mesir di bandar Port Said di sini, semalam.


Bagaimanapun, anggota polis anti rusuhan gagal mengawal keadaan dan mengakibatkan rusuhan itu bertambah buruk.

Insiden berkenaan adalah peringatan terhadap keselamatan yang kian merosot di negara paling ramai penduduk di dunia Arab itu selepas hampir setahun kejatuhan rejim Hosni Mubarak.

Rusuhan yang berlaku selepas perlawanan di antara pasukan tuan rumah, Al-Masry dan pasukan dari Kaherah, Al-Ahly itu adalah insiden keganasan terburuk dalam sejarah bola sepak Mesir dan paling dasyat di dunia sejak 1996.

Sementara itu, salah seorang pemain berkata, "Ia seperti dalam peperangan". - AP

Wednesday 1 February 2012

Safee Sali Bakal Sertai Johor ?

Unknown - 10:23


ITU teka-teki yang timbul mengenai penyerang prolifik Negara, Safee Sali yang dikhabarkan bakal disunting pasukan Johor.

Malah lebih hebat lagi Safee juga dikatakan turut ditawarkan gaji bulanan bernilai AS$15,000 (RM45,752) oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Pengurus Safee Sali, Zakaria Ibrahim ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan ada menerima tawaran untuk bermain dengan PNBJ, yang kini dibawah kepimpinan baru kendalian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

"Safee sendiri akan mengumumkan keputusannya berhubung perkara tersebut esok (hari ini) di Cilandak Square, Jakarta Selatan, pada pukul 11 pagi.

Apa sahaja yang akan diumumkan atau diputuskan oleh Safee, diharap semua pihak menerimanya dengan berlapang dada dan seadanya," katanya.

Sekiranya Safee memilih untuk bersama skuad Johor, pemain sensasi negara itu bukan sahaja mencipta sejarah tersendiri dengan menjadi pemain termahal yang pernah di beli PBNJ tetapi sekali gus menjadi pemain termahal dalam arena bola sepak Malaysia.

Difahamkan, proses perundingan dan perbincangan akan dilakukan dalam masa terdekat bersama pihak PBNJ bagi membolehkan Safee beraksi bersama pasukan Jengking dalam perlawanan akan datang.

Pemilihan penyerang berusia 28 tahun itu di jangka dapat memberi suntikan buat pasukan Jengking yang kini dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri itu selaras dengan tampuk kepimpinan baru dibawah kendalian Tunku Mahkota Johor.

Dalam perkembangan lain, melalui laman Facebook rasmi Safee semalam, pengumuman yang berlangsung pagi ini akan merungkaikan segala spekulasi dan ramalan banyak pihak kebelakangan ini.

Safee sebelum ini menerima tempias dan berkemungkinan tidak boleh mewakili pasukan kebangsaan Malaysia berikutan kemelut bola sepak Indonesia kerana pengharaman Liga Super Indonesia (ISL) oleh FIFA menyebabkan semua pemain, jurulatih dan pegawai yang terlibat dalam liga profesional Indonesia itu, turut berstatus haram.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin sebelum ini pernah memberi peringatan kepada Safee agar peka dengan keadaan semasa yang berlaku dalam ISL demi masa depan kariernya.
 

Mangsa serakah sepupu dirogol 15 kali

Unknown - 09:50


KEMAMAN – Gara-gara berajakan nafsu binatang, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun tergamak menjadikan sepupunya yang masih bersekolah rendah sebagai hamba seks dengan merogolnya sebanyak 15 kali sejak dua tahun lalu dalam kejadian di sebuah kawasan Felda di Air Putih, dekat sini.

Dalam tempoh dua tahun itu juga lantai rumah bahagian dapur bersebelahan meja makan menjadi tempat remaja terbabit melampiaskan nafsunya ketika bapa, nenek dan ahli keluarga lain nyenyak tidur diulit mimpi.

Namun perbuatan terkutuk remaja itu akhirnya terbongkar apabila bapa suspek sendiri melihatnya anaknya itu sedang memperkosa anak saudaranya yang berusia 12 tahun ketika dia mahu ke dapur dan membuka lampu dapur dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam Ahad lalu.

Berang dan terkejut dengan perlakuan itu, bapa suspek memukul suspek dan sejurus berita buruk itu diberitahu ibu mangsa berumur 42 tahun menetap di Johor, ibu mangsa segera pulang sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Air Putih pada jam 1.06 tengah hari kelmarin dan melakukan pemeriksaan di Hospital Kemaman.

 Difahamkan, mangsa dan suspek dijaga nenek kandung mereka berusia 60 tahun dan tinggal di rumah itu bersama bapa suspek dan seorang lagi bapa saudara.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, berdasarkan hasil soal siasat mangsa mengakui dalam kejadian malam Ahad lalu dia yang sedang mengemas buku di dalam bilik secara tiba-tiba didatangi sepupunya yang kemudian mengajaknya ke bahagian dapur lantas lampu dapur ditutup lalu mengajak mangsa melakukan seks sebelum perbuatan terkutuk itu disedari bapa suspek sendiri.

Hasil soal siasat, mangsa mengakui telah dirogol oleh sepupunya sebanyak 15 kali sejak dia berusia 10 tahun hingga menyebabkannya ketagihan seks dan perkara itu tidak diketahui sesiapa.

Menurutnya, bertindak daripada laporan dibuat, polis menyerbu rumah berkenaan tetapi gagal menangkapnya kerana suspek terlebih dahulu melarikan diri bersama pakaian mangsa iaitu seluar dalam, seluar dan baju dipakai ketika mangsa dirogol kali terakhir.

Katanya, sehubungan itu suspek kini sedang diburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat,” katanya.

Ana Raffali Dan Naim, nikah 25 Feb 2012

Unknown - 01:09


KUALA LUMPUR – Desas desus mengenai penyanyi Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali bakal menamatkan zaman bujang dalam tempoh terdekat, akhirnya terungkai sudah.

Pada sidang media khas di sini petang ini, Ana atau nama sebenarnya, Ana Nur Hidayah Mohd Raffali mengumumkan bahawa majlis pernikahan akan berlangsung di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 25 Februari ini.

Menurut Ana, jejaka yang berjaya mencuri hatinya merupakan teman baiknya sendiri dikenali pada 2005 iaitu Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim, 30.

“Naim ialah seorang jurugambar dan kami berkenalan melalui sepupu saya. Secara kebetulan, saya memang minat bidang fotografi.

“Disebabkan minat yang sama, kami semakin serasi. Namun, ketika itu Naim tidak mengetahui bahawa saya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan penciptaan lagu,” katanya yang turut ditemani Naim dalam sidang media itu.

Turut hadir ialah ibu Ana, Halijah Rashid, bapa Naim, Abdullah Mat dan ibunya Adilah Abd Mutalib.

Ana berkata, sikap Naim yang penyabar membuatkan dia tertarik dengan jejaka pilihannya itu dan secara tidak langsung membuka hatinya untuk lebih serius dalam hubungan tersebut pada 2008.


Murid Maut Dipanah Petir, 4 Termasuk Guru Cedera

Unknown - 00:23


KUALA KANGSAR – Seorang pelajar maut manakala empat lagi termasuk seorang guru cedera dalam tragedi panahan petir di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Mazuin di sini, petang ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa yang terkorban, Muhammad Syafiq Mohd Tajul Ariffin, 11, bersama tiga rakan dan seorang guru baru sahaja selesai menjalani latihan memanah.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superitendan Abdul Gaffar Mohammad berkata, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Menurutnya, tiga lagi rakan mangsa berusia 10 hingga 12 tahun dan seorang guru dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Difahamkan ketika kejadian cuaca hujan dan mangsa bersama rakan-rakan masih lagi berada di padang selepas selesai menjalani latihan.

“Mayat mangsa yang berasal dari Kampung Pakri dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat dan kematian disebabkan oleh 'lightning injury'.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini masih lagi dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.


Next Previous
UTAMA