Show Mobile Navigation

Tuesday 31 January 2012

Penyamun minta hidang nasi selepas pecah rumah

Unknown - 09:24
KUALA TERENGGANU - "Hidang aku nasi" itulah permintaan seorang penyamun selepas memecah masuk ke dalam rumah seorang pembantu veterinar di Kampung Bukit Payung, Besut di sini, pagi kelmarin.

Bagaimanapun ketika penyamun itu sedang asyik menjamu selera, anak perempuan pemilik rumah itu sempat melarikan diri ke rumah jiran berdekatan dan menelefon bapanya bagi memaklumkan kejadian tersebut dan seterusnya membuat laporan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, suspek yang bersenjatakan sebilah parang telah memecah masuk ke rumah berkenaan dan mengugut anak perempuan pemilik rumah yang ketika itu tinggal berseorangan supaya menyerahkan semua barang berharga.

"Mangsa 21 tahun yang dalam keadaan ketakutan kemudian terus menyerahkan dua utas gelang emas yang dipakainya.

"Selepas mendapat barang kemas itu suspek kemudian meminta mangsa menghidangkannya nasi, namun mangsa menyuruh suspek mengambil sendiri nasi di dapur sebelum mengambil peluang melarikan diri ke rumah jiran untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Menurut Manoharan, tidak lama selepas itu bapa mangsa tiba bersama beberapa anggota polis, namun suspek bersama seorang rakannya yang menunggu di dalam kereta berjaya melarikan diri.

Katanya, hasil siasatan yang dijalankan, polis telah menahan seorang lelaki berusia 21 tahun kira-kira jam 8 malam hari yang sama di Jalan Pasir Akar dan hasil soal siasat, seorang lagi suspek berjaya ditahan.

"Kita berjaya menahan suspek utama yang berusia 29 tahun kira-kira sejam kemudian di Kampung Bukit Payung dan hasil penahanan kedua-dua suspek itu polis berjaya merampas parang yang digunakan dalam kejadian itu," katanya.
Bagaimanapun dua utas gelang emas yang disamun itu telah diserahkan kepada rakan wanitanya untuk dijual.

"Kita telah menelefon keluarga wanita berkenaan memaklumkan kejadian itu sebelum wanita berusia 28 tahun itu tampil menyerahkan diri di Balai Polis Jerteh kira-kira jam 10.30 pagi tadi dan hasil siasatan yang dijalankan wanita itu mengakui telah menjual gelang emas yang bernilai RM800 itu di sebuah kedai emas di Jerteh.

"Polis telah pergi ke kedai emas berkenaan pagi tadi dan menahan seorang  jurujual yang berusia 31 tahun bagi membantu siasatan, bagaimanapun jurujual berkenaan memaklumkan barang kemas itu telah diserahkan kepada pemilik kedai dan kita akan membuat tangkapan ke atas pemilik kedai berkenaan," katanya.

Manoharan berkata, kedua-dua suspek yang positif dadah jenis methamfetamine itu direman selama seminggu dari semalam  bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana merompak menggunakan senjata. - Bernama

Duta Palestin Terkejut Kenyataan Anwar Ibrahim Sokong Keselamatan Israel

Unknown - 00:24


KUALA LUMPUR – Duta Palestin ke Malaysia Abdelaziz Abughoush menyifatkan sebagai “pelik dan ganjil” kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel.

“Kami terkejut dan terperanjat dengan kenyataan pelik itu bahawa beliau menyokong keselamatan Israel,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abughoush berkata oleh kerana Palestin menjadi isu utama bagi semua umat Islam, dan Malaysia pula menjadi pendokong utama sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, maka adalah pelik dan ganjil apabila seorang pemimpin beragama Islam dari negara ini membuat kenyataan demikian.

“Kami tak tahu siapa sebenarnya yang memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear sert angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih.

“Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk, yang mencabuli undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah,” katanya.

Abughoush mengucapkan terima kasih kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kerana menyatakan pendirian kerajaan Malaysia tentang perkara itu.

“Kami yakin kerajaan dan rakyat Malaysia yang berbudi tinggi akan terus memberi sokongan padu kepada rakyat Palestin serta perjuangan suci mereka,” katanya.

Dalam kenyataannya pada Ahad, Anifah berkata tindakan yang disifatkan oleh Israel sebagai langkah yang perlu diambilnya untuk memelihara keselamatan negara itu termasuk melancarkan serangan besar-besaran terhadap Gaza; menangkap dan menahan rakyat Palestin tanpa bicara; membunuh rakyat Palestin termasuk pemimpin mereka melalui serangan misil dan bom; dan melaksanakan dasar bersifat menindas dan menekan rakyat Palestin seperti merampas rumah mereka dan membenarkan rakyat Israel membina penempatan haram di tanah milik penduduk Palestin.

Beliau berkata kerajaan Malaysia bukan saja tidak pernah menyokong sebarang tindakan-tindakan itu, malah berganding bahu dengan masyarakat antarabangsa untuk mengkritik dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang jelas mencabuli undang-undang antarabangsa.- Bernama

Monday 30 January 2012

Nora Danish Bercinta Dengan Pelajar Kolej?

Unknown - 13:44


Agak susah untuk kami bertemu mata dengan aktress comel Nora Danish dek kerana beliau sendiri lebih sibuk dengan kerjaya.

Berkata kepada wartawan ketika menghadiri majlis anugerah PPMH 2011/12, Nora Danish kini sedang sibuk dengan drama & beberapa tawaran filem yang ada.

Tidak boleh lari dari soalan yang berbaur peribadi, Nora Danish di’ajukan soalan akan isu kahwin Rizal Ashram dan Fasha Sandha yang kembali hangat.

Pantas Nora Danish menjawab yang beliau tidak mahu berikan apa apa komen berkaitan isu perkahwinan mereka dan juga tidak mampu memberikan jawapan sama ada akan hadir ke majlis perkahwinan mereka jika di’jemput.

Terkejut dengan satu soalan dari wartawan, Nora Danish menafikan yang beliau kini sedang bercinta dengan seorang pelajar kolej seperti yang di’dakwa dan tidak pernah mengenali sesiapa di’kolej.

KPN Tan Sri Ismail Omar Meninggal - PDRM Nafi

Unknown - 11:37

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengeluarkan kenyataan bagi menafikan khabar angin Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar telah meninggal dunia awal pagi ini di London.

Khabar angin berhubung kematian Ismail tersebar pukul 3 pagi ini melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial. – UTUSAN

Gambar Artis Blue Carpet AJL 26

Unknown - 10:48



  
GAMBAR BLUE CARPET ANUGERAH JUARA LAGU 26:AJL 26 berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Hafiz yang membawakan lagu Awan Nano Ciptaan M.Nasir dan Budi yang merangkul hadiah wang tunai RM35,000 serta trofi .
 
Naib juara AJL26 dimenangi oleh lagu Beribu Sesalan nyanyian Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah gubahan Kevin Chin dan Tinta, manakala tempat ketiga pula diraih lagu Karma nyanyian Faizal Tahir hasil ciptaan Audi Mok serta Faizal Tahir.

Naib juara mendapat hadiah wang tunai RM15,000 dan tempat ketiga menggondol RM12,000, manakala Alyah merangkul RM10,000 dengan anugerah Persembahan Terbaik melalui lagu Kisah Hati dan anugerah Vokal Terbaik dengan hadiah RM10,000 pula menjadi milik Hafiz. Berikut beberapa gambar artis blue carpet di Anugerah Juara Lagu Ke26.
neelofa ajl26

gambar \neelofa ajl26 . neelofa . gambar shila hamzah ajl26 . ajl26 . ajl26 . ajl26 . ajl26 . ajl26 . ajl26 . ajl26 . ajl26 . ajl26 . siti nurhaliza ajl 26 . ajl26

Lagi Gambar:-DISINI

500 Orang Serbu Ustaz Don

Unknown - 09:28



SHAH ALAM – Penantian pengunjung dan peminat setia Ustaz Don di gerai TV Al-Hijrah tidak sia-sia, apabila ustaz pujaan ramai itu muncul di pekarangan karnival petang, semalam.

Hampir 500 pengunjung berasak-asak di dalam dan luar khemah tersebut hanya untuk melihat sendiri dan mendengar tazkirah yang disampaikan Ustaz yang popular dengan rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don.

