Show Mobile Navigation

Thursday 3 May 2012

, ,

Sah Bob Kuman Meninggal

Unknown - 18:28
bob kuman  
Al-Fatihah, Bob Kuman telah kembali ke rahmatullah pada jam 4.38 petang tadi.
Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi telah meninggal di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara.

Berita kematian Bob Kuman ini disahkan sendiri oleh wartawan, Mazidul Akmal Sidik di laman Facebooknya.

Kakitangan ambulan Hospital Sg Buloh mengesahkan Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi. Sebelum ini, Bob Kuman yang juga seorang pelakon dan pelawak terkenal tanahair pernah dikhabarkan sudah meninggal dunia oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Namun, perkara itu dinafikan sendiri oleh arwah Bob Kuman. Kali ini, Allah lebih sayangkan arwah Bob Kuman, beliau pergi meninggalkan seorang isteri dan keluarga tersayang. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment