Show Mobile Navigation

Thursday 1 December 2011

Syahrini Bangga Payudara Ditandatangani David Beckham

Unknown - 17:33
Buah Dada Syahrini Ditandatangani David Beckham
Gambar-Syahrini-bangga-Buah-Dada-Ditandatangani-David-Beckham

Penyanyi seksi Indonesia, Syahrini, mengejutkan ramai pihak apabila bangga menghebohkan buah dadanya @ payudaranya yang tandatangani oleh bintang bola sepak terkemuka dunia, David Beckham, dengan hanya beralaskan sehelai baju-t yang nipis dan ketat.

Laman web hiburan terkenal, Oh! Bulan, melaporkan bahawa Syahrini turut bertindak mencium pipi bekas pemain lagenda Manchester United itu ketika berkunjung ke Indonesia baru-baru ini.

Syahrini yang dikatakan terkenal dengan penampilan imej seksi dengan saiz buah dada yang besar telah dipilih untuk sebagai duta untuk menemani dan memperkenalkan David Beckham kepada budaya dan keadaan di sekitar Indonesia sempena perlawanan persahabatan antara LA Galaxy dan Indonesia.

Dalam perlawanan bola sepak tersebut, LA Galaxy telah berjaya mengalahkan negara jiran dengan jaringan gol, 0-1.

Bagaimanapun, Oh! Bulan turut mendedahkan bahawa tindakan Syahrini itu telah mendapat reaksi negatif pelbagai pihak yang menyifatkan penyanyi itu sebagai keterlaluan dan memalukan pengamal industri hiburan di sana.

Misalnya pelakon terkenal Indonesia , Chelsea Olivia dan vokalis kumpulan Nidji, Giring, yang memberikan komen negatif terhadap Syahrini melalui laman sosial Twitter milik mereka.
“Mmmmm, memalukan..,” kata Olivia.

Giring pula ‘memuji’ Syahrini dengan menyatakan penyanyi seksi itu pandai menarik perhatian ramai dengan mencetus berita yang hangat dengan publisiti.
“Syahrini is a good singer.. And she know’s how to make a catchy news and publicity. Salam buat jambul katulistiwa mu #mindtalk,” katanya.


1,200 penumpang KTM terkandas akibat objek mencurigakan

Unknown - 17:12
1,200 Penumpang KTM sektor utara Terkandas Akibat Bom - Penumpang KTM sektor utara Terkandas Akibat Objek curiga
Penumpang KTM Terkandas Akibat Bom

KUALA LUMPUR: Lebih 1,200 penumpang perkhidmatan kereta api di sektor utara terjejas akibat gangguan perkhidmatan selepas satu objek dikhuatiri bahan letupan ditemui di landasan antara laluan Sungkai-Slim River di KM 259 pagi tadi.

Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), perkhidmatan yang dibatalkan ialah tren Ekspres Sinaran Utara manakala Ekspres Senandung Langkawi dan Ekspres Senandung Mutiara masing-masing ditamatkan di stesen Tapah Road dan di stesen Kampar di mana penumpang dipindahkan menaiki bas perantaraan ke stesen KL Sentral.

Perkhidmatan tren elektrik pula ditamatkan di stesen Tanjung Malim dan penumpang dipindahkan menaiki bas ke stesen Tapah Road manakala tren dari arah Ipoh ditamatkan di stesen Tapah Road dan penumpang dipindahkan menaiki bas ke stesen Tanjung Malim.

Menurut kenyataan itu, pasukan polis mengalihkan objek berkenaan dan perkhidmatan pulih mulai petang ini.

Masjid disimbah cat merah

Unknown - 14:41
 

MELAKA TENGAH - Mungkin gara-gara tidak dibayar gaji, Masjid Pokok Asam, Kampung Pinang, Batang Tiga, di sini disimbah cat merah dipercayai dilakukan pekerja kontraktor baik pulih dan naik taraf masjid tersebut.
 
Selain disimbah cat, beberapa bahagian dinding masjid turut ditulis perkataan ‘jelaskan gaji kami’ menggunakan cat merah.

Bekas pengerusi masjid tersebut, Mohd.Zan Mohd Amin, 68, berkata, beliau mengetahui perbuatan biadab itu setelah dihubungi penyelia projek itu kira-kira jam 10 pagi, semalam.

“Sebelum ini, subkontraktor projek ini pernah mem­beritahu saya bahawa dia ­mengalami masalah ­kewangan sehingga sukar membayar gaji pekerja akibat masih tidak ­menerima bayaran daripada Kerajaan Negeri.


“Mungkin disebabkan ­tidak dapat gaji, ada pekerja yang tidak puas hati dan melakukan perbuatan ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Zan berkata, pe­kerja subkontraktor projek ter­sebut itu berasal dari Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Sidang Kampung Pinang, Ramli Mohamad, 59, berkata, kerja membaik pulih dan menaik ­taraf masjid itu telah bermula sejak setahun lalu dan hampir siap.

Menurutnya, sekiranya ­tidak menerima gaji, pekerja terbabit tidak sepatutnya ­menyimbah cat dan men­conteng dinding masjid se­mata-mata disebabkan tidak puas hati.

“Mereka sepatutnya berbincang dengan kontraktor terbabit dan mencari jalan penyelesaian.

“Menyimbah cat pada ­dinding masjid boleh menimbulkan fitnah dan saya harap polis dapat mencari siapa yang melakukannya,” katanya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehuddin Abd Rahman ­ketika dihubungi mengesah­kan menerima laporan itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.
Next
UTAMA