Seorang penonton setia rancangan tersebut, Amin Hashim, 18, mengakui meminati gaya penyampaian Ustaz Don yang begitu bersahaja.

“Cara penyampaian beliau berbeza berbanding penceramah lain. Beliau lebih dekat dengan masyarakat terutama golongan belia.

“Penyampaian beliau dengan gayanya tersendiri mampu memikat kami untuk mendengar tazkirahnya hingga ke penghujung,” katanya.

Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Danial Don Biyajid hadir menyampaikan tazkirah bertajuk ‘Cinta Rasul’.

Sunday 29 January 2012

Gambar Bayi Tanpa Kepala

Unknown - 13:54


AMPANG - Mayat bayi mengerikan tanpa kepala dan putus sebelah kakinya ditemui seorang lelaki ketika menjala ikan di sebatang sungai, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mayat bayi itu ditemui kira-kira jam 1 petang berhampiran kawasan perumahan­ di Kuala Ampang.
 
“Bayi itu ditemui tersangkut pada celah-celah batu di tebing sungai berhampiran dengan kilang elektronik, ketika ditemui, mayat bayi tanpa pakaian itu dalam keadaan tertiarap dan telah hampir reput,” katanya.
 
Setakat ini, beliau berkata, jantina bayi itu masih belum dikenal pasti, pemeriksaan unit forensik polis mendapati, mangsa tidak berkepala dan kaki kanannya juga tiada.
 
“Mangsa dipercayai dibuang di lokasi lain dan dihanyutkan arus sungai sebelum dijumpai, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat,” katanya.

Polis Kenal Pasti Pasangan Tawar Tukar Baucar BB1M Dengan Tunai

Unknown - 00:19


SHAH ALAM 28 Jan. – Polis telah mengenal pasti pasangan yang mendekati penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah dan menawarkan untuk menukar Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) mereka dengan tunai. 

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, polis juga mengenal pasti dua kedai buku di Kota Bharu, Kelantan yang dipercayai melakukan perkara serupa.

"Polis kini menyiasat universiti tempatan iaitu Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhubung dakwaan terdapat beberapa pihak yang mengiklankan melalui Internet meminta penuntut menjual atau melelong baucar buku mereka yang bernilai RM200 untuk mendapat tunai segera.

"Ketika ini, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan majalah ”Auto Maskulin” di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 tahun lepas, mengumumkan kerajaan akan memberi baucar buku RM200 kepada semua penuntut Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta pelajar matrikulasi atau Tingkatan Enam, dan ia tidak boleh ditukar dengan tunai. – BERNAMA

Keputusan Penuh Liga Super 29/1/2012

Unknown - 00:09


Perlawanan Liga Super berlangsung sebentar tadi.Berikut merupakan keputusan penuh liga super malam ini

29 Januari 2012

Kelantan (3) vs Kuala Lumpur(0)

Lion XII (0) vs Terengganu (1)

Felda United (1) vs Perak(2)

T-Team (1) vs Selangor (2)

Kedah (1) vs Johor FC (3)

Sarawak (2) vs Negeri Sembilan (2)


28 Januari 2012

-PKNS (2) vs Sabah (2)

Saturday 28 January 2012

Rela Dirogol Untuk Elak Anak Dibunuh

Unknown - 17:47


KUALA LUMPUR: Serah tubuh atau dua anaknya dibunuh. Itulah pilihan yang diberikan seorang penyamun kepada wanita berusia 32 tahun ketika suspek memecah masuk sebuah taska untuk menyamun dalam kejadian di Bukit Puchong, di sini, awal pagi, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai pembantu taska di premis berkenaan terpaksa ‘merelakan’ tubuhnya diratah suspek demi memastikan keselamatan dua anaknya berumur dua dan tiga tahun.

Difahamkan, mangsa baru bekerja di premis berkenaan sejak sebulan lalu dan turut menetap di taska itu.

Malah, mangsa mendakwa kejadian menimpanya itu bukanlah pertama kali berlaku kerana insiden sama pernah menimpa bekas pekerja taska itu beberapa bulan lalu.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Hadi Awang Tawar Tak Tanding - 'Sudah lama jadi YB',

Unknown - 14:03


MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul hadi Awang mungkin tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13), yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.

“Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Abdul Hadi berkata, sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti. Bagaimanapun, Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam PRU13 nanti.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian dalam satu temu bual eksklusif ketika ditemui di rumahnya selepas menyampaikan ceramah di Masjid Rusila, Marang, di sini.

“Terpulang kepada parti untuk menilai kerusi mana yang sesuai untuk saya sama ada Dun atau Parlimen,” katanya yang menyerahkan kepada keputusan parti untuk menentukan sama ada beliau bertanding atau sebaliknya.

Beliau menganggap ramai pemimpin pelapis dalam parti itu yang boleh membantu membawa hala tuju parti pada masa depan. Katanya, pembabitannya dalam politik sezaman dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya kebetulan mengikuti parti sejak zaman Tun, zaman generasi kedua (Pak Lah) sampailah kini. “Saya diberi amanah kepimpinan dan kerusi pada usia terlalu muda, saya menjadi Naib Presiden dalam usia 30-an, sudah terlalu lama,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menolak desas-desus anaknya Mohammad Khalil Abdul Hadi, 30an, bakal dicalonkan dalam PRU13. “Biar dia jadi ahli biasa buat masa ini,” katanya.





















Bayi Setahun Gigit Kepala Ular

Unknown - 09:58


BAITULMAQDIS 28 Jan. – Seorang bayi berusia setahun mengejutkan ibunya apabila dia menggigit kepala ular yang masuk ke dalam rumahnya di timur bandar pelabuhan Haifa, semalam.

Ghadir Aleeyan berkata, dia berasa amat terkejut selepas melihat terdapat kepala ular sebesar 30 sentimeter dalam mulut anaknya, Imad Aleeyan.

“Ketika kejadian, saya sedang membancuh susu untuk Imas dan ternampak kepala ular di dalam mulutnya,” katanya. – AFP

Sara 1 Malaysia Tawar Pulangan 32.16% Setahun

Unknown - 09:41


KUALA LUMPUR 27 Jan. – Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia), yang baharu dilancarkan dan diuruskan oleh syarikat tujuan khas, Malaysian Development Holdings Sdn Bhd (MDHSB), akan menawarkan pulangan pelaburan (ROI) 32.16 peratus setahun.

“Daripada ROI 32.16 peratus setahun itu, pulangannya RM134, di mana RM84 akan dibayar kepada bank. Jadi, untung yang akan dapat adalah RM50 sebulan,” kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman. MDHSB hari ini menjalin perjanjian dengan Malayan Banking Bhd, CIMB Bank Bhd, RHB Bank Bhd dan Bank Simpanan Nasional bagi mengagihkan pinjaman pelaburan kepada pemohon yang layak.

SARA 1Malaysia, yang dilaksanakan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB), adalah satu unit pelaburan amanah hibrid produk pinjaman, yang bermatlamat menggalakkan kumpulan berpendapatan rendah dengan pendapatan kasar antara RM500 dan RM3,000 sebulan untuk berjimat dan melabur.

Pembiayaan yang ditawarkan berjumlah RM500 juta dengan sasaran 100,000 peserta isi rumah.

Peserta yang layak yang bukan penerima manfaat skim khas yang lain dari kerajaan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd, boleh memohon pinjaman pelaburan RM5,000 yang akan dilaburkan di dalam Amanah Saham 1Malaysia dengan pembayaran balik minimum lima tahun.

Bercakap selepas majlis menandatangan perjanjian itu, Hamad Kama Piah berkata, kadar faedahnya dianggarkan minimum 12 peratus setahun.

Beliau berkata, skim baharu itu bukan “skim cepat kaya” tetapi satu skim untuk mendidik dan membantu kumpulan berpendapatan rendah untuk melabur kerana mereka tidak berupaya di segi kewangan.

“Kalau skim ini skim cepat kaya, bagi kepada orang kaya sahajalah. Orang yang pinjam tidak perlu bayar faedah satu sen pun dan selepas tempoh pinjaman, jika duit tidak digunakan, mereka akan mendapat RM13 000.” “Bagi yang tidak mempunyai slip gaji, mereka perlu menyediakan surat pengesahan gaji dari pihak berkaitan,” kata Hamad Kama Piah.

Katanya, kerajaan akan menyediakan RM100 juta di dalam bentuk subsidi kepada SPV bagi membayar kadar faedah kepada institusi kewangan yang mengambil bahagian.

Dana itu akan dibuka kepada permohonan mulai Isnin dan akan dilanjutkan untuk tempoh setahun atau sehingga dilanggani sepenuhnya.

Para pemohon perlu menyediakan dokumen asal dan pendua, iaitu kad pengenalan (dua salinan), kad pengenalan pasangan (satu salinan jika berkahwin) dan dokumen pengesahan pendapatan (satu salinan).

Bagi pemohon dan/atau pasangan yang bekerja perlu menyediakan kenyataan pendapatan atau kenyataan bank terbaharu bagi tempoh tiga bulan. — BERNAMA

Video baru 'Datuk T': Saya tak tahu, kata Najib

Unknown - 01:14


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak tahu menahu mengenai satu video baru yang didakwa melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya dalam sidang media lewat malam ini, Najib juga berkata perkara itu sepatutnya ditanya kepada Datuk T yang membuat dakwaan itu.

"Saya tak tahu, kena tanya dialah, jangan tanya saya," katanya.

Ditanya sekiranya beliau telah menonton video tersebut, Najib juga berkata beliau tidak tahu.

"Saya tak tahu. Saya tak ada makluman... Pasal video (pula) tengah-tengah malam ini," katanya lagi yang ketawa besar.

Semalam, 'Trio Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".

Dalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu - Utusan Malaysia - salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim (kanan), berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

Shuib berkata beliau sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah.

Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T, termasuk bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac lalu, adalah bukan Anwar.

Sementara itu, Bernama melaporkan, bercakap dalam sidang akhbar yang sama, Najib berkata Umno akan menimbang kemungkinan menggerakkan Jawatankuasa Disiplin parti sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan bagi memantau dan mengambil tindakan lebih awal terhadap mana-mana ahli yang didapati melakukan perbuatan khianat atau curang terhadap parti.
  
Beliau yang juga presidennya Umno berkata ini merupakan kali pertama Umno melaksanakan langkah tersebut kerana sebelum ini Jawatankuasa Disiplin hanya digerakkan selepas pilihan raya berakhir .
  
"Ada cadangan jawatankuasa ini digerakkan lebih awal agar ia boleh memerhati dan mengambil tindakan awal jika ada jentera parti yang melanggar peraturan dan etika.
  
"Dalam setiap pilihan raya memang ada masalah terutamanya dalam parti besar...ini bukan perkara baru. Mesti ada kelakuan yang bertentangan. Mungkin ada yang tak dapat jadi calon tidak puas hati, malah tindakan penyokongnya juga boleh merosakkan parti.
  
"Jadi eloklah kita ambil tindakan awal pastikan disiplin parti terpelihara,"
 katanya .

Perdana Menteri berkata Jawatankuasa Disiplin merupakan satu mekanisme yang sedia wujud dalam parti dan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap sebarang salah laku dalam parti.

"Kita tak nak berlakunya sesuatu selepas pilihan raya kerana kesan sudah berlaku...jadi lebih baik kita bersikap proaktif. Ini mekanisme yang ada pada kita. Kalau ada apa-apa, jawatakuasa yang akan ambil tindakan. Apa-apa tindakan akan ada proses yang adil. Apa-apa aduan akan bawa kepada jawatankuasa," katanya.
  
Mengenai persiapan parti menghadapi PRU ke-13, Najib berkata jentera parti berada dalam keadaan bersedia namun mengingatkan langkah-langkah berterusan harus ditingkatkan untuk memastikan segala tugas dan arahan yang diberikan dilaksanakan sepenuhnya.
  
Dalam pada itu, Najib berkata mesyuarat itu turut membincangkan
 mengenai keberkesanan perjalanan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di mana ahli parti bersetuju proses penentuan perlu dilakukan untuk memastikan semua yang layak mendapat faedah dan tidak ada yang tertinggal daripada menerima bantuan tersebut.
  
Menerusi program BR1M, yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 pada Oktober lepas, bantuan kewangan RM500 akan diberikan kepada isi rumah erpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah bagi meringankan beban rakyat berpendapatan rendah.
  
Beliau berkata mesyuarat turut bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk mengkaji semula perlaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi memastikan pelaksanaannya memberi kepuasan penuh kepada semua pegawai dan kakitangan awam.

Anwar tetap mahu debat dengan Najib

Unknown - 01:07



SABAK BERNAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan idea berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagaimana disarankan oleh Merdeka Center berdasarkan penemuannya baru-baru ini.

Sehubungan itu kata Anwar, debat yang disyorkan wajar bagi menjawab persoalan-persoalan  yang ditimbulkan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

“Masing-masing buat tuduhan, kita tuduh Barisan Nasional rasuah dan gagal tadbir negara, BN tuduh kita tidak tahu urus ekonomi, tuduh Anwar jadi alat DAP, masing-masing ada pendekatan dan kita cadang debat.

“Apa yang kita sebut, kita pertahankan, itu sebabnya kita perlu debat. Insya-Allah kita menang dan dapat tawan Putrajaya,” kata beliau pada Program Mesra Rakyat Bersama Penasihat Ekonomi Selangor di Stadium Sabak Bernam di sini, semalam.

Hadir sama dalam siri ceramah itu Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin; pakar perlembagaan, Prof Dr Aziz Bari; Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim dan Yang Dipertua Pas Sabak Bernam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor, Sallehen Mukhyi.

Ketika dihubungi Sinar Harian Online awal minggu ini, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang wajar mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.

Menurut Ibrahim, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan.

"Maklumat ini, kami peroleh hasil perbincangan dengan kumpulan profesional Melayu baru-baru ini, mereka mahu kedua-dua Anwar dan Najib mengadakan debat, membincangkan isu-isu yang besar, isu rakyat dan isu negara... bukannya isu-isu peribadi tetapi lebih kepada kepentingan rakyat.

"Saya nampak seolah-olah ada satu perubahan dalam kehendak dan keinginan di kalangan rakyat, mereka mahu satu budaya baru, diadakan debat (seperti di negara-negara lain), daripada kempen memburuk-burukkan satu sama lain," kata Ibrahim.

Bagaimanapun, dalam reaksinya Umno berpendapat bahawa cadangan debat terbuka antara Najib dan Anwar bagi membincangkan beberapa isu dianggap tidak sesuai untuk dilaksanakan.

Dalam reaksinya semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, debat antara Najib dan Anwar tidak perlu diadakan kerana tidak mengubah pendirian masing-masing.

Sementara itu, PKR mengalu-alukan idea agar diadakan satu debat terbuka antara Najib dan Anwar kerana pendekatan sedemikian perlu bagi menyuburkan budaya membahas dan membincangkan isu-isu menyentuh kepentingan rakyat dari semasa ke semasa secara konstruktif, membabitkan pemimpin-pemimpin negara.

Dalam ceramahnya malam tadi, Anwar juga mengulangi janji yang dibuat sekiranya dapat menawan Putrajaya.

"Hari ini kita tawan Putrajaya, esok harga minyak turun. Dua minggu selepas kita tawan Putrajaya, kita akan minta cara untuk turunkan kadar elektrik,” katanya.

“Rakyat mampu membuat pilihan, BN pernah perintah Selangor, PR masuk empat tahun perintah Selangor dan rakyat perlu diberikan peluang untuk membuat pilihan," kata Anwar lagi.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR memberitahu, derita rakyat perlu diatasi begitu juga dengan rasuah dan penindasan.

"Sebab itulah kita kata rakyat ada pilihan. Rakyat mesti bangkit tentukan masa depan mereka,” katanya.


Friday 27 January 2012

Gaji Kakitangan Awam Februari Dibayar Berdasarkan SSM

Unknown - 13:53

KUALA LUMPUR – Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), selepas kerajaan 
memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan. 

Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan pembayaran baki perbezaan gaji Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Januari ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Januari.

“Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat selepas semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012,” menurutnya.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA. – BERNAMA

Jual baucer buku, KPT serah pada polis

Unknown - 09:42



PUTRAJAYA - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan pelajar institut pengajian tinggi menjual atau melelong Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) menerusi Internet.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau kesal atas tindakan mahasiswa yang dikatakan tidak jujur.

"Pelajar cakap kerajaan tidak baik, tidak jujur, tidak baik, tidak ikhlas sekarang mereka pulak yang mainkan peranan itu, cakap pasal orang lain pandai.

"Saya sangka semua baik, jujur... bila kerajaan beri bantuan gunalah sebaiknya, hargai," katanya pada sidang media selepas majlis Amaanat Tahun 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Beliau berkata, hebahan menjual BBIM  yang banyak di laman-laman web sudah mula diturunkan.

"Siasatan akan dijalankan oleh pihak polis, dan mungkin mereka yang terbabit boleh dikenakan di bawah Kanun Keseksaan," katanya.

Terdahulu terdapat segelintir pelajar yang menerima bantuan BB1M daripada kerajaan bertindak menjualnya di laman sosial dengan harga di antara RM150 hingga RM200.

Kementerian telah memberikan amaran berhubung dengan kegiatan itu, dan akan merampas baucer berkenaan sekiranya ada pelajar yang cuba menyalahgunakan termasuk menjualnya dengan potongan harga tertentu.

Tak perlu debat Najib-Anwar :Mahathir:

Unknown - 09:05


ALOR SETAR - Debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu diadakan kerana tidak mengubah pendirian masing-masing.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, debat hanya diadakan sekiranya Anwar sependapat dengan kerajaan.

“Kita sudah maklum pendirian Anwar, buat apa nak debat. Beliau sudah bercakap di merata tempat. Jika kita kata benda itu betul dan dia mengaku dan ikut, baru kita debat,” katanya selepas program Bicara Tokoh di Alor Setar, semalam.

Menurutnya, Anwar sudah lama memburukkan negara di peringkat antarabangsa dan masyarakat tidak perlu mendengar pendebatan seperti itu.

“Dia nak tunjuk bengis sahaja. Kerja dia hanya mahu burukkan imej negara. Orang nak lawan kita tu pun kita kenal lama dah, tak payahlah,” katanya.

Ditanya sama ada pihak menyokong debat mahu melihat transformasi politik baru dalam negara, Mahathir berkata, rakyat negara ini sudah menetapkan minda mereka dengan situasi politik sedia ada dan sukar menerima perubahan itu.

Apek: Saya komited bantu skuad Olimpik

Unknown - 09:01


PETALING JAYA - Penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menafikan spekulasi dirinya tiada komitmen untuk bermain bersama skuad negara setelah gagal melaporkan diri pada sesi latihan pertama skuad Olimpik yang bermula kelmarin.

Ketiadaan kelibat pemain yang digelar 'Apek' oleh rakan sepasukan kerana tidak memaklumkan punca tidak hadir kepada ketua jurulatih, Ong Kim Swee menjadi tanda tanya di kalangan peminat bola sepak tanah air.

"Semua ini hanya salah faham komunikasi antara saya dengan pihak pengurusan (Kelantan). Namun yang pasti hari ini, saya turun berlatih bersama rakan-rakan bagi persiapan pasukan negara," katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat sesi latihan hari kedua di Wisma FAM di sini, petang semalam.

Skuad Olimpik negara akan menentang Bahrain pada aksi keempat Kumpulan C kelayakan Zon Asia di Stadium Nasional, Manama, 5 Februari ini.

Sesi latihan skuad Olimpik ini melibatkan 25 pelatih yang dikendalikan oleh Kim Swee sebelum berlepas ke negara Teluk itu pada 1 Februari ini.

Beliau berkata situasi tersebut mungkin berpunca dari laporan yang beliau sendiri kurang faham semasa menerima surat tersebut kerana beliau juga telah mendapat surat pelepasan pulang selang beberapa hari kemudian untuk beraksi bersama Kelantan dalam Liga Super nanti.

Khairul Fahmi, 23, berkata, isu tersebut dianggap selesai dan jurulatih Kim Swee juga telah dimaklumkan situasi sebenar yang berlaku.

"Saya terikat dengan kontrak bersama Kelantan dan saya juga ada tanggungjawab menggalas tugas mewakili negara... dan sudah tentunya saya menganggap komitmen bermain untuk negara adalah lagi besar.

"Esok (hari ini) saya akan pulang semula ke Kota Bharu sekejap bagi persiapan menghadapi Kuala Lumpur," katanya.

Kelantan akan bertemu pasukan tercorot Liga Super, Kuala Lumpur esok di laman sendiri bagi memperkukuhkan cengkaman di persada liga. - Bernama



Thursday 26 January 2012

Puting Beliung Di Indonesia: 7 maut, 51 cedera, lebih 1,000 rumah rosak

Unknown - 20:35


JAKARTA: Puting beliung dan angin kencang yang melanda beberapa kawasan di Pulau Jawa dan Bali semalam mengakibatkan tujuh orang maut, 51 cedera dan lebih 1,000 rumah penduduk rosak.

Mangsa yang terbunuh akibat ditimpa pokok terdiri daripada tiga orang di Purbalingga, masing-masing seorang di Jakarta Selatan dan Wonosobo serta dua di Bali.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) mencatatkan 22 daerah dan bandar dilanda puting beliung, semalam membabitkan wilayah Jakarta Selatan, Kepulauan Seribu, Bekasi, Sukabumi, Indramayu, Magelang, Semarang, Sleman, Wonosobo, Purbalingga, Banjarnegara, Ponorogo, Ngawi, Magetan, Situbondo, Kediri, Blitar, Malang, Bangkalan, Sumenep dan Bali.

Kerosakan rumah paling banyak ialah di Kepulauan Seribu yang membabitkan sejumlah 499 rumah.

BNPB berkata, puting beliung dan angin kencang yang berlaku semalam dipengaruhi siklon tropika IGGY di Lautan Hindi di sebelah Selatan Bali dan Nusa Tenggara.

Menurut ramalan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizika (BMKG) Indonesia, siklon tropika IGGY membawa kesan tiupan angin berkelajuan lebih 36 kilometer sejam dan gelombang laut setinggi empat hingga enam meter di beberapa perairan Indonesia. - BERNAMA

Kedudukan Khairul Fahmi terserah kepada Kafa: Butler

Unknown - 16:12


KOTA BAHARU: Jurulatih Kelantan, Peter James Butler enggan mengulas lanjut kedudukan penjaga golnya dan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang tiada bersama skuad Olimpik negara ketika menjalani latihan menjelang pusingan kelayakan menentang Bahrain pada 5 Feb ini.

Menurutnya, hanya Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa yang layak untuk mengeluarkan kenyataan.

Dilaporkan ketiadaan Khairul Fahmi untuk menjalani latihan bersama skuad Olimpik mulai semalam turut menjadi tanda tanya kepada jurulatih Ong Kim Swee.

Butler berkata beliau tidak menghalang Khairul Fahmi yang lebih mesra dengan panggilan Apek untuk menyertai latihan bersama skuad Olimpik kerana itu adalah tanggungjawabnya kepada negara.


"Namun saya tak mahu komen kerana itu bukan keputusan saya. Kalau dia mesti pergi dan mewakili pasukan negara, saya faham," katanya. - Bernama

Ribut Di Kuala Lumpur: PPR Seri Cempaka paling teruk terjejas

Unknown - 14:19

VIDEO DI SEBELAH-->>

LEMBAH PANTAI - Sejumlah RM500,000 sehingga RM 1 juta diperuntukan untuk membaik pulih kerosakan setelah angin kencang dan ribut menjejaskan lima kawasan kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Peruntukan tersebut diumumkan oleh Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Menurutnya, kementerian melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membaik pulih kerosakan di lima kawasan terjejas antaranya Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pangsapuri Taman Desa, Seputeh, Sungai Besi dan yang paling teruk terjejas di PPR Seri Cempaka.

"Di PPR Seri Cempaka, tiga keluarga perlu dipindahkan sementara di kawasan berdekatan.Ini bagi kerja-kerja membaik pulih rumah dapat dilakukan kerana aspek keselamatan penduduk dipentingkan dan tidak mahu kejadian sama berulang.

"Pada masa yang sama, beberapa rumah PPR yang dikenalpasti rosak juga akan dibaik pulih oleh DBKL termasuklah kedai dan gerai yang rosak,"kata Raja Nong Chik bersama isteri,Datin Nafesah Raja Nong Chik ketika melawat lokasi kejadian di PPR Sri Cempaka pada malam kejadian.

Katanya,kepada penghuni yang terjejas dalam kes ini juga berhak membuat tuntutan insurans dan pihak DBKL akan membuat tuntutan insurans tersebut.

Beliau berkata, DBKL dan pihak bomba turut akan melakukan kerja-kerja baik pulih dan pembersihan dengan segera dan aspek keselamatan penduduk adalah paling diutamakan.

"Saya juga ingin memuji pihak bomba ,DBKL dan polis yang telah bertindak pantas bagi memastikan tiada perkara serius berlaku pada kejadian ini,"katanya.

Hadir sama Pengarah Pengurusan Perumahan DBKL, Sukiman Surahman.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, beberapa buah motosikal dan kereta musnah dihempap zink dan objek apabila 12 bumbung unit kediaman di tingkat 17 PPR Seri Cempaka diterbangkan angin.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana tingkat atas flat berkenaan tidak berpenghuni.

Sementara itu, keluarga mangsa kejadian yang dipindahkan sementara,Norliza Hussin,35, berkata beberapa keping syiling rumahnya tercabut dan dimasuki air.

"Pada kejadian itu, ayahnya berada seorang di rumah tetapi bersyukur tiada perkara buruk berlaku.

"Kami sekeluarga dinasihatkan oleh DBKL untuk dipindahkan sementara atas ciri-ciri keselamatan kerana bimbang hujan ribut berlaku lagi,"kata Norliza.


VIDEO DI SEBELAH-->>

New Zealand :33 Paus Tersadai Ditembak Mati

Unknown - 13:31


WELLINGTON – Anggota Pusat Konservasi Marin New Zealand terpaksa menembak mati 33 ikan paus yang tersadai di pantai negara itu selepas beberapa usaha menyelamatkan sejak seminggu lalu gagal.

Paus yang ditempak itu adalah baki 99 paus yang tersadai di pantai Farewell Spit di South Island, sejak Isnin lalu.

Pengurus Kawasan Jabatan Konservasi, John Mason, berkata kakitangan jabatan itu bersama ratusan sukarelawan bertungkus-lumus sepanjang minggu ini untuk mengapungkan kembali paus yang tersadai itu.

Beliau berkata, pihaknya menyangka usaha itu berjaya semalam selepas paus itu berjaya memasuki kawasan paras air dalam tetapi haiwan itu kembali semula ke pantai hari ini.

Beliau berkata, keadaan paus terbabit semakin teruk dan sukar untuk diselamatkan lagi.

Sehubungan itu, 33 paus berkenaan terpaksa ditembak mati manakala 36 lagi mati secara semulajadi dengan 17 berjaya diselamatkan. – AP

Wednesday 25 January 2012

3 bulan cukup untuk pasukan khas semak semula SBPA

Unknown - 22:49


PUTRAJAYA 25 Jan. - Pengerusi pasukan petugas semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Tan Sri Ismail Adam yakin tempoh tiga bulan untuk pasukan itu membuat kajian dan penambahbaikan terhadap skim baru itu adalah mencukupi.

Sehubungan itu beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata, pasukan itu akan bekerja keras bagi memastikan perkara-perkara berbangkit yang tidak memuaskan hati sesetengah pihak dapat diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan.

"Sebagai permulaan hari ini kita membincangkan mengenai terma rujukan. Itu sahajalah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama pasukan petugas semakan semula SBPA di JPA di sini hari ini. - BERNAMA



“Kelab Taat Suami semakin dapat sambutan selepas buku seks diharamkan,” kata presiden

Unknown - 16:28


KUALA LUMPUR, 25 Jan — Walaupun kerajaan mengharamkan terbitan buku panduan seks namun Kelab Taat Suami yang mempunyai keahlian seramai 2,000 orang percaya kelab itu akan terus mendapat sambutan menggalakkan.

Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia Fauziah Ariffin, pengharaman buku panduan seks bertajuk “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia” tidak akan menyekat sambutan orang ramai.

Beliau juga berkata pihaknya akur dengan pengharaman dibuat Kementerian Dalam Negeri itu menambah rakyat akan “menilai mana yang baik dan mana yang buruk.”

“Buku itu sudah diwartakan sebagai haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), jadi kita tidak terbitkan lagi namun orang ramai beranggapan ia sangat berguna kepada perkahwinan mereka kerana buku itu memberi makna yang besar.

“Kami tidak mahu timbulkan kontroversi, kita tidak mahu timbulkan masalah dan kita akan membiarkan masyarakat menilai mana yang baik, mana yang buruk,”
katanya pada sidang media selepas pelancaran kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” di Pusat Perdagangan Pelangi, Damansara di sini.

Jelas Fauziah, komuniti Islam atau pasangan suami isteri masih boleh mendapat kaunseling dari pihaknya walaupun buku panduan seks itu tidak lagi diterbitkan.

“Kalau mereka rasa ia (buku) baik, mereka akan datang untuk mendapatkan kaunseling, maka kita terbyka untuk beri kaunseling kepada mereka,” katanya.

Tambahnya, masih ramai komuniti Islam bertanyakan tentang buku panduan seks itu walaupun selepas ia diharamkan.

Fauziah berkata Kelab Taat Suami pimpinannya juga semakin mendapat sambutan selepas kontroversi yang berlaku.

“Saya katakan ya, kita memanng mendapat sambutan...memang orang kata setelah kerajaan menghalang apa yang kita lakukan tetapi sokongan semakin bertambah dan keahlian kita semakin ramai.

“Walaupun hanya 2,000 orang di Malaysia tapi ia adalah ukuran yang besar. Sebenarnya jumlah yang tidak menjadi ahli dan mendapatkan kaunseling daripada kita jumlahnya lebih besar,” katanya.

November lalu Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku panduan seks terbitan Kelab Taat Suami.

Pihak kementerian berkata mereka yang memiliki buku berkenaan boleh didenda sehingga RM5,000.

Mereka yang didapati menerbitkan semula buku itu, berjudul “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia”, bagi tujuan jualan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Kelab itu mencetuskan kontroversi apabila pelancarannya diumumkan awal Jun lalu.

Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci.

Kempen ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’ Rendahkan Martabat Nabi Muhammad,- Muslimat PAS

Unknown - 16:23


KUALA LUMPUR, 25 Jan — Dewan Muslimat PAS menyelar kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” yang dilancarkan Kelab Taat Suami sambil menegaskan “Islam tidak menjadikan seks sebagai agenda utama.”


Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff berkata Kelab Taat Suami Malaysia pimpinan Fauziah Ariffin sepatutnya menggunakan kelebihan lain Nabi Muhammad berbanding kehidupan seks.

Justeru beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang meragui matlamat sebenar Kelab Taat Suami itu.

“Kalau kita lihat dari sudut Islam, bagaimana Islam mengangkat hubungan suci suami isteri tetapi seks bukan agenda utama sebaliknya menjaga keturunan adalah yang paling penting.

“Jadi sempena kelahiran Nabi Muhammad seharusnya kita bersyukurnya dan melihat bagaimana kelahiran Nabi Muhammad ini sebagai penyuluh seluruh alam,” kata Siti Zailah.

Tegas beliau, menjadi kehidupan seks sebagai agenda utama Islam adalah tidak wajar kerana banyak lagi aspek lain yang menjadi keutamaan menambah “seks hanya sebahagian daripada kehidupan manusia.”

“Islam datang dengan rahmat, bukan meletakkan agenda seks dan nafsu sebagai agenda utama tetapi bagaimana meletakkan ketinggian maruah manusia, saya tidak setuju bila letakkan seks sebagai agenda utama.

“Seks hanya satu suntikan yang kita disyorkan mengikut naluri semula jadi yang ada dalam diri manusia sesuai dengan syarak,” katanya dengan nada terkejut.
Justeru Siti Zailah menasihatkan Kelab Taat Suami kembali kepada ajaran Islam dan mengangkat martabat Rasulullah di kedudukan sebenar.

“Bagi saya kelab ini patut kembali kepada ajaran Islam, mereka perlu nilai balik apa agenda mereka.

“Kalau gelarkan Rasulullah sebagai tokoh seks seolah-oleh meletakkan Rasulullah di tempat yang tidak selayaknya, perkahwinan bukan semata-mata kerana seks dan saya sangat tidak bersetuju kerana ada banyak lagi perkara lain yang boleh diperbesarkan,” katanya.

Kelab Taat Suami pagi ini melancarkan kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Kempen selama 12 hari itu (bermula hari ini) adalah untuk meraikan kelahiran Nabi Muhammad pada 5 Februari depan atau 12 Rabiul Awal mengikut kalendar Islam.

Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia Fauziah, kempen itu diadakan bagi mengajak umat Islam terutamanya pasangan suami isteri untuk mengamalkan kehidupan Rasulullah.

Beliau berkata ramai “umat Islam sudah terlalu jauh dengan Rasulullah.”


Khoo Kay Kim Sanggup Disiasat Berhubung Mitos Hang Tuah & Hang Li Po

Unknown - 14:53



PETALING JAYA: Sejarawan Negara, Tan Sri Khoo Kay Kim bersedia untuk disoal siasat dan memberi keterangan sekiranya ada pihak membuat laporan polis berhubung pandangannya yang menyatakan Hang Tuah dan Puteri Hang Li Po tidak pernah wujud sebaliknya ia hanya merupakan “tokoh mistik”.

Malah Khoo berkata, beliau akan “memalukan” mana-mana pihak yang bercadang berbuat demikian kerana beliau mempunyai banyak bahan bukti berhubung perkara itu.

"Saya galakkan mereka buat laporan. Biar mereka buat (laporan polis). Saya akan malukan mereka semua," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Menurut Khoo, beliau mempunyai banyak bahan untuk dikemukakan kepada pihak polis sebagai bukti yang dapat menyokong kenyataan beliau sebelum ini sehingga mengundang kontroversi.

Katanya, melalui bahan-bahan tersebut, ia akan dapat dijadikan bukti kepada lebih ramai masyarakat dan generasi masa kini bahawa pendapatnya tentang Hang Tuah dan Puteri Hang Li Po yang tidak pernah wujud adalah benar.

Khoo berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas pensyarah kanan, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari dalam portal Malaysiakini.com bertajuk 'Khoo Kay Kim Buat Hal Lagi'.

Menerusi portal itu, Abdul Aziz yang dipetik sebagai berkata mempertikaikan tindakan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang pernah mengecamnya sebelum ini kerana mempertikaikan titah Sultan Selangor, tetapi tidak melakukan tindakan yang sama terhadap pendapat Khoo.

Tindakan Abdul Aziz itu juga menyebabkan Senator Mohamad Ezam Mohd Noor membuat laporan polis terhadapnya atas dakwaan menghina sultan sehingga disiasat pihak berkuasa dan diberikan surat tunjuk sebab oleh pihak universiti.

Mengulas lanjut kenyataan tersebut, Khoo berkata Abdul Aziz sepatutnya terlebih dahulu mengetahui kenyataan beliau dibuat dalam konteks apa sebelum mengecam pihak-pihak tertentu.

"Saya kata kenapa perkara penting seperti kejayaan-kejayaan orang Melayu dulu tak ada dalam sejarah.

"Siapa orang Melayu pertama yang jadi doktor? Siapa yang mula-mula buka Kuala Lumpur?. Mereka (generasi kini) tak tahu.

"Yang utama tak dipentingkan berbanding kisah Hang Tuah dan Puteri Hang Li Po," jelasnya.

Dalam pada itu Khoo berkata, beliau juga terkejut mendapat tahu Abdul Aziz memperlekehkan sikap golongan itu yang berdiam diri atas nama kebebasan akademik dengan mengaitkan dirinya.

"Saya terperanjat. Baru-baru ini (Abdul Aziz) banyak orang simpati dengan dia.

"Dia sebagai seorang pakar undang-undang, dia tak tahu tentang sejarah dan latar belakang kerajaan," katanya.

Khoo sebelum ini dilaporkan berkata tiada bukti dan rekod tentang kewujudan Hang Tuah begitu juga dengan Puteri Hang Li Po dari China yang dikatakan berkahwin dengan Sultan Melaka semasa abad ke-15.







70 Rumah Dibakar Dan Dirosakkan Dalam Pergaduhan

Unknown - 14:39


JAKARTA: Sekurang-kurangnya 70 rumah dibakar atau dirosakkan dalam pergaduhan antara penduduk dua buah kampung di daerah Lampung Selatan, Sumatera, semalam.

Pergaduhan dikatakan berpunca daripada pertengkaran dua remaja di tempat letak motosikal sehari sebelumnya, dan bertukar menjadi konflik berkaitan etnik, agama dan bangsa antara penduduk Kampung Kotadalam dan Kampung Napal, di daerah kecil Sidomulyo, yang keluar beramai-ramai membawa buluh runcing dan senjata tajam untuk bergaduh.

Laporan awal menyebut 48 rumah dibakar dan 27 lagi dirosakkan di Kampung Napal namun sehingga kini belum ada kemalangan jiwa dilaporkan selain dua orang yang dilaporkan cedera parah dalam kejadian itu.

Polis menghantar ratusan anggota untuk mengawal keadaan yang dilapor kembali tenang, namun suasana pagi ini di Kampung Kotadalam masih tegang apabila penduduknya terus berjaga-jaga dengan senjata di tangan di beberapa tempat, bagi menghadapi kemungkinan serangan balas penduduk Kampung Napal. - Bernama

Najib, Anwar tak perlu debat :Umno:

Unknown - 14:27
 

SHAH ALAM – Cadangan debat terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan beberapa isu dianggap tidak sesuai untuk dilaksanakan.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini.
 
Menurutnya, Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan bangsa. Tidak seperti di Barat di mana politik mereka lebih bersifat terbuka serta tidak melibatkan pelbagai kaum.
 
“Di sini, banyak sensitiviti rakyat perlu diutamakan. Untuk menyampaikan setiap dasar, memberi ceramah sudah memadai dengan membentangkan apa sahaja topik yang ingin dibawa.
 
“Biarlah memberi ceramah secara berasingan. Rakyat boleh membuat penilaian tersendiri apakah setiap ucapan menerusi ceramah itu dapat dilaksanakan atau tidak kedua-dua pemimpin ini.
 
“Lagi pula, Anwar sering dikaitkan dengan isu peribadi. Jadi kebarangkalian untuknya dikaitkan di dalam debat adalah tinggi, ditambah dengan isu peribadinya yang masih belum selesai. Kerana itu saya katakan, tidak perlu adakan debat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Jelasnya, Dewan Rakyat adalah platform sesuai digunakan semua pemimpin untuk mengutarakan pelbagai isu.
 
“Ini medium yang baik. Ia boleh dikategorikan sebagai debat kecil, di mana setiap pertanyaan sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang diajukan dan disertakan dengan jawapan sama ada lisan mahupun bertulis.
 
“Jadi, Dewan Rakyat sudah mempertemukan semua pemimpin dalam keadaan terbuka dan boleh membidas antara satu sama lain,” katanya.
 
Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan memetik Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.
 
Menurut Ibrahim, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan.

"Maklumat ini, kami peroleh hasil perbincangan dengan kumpulan profesional Melayu baru-baru ini, mereka mahu kedua-dua Anwar dan Najib mengadakan debat, membincangkan isu-isu yang besar, isu rakyat dan isu negara... bukannya isu-isu peribadi tetapi lebih kepada kepentingan rakyat.

"Saya nampak seolah-olah ada satu perubahan dalam kehendak dan keinginan di kalangan rakyat, mereka mahu satu budaya baru, diadakan debat (seperti di negara-negara lain), daripada kempen memburuk-burukkan satu sama lain," kata Ibrahim.

Model Nyaris Dibogel Monyet Besarkan Buah Dada

Unknown - 14:09


seorang model dari Taiwan, Charmian Chen, yang nyaris dibogelkan beberapa ekor monyet sebelum ini dilaporkan telah menjalankan pembedahan kosmetik bagi membesarkan buah dadanya dan mendedahkan proses tersebut di internet.

Selain membesarkan buah dada, Charmian yang juga merupakan seorang mahasiswi kolej perdagangan di Universiti Chengchi Taiwan itu turut menjalani pembedahan mengecilkan bahagian kedua belah pahanya agar kelihatan lebih seksi.
Sebuah laman hiburan Taiwan yang terkenal, May Daily, menyifatkan tindakan model itu membesarkan payudara dan kedua pahanya itu adalah semata-mata untuk menarik perhatian ramai serta menjadikan dirinya sebagai artis ‘simbol seks’ Taiwan yang paling hangat.

Menurut media itu lagi, selebriti Taiwan sangat berahsia mengenai sebarang pembedahan kosmetik pada diri mereka dan tidak pernah dikongsi bersama peminat di negara itu.

Foto-foto Charmian sedang menjalani pembedahan itu turut menyaksikan model tersebut memiliki tatoo berbentuk daun ganja di sebelah atas kiri belakang tubuhnya.

Charmian menggemparkan ramai pihak apabila gadis itu diserang beberapa ekor monyet yang melondehkan pakaiannya sehingga menampakkan buah dada ketika melawat di Sacred Monkey Forest di Ubud, Bali, Indonesia, pada bulan Oktober tahun lalu.

Gambar-gambar yang menyaksikan detik-detik buah dadanya dibogelkan itu tersebar di internet sekaligus menambah populariti model tersebut di seluruh dunia.



Sejak insiden itu, Charmian diberi nama jolokan “monkey girl” dan ia dipercayai menjadikannya lebih berazam untuk menjadi seorang selebriti paling seksi di Taiwan.


Kertas Zaman Firaun Di PWTC Bermula 1 Feb Kertas Zaman Firaun Di PWTC Bermula 1 Feb

Unknown - 00:58


KUALA LUMPUR – Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) akan menganjurkan Expo Buku 1 Malaysia 2012 bermula 1 hingga 6 Febuari ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

YPBN melalui satu kenyataan media memberitahu, expo tersebut mendapat kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Kontraktor Buku Malaysia (PKBM).

“Pameran ini dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam dan disertai lebih 100 peserta terdiri dari penulis, penerbit, pencetak serta pengedar buku tempatan dalam pelbagai genre.

“Bagi menambah nilai kepada expo ini, peserta menawarkan diskaun hingga 70 peratus bagi buku-buku terpilih mengikut kategori masing-masing dam terdapat juga peserta yang akan mengadakan lelongan dari gudang buku-buku terbitan mereka,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, expo itu turut mempamerkan ’papyrus’ iaitu kertas ciptaan zaman Firaun yang berusia lebih 5,000 tahun sebelum masihi dalam pelbagai saiz yang dibawakan khas dari Institut Papyrus di Giza, Mesir.

Turut dipamerkan pengisahan manuskrip Bugis lama iaitu La-Galigo yang dibawa dari Ujung Padang, Makkasar Indonesia serta beberapa bahan sejarah industri buku negara.

Kata kenyataan itu, expo itu turut mengadakan Anugerah Buku Negara (ABN) 2011 pada malam 2 Febuari di Dewan Merdeka, PWTC.

ABN masuk edisi ketiga itu akan memberi lebih 30 anugerah melalui dua kategori iaitu kategori Anugerah Industri dan Anugerah Perdana termasuk anugerah tertinggi iaitu Anugerah Tokoh Buku Negara.

Dua penerima terdahulu ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim. – mynewshub.my

Tuesday 24 January 2012

Jangkitan Kuman Bukan Penyebab Utama Kematian Mengejut Dua Bayi: KP Kesihatan

Unknown - 13:35


KUALA LUMPUR, 24 Januari -- Kementerian Kesihatan Selasa mengesahkan jangkitan kuman bukan penyebab utama kematian mengejut membabitkan dua bayi di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Adila Kids, di Taman Permata, di sini, Khamis lalu. 

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata ini berdasarkan keputusan awal pemeriksaan histopatologi sampel tisu paru-paru dan beberapa organ lain kedua-dua bayi tersebut. 

Bagaimanapun, beliau berkata kemungkinan kejadian tersedak susu sebagai penyebab utama kematian mengejut kedua-dua bayi tersebut masih belum dapat ditolak.

"Keputusan muktamad akan hanya dapat dibuat setelah semua keputusan ujian termasuk ujian analisis kimia oleh Jabatan Kimia diperolehi, yang dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga minggu lagi," katanya dalam satu kenyataan di sini. 

Pada Khamis lalu, dua bayi lelaki, Muzaffar Mohd Faizal berusia tiga bulan setengah dan Arif Amsyar Ruhi Budiman, 7 bulan, yang ditinggalkan di pusat asuhan tersebut meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu. 

Katanya memandangkan laporan polis telah dibuat oleh waris kedua-dua bayi itu, kejadian itu kini sudah menjadi kes perundangan perubatan dan laporan akhir berhubung kes tersebut akan diserahkan oleh kementerian itu kepada pihak polis bagi tindakan lanjut. 

Dr Hasan berkata sehingga semalam 53 daripada 55 kanak-kanak yang dijagai pusat jagaan tersebut dalam keadaan sihat, sementara dua lagi mengalami demam selsema yang ringan.

Kementerian itu juga mendapati tiada wabak penyakit berjangkit yang serius berlaku di kalangan kanak-kanak di pusat jagaan tersebut berdasarkan kajian epidemiologi serta keputusan ujian makmal.

"Sejumlah sembilan sampel tekak yang diambil di kalangan kanak-kanak di pusat jagaan tersebut, telah diuji dan didapati negatif terhadap virus Influenza A," katanya.

Beliau berkata anggota kesihatan telah membuat pemeriksaan ulangan di pusat jagaan berkenaan dan turut memberi tunjuk ajar daripada segi aspek penjagaan bayi dan amalan kebersihan diri serta persekitaran kepada pengasuh pusat tersebut. 

Kesemua tujuh pekerja pusat jagaan itu telah diarahkan untuk menjalani pemeriksaan perubatan rutin, dan pusat jagaan itu akan hanya dibenarkan beroperasi apabila semua syarat operasi termasuk nisbah pekerja dengan kanak-kanak dipatuhi.

Hakim Arah Pengasas Megaupload Ditahan

Unknown - 12:55


AUCKLAND – Pengasas laman web perkongsian fail Megaupload, Kim Dotcom atau nama sebenarnya Kim Schmitz yang merupakan seorang jutawan diarah ditahan oleh hakim sebuah mahkamah di New Zealand semalam.

Dia ditahan selepas menafikan tentang dakwaan cetak rompak di Internet dan penggubahan wang haram dengan menyatakan pihak berkuasa cuba untuk memburuk-burukkan namanya.

Dia memiliki ketinggian dua meter dan berat lebih 130 kilogram.
Dotcom, 38, dan tiga orang lagi rakannya ditahan Jumaat lalu selepas sepasukan polis New Zealand menyerbu rumah agamnya atas permintaan Biro Penyiasatan Pusat (FBI).

Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mahu mengekstradisi Dotcom atas tuduhan menjadi dalang satu skim yang memberinya kekayaan lebih AS$175 juta (RM543 juta) dalam hanya beberapa tahun dengan cara menyalin dan mengedar muzik, filem serta kandungan dengan hak cipta tanpa kebenaran di laman berkenaan.

Peguam Megaupload bagaimanapun menafikan dengan menyatakan bahawa syarikat itu cuma menawarkan perkhidmatan penyimpanan data dalam talian.
Laporan mengenai kehidupan mewah Dotcom terus timbul.

Satu klip video di Internet menunjukkan Dotcom dikelilingi wanita-wanita yang mendedahkan payudara di atas sebuah kapal mewah di Monaco.

FBI menganggarkan Dotcom memperoleh sekitar AS$115,000 (RM357,075) sehari sepanjang tahun 2010.

Antara hartanya yang dirampas termasuk hampir 20 buah kereta mewah di rumahnya di sini, lukisan dan wang pelaburan berjumlah NZ$10 juta (RM25 juta) di bank-bank tempatan. – Reuters

Empayar Siti Nurhaliza Belum Tergugat

Unknown - 12:44
 
Dari dulu hingga kini, nama Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tidak pernah berhenti daripada menjadi bualan peminat industri hiburan tanah air.

Jika 17 tahun lalu, idola kesayangan ramai ini cumalah seorang gadis luar bandar yang nekad meninggalkan kampung halaman di Kuala Lipis, Pahang demi mencuba nasib di ibu kota. Dengan hanya berbekalkan suara merdu bak buluh perindu, siapa sangka bakat luar biasanya menjadi perhatian ramai.

Namanya terus mengharum, bak mawar yang sedang mekar, membuatkan sesiapa saja terpikat dengan kesantunan sang gadis yang tidak sedikit pun meninggi diri dengan kelebihannya.

Bagaikan sudah tersurat kehidupannya sebagai anak seni, seniwati muda yang mesra disapa sebagai Siti ini cekal mengharungi setiap hari mendatang.

Setelah 17 tahun keberadaannya dalam industri, Siti yang ‘dulu’, kini semakin menginjak dewasa yang menyerlahkan lagi sisi kewanitaannya.

Namun, walau pelbagai transisi perubahan berlaku pada dirinya, masih ada yang sama pada Siti di mana bakat dan santunnya kekal tidak berubah.

Tidak keterlaluan jika dikatakan itulah dua perkara yang menjadi tunjang kejayaan Siti mempertahankan kedudukannya dalam industri.

Kesempatan bertemu Siti di sidang media Konsert Sinar Maulidur rasul 1433 Hijrah Muhammad Al Ameen bersama kumpulan Rabbani di Cyberjaya, baru-baru ini, tidak dilepaskan untuk bertanya perkembangan terkininya.

Selain bakal menjayakan konsert tersebut di Kuala Terengganu, 5 Februari depan, jadual dan perancangan Siti sudah tersusun rapi sepanjang 2012 ini.

Sudah namanya penyanyi sejati, Siti yang popular dengan lagu Aku Cinta Padamu ini mengatakan, dia cukup teringin beraksi sekali lagi di pentas konsert sendiri.

Menurut Siti, dia sesungguhnya menyimpan hasrat untuk merealisasikan hasratnya itu, tahun ini juga.

“Buat masa ini, Siti belum menentukan konsep konsert itu lagi. Semuanya bergantung kepada apa yang penganjur mahukan.

“Malah, Siti juga tidak kisah dengan pemilihan lokasi kerana yang penting, peminat dapat datang menonton konsert Siti dengan selesa,” katanya.

Mengenai perancangan album baru, Siti yang melancarkan album Inggerisnya, All Your Love tahun lalu, tidak mahu terburu-buru.

“Siti mahu menggiatkan lagi promosi All Your Love kerana banyak lagu menarik dalam album ini.

“Lagipun, Siti sememangnya sudah ada perancangan untuk membawa album ini ke pasaran luar negara,” katanya.

Bagaimanapun, kata Siti, dia tetap muncul dengan album baru, selewat-lewatnya hujung tahun ini. Pelantun lagu Cindai dan Balqis ini juga mengakui cukup rindu untuk merakamkan album tradisional dan etnik kreatif.

“Keistimewaan membawakan lagu sebegini ialah ketika buat persembahan, memang meriah pentas dibuatnya dengan penari, props dan sebagainya.

“Permintaan daripada peminat itu ada, tetapi Siti harap stesen radio juga dapat memberi sokongan dengan memutarkan lagu tradisional.

“Sekiranya sokongan itu ada, tidak mustahil Siti akan kembali merakamkan album etnik kreatif dan tradisional,” katanya optimis.


Belum bersedia berlakon

Umum mengetahui, Siti pernah menunjukkan bakat lakonannya tatkala memegang watak sebagai Azizah di Teater P Ramlee The Musical, kira-kira lima tahun lalu.

Sejak itu, tuan empunya badan lebih senang memberi tumpuan kepada kariernya sebagai penyanyi dan tidak lagi berlakon. Bagaimanapun, baru-baru ini timbul khabar bahawa Siti akan berlakon dalam sebuah filem yang diterbitkan produksi Indonesia.

Bakal menggabungkan kerjasama Indonesia-Malaysia, barisan pelakon lain yang terlibat juga bukan calang-calang. Antara yang disebut-sebut ialah Nocholas Saputra, Christine Hakim, Dian Sastrowardoyo, Fasha Sanda dan Raja Ema.

Siti saat diajukan perkara itu bagaimanapun menyatakan masih belum ada sebarang ‘hitam putih’ daripada produksi tersebut.

“Siti pun hanya baca dari Internet dan tidak tahu menahu tentangnya. Mereka pun belum berjumpa dengan pengurusan Siti untuk berbincang.

“Selagi tiada perbincangan rasmi, Siti anggap ini sekadar impian penerbit terbabit untuk melihat Siti berlakon dalam filemnya, tidak lebih dari itu,” katanya.

Tidak menafikan agak tertarik dengan nama besar pelakon yang dicanangkan, Siti berkata, buat masa ini dia belum terbuka hati untuk menerima tawaran berlakon.

“Banyak benda yang perlu diteliti jika ingin berlakon dan semuanya bergantung kepada keadaan dan kesesuaian masa Siti,” katanya.


Dermagic Simply Siti

Menguruskan perniagaan sudah menjadi sebahagian cabang karier diceburi Siti melalui produk kecantikannya, Simply Siti.

Tidak menunggu masa lama untuk menjadikan jenama produknya menjadi pilihan wanita masa kini, Siti akan melancarkan pula rangkaian penjagaan kulit terbaru, bulan depan.

“Produk ini dinamakan Dermagic yang mengandungi lima set iaitu pelembap, krim mata, serum, scrub dan topeng muka.

“Istimewanya, ini merupakan produk pertama yang menggabungkan plant endhorphyne, korean plant stem cell dan advance hydrocollagen,” katanya.

Tambah Siti, kelebihan gabungan itu dapat mengurangkan kedutan, mencerahkan kulit dan membuatkan pengguna berasa gembira apabila memakainya.

“Kita sudah mencuba produk ini ke atas beberapa pengguna itu sudah terbukti berkesan dalam masa seminggu.

“Jika tiada halangan, Siti akan membuat siri jelajah bagi memperkenalkan produk ini di seluruh negara bermula 11 Februari ini,” katanya yang akan turut muncul dengan minyak wangi sendiri, tidak lama lagi.


Bahagia di samping suami

Dari aspek peribadi dan kehidupan, ternyata wanita yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-33 11 Januari lalu ini, dilimpahi aura kebahagiaan yang jelas terpancar pada wajahnya.

Menurut Siti, dia dan suami tercinta, Datuk Khalid Muhammad Jiwa atau sinonim dengan gelaran Datuk K, baru saja pulang dari meraikan hari lahirnya di beberapa lokasi luar negara.

“Tahun ini Siti dapat hadiah berupa percutian bersama suami ke Dubai dan Maghribi selama 10 hari.

“Percutian cukup indah kerana ini merupakan kali pertama Siti ke sana dan berpeluang menjejakkan kaki di banyak tempat baru dan menarik,” katanya.

Sempat menyambut detik bersejarahnya di puncak pencakar langit yang menjadi bangunan tertinggi dunia, Burj Al Khalifa, Dubai, begitulah tingginya Siti menggambarkan harapannya.

“Sempena usia yang semakin bertambah ini, Siti berdoa agar Tuhan memberikan rezeki melimpah ruah dan kesihatan yang baik.

“Dengan kesihatan yang baik, barulah Siti dapat menyelesaikan segala impian yang belum tercapai dan yang penting, mendapat keberkatan daripada-Nya,” katanya.

Sudah memiliki hampir segala-galanya di usia ini, di sudut hati kecil Siti tetap tidak dapat membendung hasratnya untuk memiliki cahaya mata sendiri.

Apatah lagi, kebelakangan ini dirinya sering melayani telatah bayi sepupunya yang baru lahir, membuatkan naluri keibuannya semakin membuak-buak.

“Siti percaya suatu hari nanti pasti Siti akan bergelar ibu juga, cuma masa dan rezeki belum lagi berpihak.

“Namun, Siti yakin, ALLAH SWT ada perancangan lebih baik untuk Siti. Sebagai hamba-Nya, Siti cuma mampu berusaha dan bertawakal,” katanya penuh harapan.

Walaupun belum dikurniakan zuriat, Siti mengakui hidupnya kini cukup bahagia melayari bahtera rumah tangga selama hampir enam tahun bersama Datuk K dan anak-anak tirinya.

“Alhamdulillah, sayang Datuk K terhadap Siti tidak pernah berubah dan Siti beruntung mempunyai suami yang sangat memanjakan Siti.

“Hubungan dengan anak-anak tiri juga baik dan merekalah tempat untuk Siti mencurahkan kasih sebagai ibu,” katanya.
Next Previous
UTAMA